8 tahun kemudian...
"Okey, kalau adik jumpa abang. Abang pulak jadi." Tengku Faiz terus berlari pergi meninggalkan adiknya. Tengku Madiha pula dibiarkan di situ untuk mengira.
Selepas kiraan 10, Tengku Madiha yang berumur 4 tahun itu bergerak mencari abangnya.
Sekarang ini, sedang berlangsungnya Majlis Iftar untuk penduduk Hagron L Casa. Maka, keadaan di situ agak sunyi kerana kebanyakan pengawal istana sudah bergerak ke Aurelia Drigardon untuk mengawal keadaan di sana.
"Mana abang ni?" Kakinya kecilnya terkedek-kedek mencari Tengku Faiz. Namun langkahnya terhenti di hadapan satu pintu yang sangat besar dan sepertinya dibuka sedikit. Mesti abang ada dekat dalam!
Tengku Madiha tersenyum seronok lalu berlari masuk. Tetapi langkah kecilnya terhenti apabila ruang itu sangat sunyi dan lampunya malap.
BAM!
Terhinjut bahu Tengku Madiha apabila pintu bilik itu tiba-tiba tertutup. Tetapi tidak pula dia menjerit ketakutan. Malah dia teruskan saja perjalanannya bersama patung beruang yang dipeluk erat. Setiap khazanah di situ dipandang. Mesti ini bilik galeri, tetapi dia jarang masuk ke sini.
Perjalanannya terhenti tatkala terpandang sebuah gambar yang besar di hujung sana. Gambar itu saja disuluh sampai aaa erm... jarinya naik mengira setiap lampu yang disuluhkan ke arah gambar tersebut.
Empat! Ada empat lampu.
Gambar itu didekati dan diteliti. Ia merupakan seorang gadis yang tersenyum manis. Wajahnya sangat cantik dan ada iras-iras ibunya. Pakaiannya juga suci bersih namun masih terlihat kemegahannya dengan pakaian serba putih tersebut. Itulah persalinan diraja Hagron.
Tengku Madiha baca pula apa yang tertulis di situ. Walaupun umur dia masih empat tahun, tapi dia dah pandai baca tau! Flex!
Almarhumah Sultanah Adelisa Noor (Sumayyah), 28 tahun. Puteri ketiga daripada Almarhum Sultan Mirhad Yasser Al-Muttaqin dan Almarhumah Permaisuri Mutiah Qillani ini mewarisi keupayaan luar biasa daripada kedua-dua ibu bapa baginda menjadikan almarhumah seorang sultanah yang amat disegani.
"Adik buat apa dekat sini?"
Terhinjut bahu Tengku Madiha apabila tiba-tiba dia disapa oleh seseorang. Wajah ibunya dipandang geram. Namun dia abaikan geramnya kerana ada soalan yang dia ingin tanyakan kepada insan itu.
"Bonda..." Tengku Madiha mendekati Amelia. Dia tersenyum comel.
Amelia yang melihat itu mengangkat kening. Dah kenapa ni?
"Apa maksud dia Auntie Adelisa puteri ketiga? Bonda, Auntie Adelisa dengan Uncle Aseef. Siapa lagi?"
Amelia agak tersentak mendengar soalan itu. Dipandang wajah anak keduanya itu dan gambar Adelisa silih berganti sebelum ada senyuman nipis terbit di bibirnya.
ASWAD terbang bebas di udara dan mendarat di atas bukit yang selalu dia datang seorang diri atau bersama Adelisa. Namun selepas ini, hanya dia sahaja yang akan ke situ tanpa ditemani oleh sesiapa.
Satu cahaya datang dan angin berderu-deru menyapa wajahnya sebelum fizikalnya seratus-peratus bertukar.
"Ah... tenangnya." Kemeja putih di tubuhnya dilonggarkan sedikit demi merasakan udara yang tenang di atas ini. Apabila dia menoleh ke sisi, ada pula seekor arnab putih melompat mendekatinya.
"Kau buat apa dekat sini?" soalnya kepada arnab yang tidak mampu bercakap itu. Dia ingat semua binatang boleh bertukar macam dia agaknya.
Arnab itu hanya memandang wajah kacaknya sebelum ia menyelesakan diri di atas riba lelaki itu. Dia pun membiarkan saja.

ANDA SEDANG MEMBACA
Secret
Historical Fiction[COMPLETED] Start : 7 April 2022 End : 18 July 2022 Sekian lamanya Hagron L Casa tidak mengangkat sesiapa menjadi pemerintah, akhirnya Adelisa Noor mengumumkan pertabalannya sebagai permaisuri Hagron. Namun, rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati...