Bab 52

744 96 8
                                    

"Kakak..." Aseef menyentuh lembut bahu Amelia yang baru saja memakai tudung. Warna putih menjadi pilihan. Memang itu warna rasmi diraja Hagron L Casa.

"Ya?" Amelia menoleh. Wajahnya yang keletihan itu langsung tidak memudarkan kecantikan aslinya.

"Kalau tak sihat, tak perlu pergi."

Hari ini bakal berlangsungnya pertabalan Adelisa sebagai Sultanah Hagron L Casa buat kali kedua. Tetapi mengenangkan tragedi seminggu yang lalu, Aseef risaukan kesihatan Amelia.

Kehilangan Sultan Riyadh hanya dilupakan begitu sahaja. Entah apa yang Abelisa telah lakukan. Sepertinya lelaki itu tidak wujud lagi. Ada khabar angin mengatakan Abelisa mengesahkan kematian Sultan Riyadh. Ada juga pendapat yang lain.

Akhirnya mereka memilih untuk mengunci mulut saja berkenaan hal ini. Anak-anak kepada Sultan Riyadh sendiri menghormati keputusan Amelia. Bagi mereka, perkara yang telah dilakukan oleh bapa mereka sangat mengecewakan.

Andailah penduduk Ridella sendiri mengetahui hal itu, pasti mereka memilih untuk keluar dari kerajaan tersebut. Sudah lama rupanya kegiatan haram dan kejam diperluas di Ridella.

Perdagangan manusia, penjualan hamba seks tak kira usia, kenaikan cukai yang mendadak, kemasukan arak dan dadah juga sudah terdedah dan diambil tindakan.

Noah sendiri menguruskan hal itu memandangkan hanya dia pewaris yang tinggal. Kakak-kakaknya sudah lanjut usia untuk menerima tugas yang berat. Lagipun ada yang sudah mempunyai kerjaya sendiri dan memilih untuk mengekalkannya.

"Kakak okeylah." Amelia menepuk tangan Aseef di bahunya.

"Ish, pak cik ni! Bonda Faiz okey je!" Tengku Faiz tiba-tiba menerpa dari belakang bersama Tengku Madiha yang ralit dengan coklat di tangannya.

"Ya Allah, budak ni. Comot dah." Aseef mendukung Tengku Madiha. Dilap lebihan coklat pada pipi montel tersebut.

"Abang, apa cakap macam tu dekat Pak Usu?" Amelia mencerlung memandang anak sulungnya. Tengku Faiz tersengih saja.

"Dah sedia semua?" Tengku Zunaid datang dan hanya berhenti di muka pintu.

"Dah! Dah!" jerit Tengku Faiz dan Tengku Madiha serentak. Terus ditolaknya Aseef. Mujurlah kaki lelaki itu megah berdiri. Jatuh kang naya je.

ADELISA kembali diumumkan sebagai Sultanah Hagron L Casa seawal jam 10 pagi tadi. Rata-rata rakyat menunjukkan tanda kesyukuran atas kepulangan Adelisa.

Abelisa hanya mampu tersenyum memandang ke arah adiknya di atas singgahsana itu. Aurelia Drigardon sudah dibaik pulih dan direnovasi agar lebih selamat dan luas.

"Kenapa tuanku masih tak berkahwin ya agaknya?"

Soalan itu menarik perhatian Abelisa yang kini berada di luar. Tadi saja dia masuk untuk mengiringi Adelisa. Di luar ini pun tidak ada sesiapa akan mengenalinya kerana dia mengenakan niqab yang diambil selepas iringan tersebut.

"Tak tahulah. Dia... tak suka lelaki ke?"

Bunyi orang terkejut dan tawa sumbang itu menggoncang perasaan Abelisa. Mahu saja dia pergi tampar mulut celopar itu.

"Saudari-saudari sekalian..."

Suara garau yang kedengaran sungguh maskulin menjengah halwa telinga. Abelisa menarik senyuman di sebalik niqabnya. Siapa lagi kalau bukan Aseef?

"Allah s.w.t pernah berfirman... Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semuanya akan diminta bertanggungjawab. Ada dalam surah Al-Isra', ayat ke-36." kata Aseef apabila melihat al-Quran yang dipegang salah seorang gadis bertubuh genit itu.

Secret Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang