Bab 41

676 85 5
                                    

"Tuanku..."

Sultan Riyadh yang sedang berbalut dengan selimut tebal itu membuka mata. Badannya tidak habis menggigil lagi.

Kejadian semalam adalah perkara paling gila dia pernah hadapi. Cucunya sendiri tegar membunuhnya! Mujurlah dia berjaya melarikan diri.

Dalam tidak sedar, Abelisa tahu Sultan Riyadh pandai mengelak pandangan binatang buas. Dia tidak berniat untuk membunuh sultan itu lagi. Dia cuma mahu memberi sedikit sakit. Demam aje pun kan, apa nak risau? Buang anak orang boleh pula.

"Ada apa?" Sultan Riyadh memandang pemuda di hadapan. Tengku Farruz tidak lagi menjadi orang kanan datuknya kerana dia sudah memegang V Diore secara menyeluruh.

"Kita dapat berita tentang kehilangan beberapa penduduk Ridella. Pihak tentera sedang mencari pelakunya tapi tak ada lagi jejak yang ditemui. Lagi satu, ini ada surat untuk tuanku. Tidak ada nama pengirim." Lelaki itu menyerahkan sepucuk surat lusuh kepada Sultan Riyadh.

Pelik sungguh tekstur surat ni, dah macam zaman dahulu kala, bebel Sultan Riyadh dalam hati.

"Ada apa-apa lagi?" Sebenarnya dia dah lama menunggu masa untuk rehat. Sekarang jarum jam menunjukkan pukul 3 pagi. Dia pulang tadi pada pukul 1 pagi. Ternyata kehilangannya langsung tidak disedari oleh sesiapa. Boleh pula mereka tanya kenapa dia pulang.

"Tak ada, tuanku. Tuanku mahu apa-apa?"

Sultan Riyadh menggeleng. Tangan diangkat mengisyaratkan pembantunya untuk keluar. Dia tak ada tenaga lagi. Lebih baik dia mengambil rehat yang cukup kalau tidak, tak dapatlah dia bangun pada pagi esok.

PUKUL 4.30 PAGI

Pintu kamar utama itu terbuka sedikit demi sedikit. Melihat ayahandanya sedang dilanda kantuk yang dalam, tanpa teragak-agak dia terus mencapai surat yang berada di meja kecil itu.

Noah berlari keluar sebelum pintu tersebut ditutup dengan sesenyap mungkin.

Surat dalam genggamannya dipandang. Sudah lama dia memerhatikan surat itu. Ia sangat aneh sehingga dia bimbang ada sesuatu di dalamnya. Tetapi apabila dibuka, hanya beberapa aksara saja menjengah pandangan.

PERGI KE MENARA MILLIA

Menara Millia? Itu adalah menara di sayap kanan istana yang terpisah dari badan istana. Tetapi ia merupakan menara utama Istana Ridella ini. Menara Millia yang memberi isyarat dan amaran keselamatan buat penduduk.

Kenapa insan ini suruh ke situ pula?

Noah tidak melengahkan masa. Berfikir saja sudah memakan masanya.

"Tuan putera nak ke mana?"

Tersentak Noah apabila dia ditegur seseorang. Dipandang orang kanan ayahandanya itu dengan mata membulat sebelum nafasnya dihela tenang.

"Nak keluar sekejap. Jangan ikut saya. Jaga ayahanda." balasnya ringkas lalu perjalanannya diteruskan. Kali ini dia sudahpun berlari.

Hampir saja dengan menara itu, kakinya seakan menekan brek dengan sendiri sebelum badannya disembunyikan di sebalik pokok. Dahinya berkerut seribu. Betulkah apa yang dia lihat tadi?

Noah cuba mengintai manusia yang dia nampak berdekatan menara itu. Ya! Jelas di matanya seseorang sedang menuju ke arah menara tersebut dengan beg panjang yang digendong di bahu sambil dia bersiul riang.

Kalau kandungan beg itu sepanjang itu, memang manusia sajalah yang berada dalam kepalanya. Gila! Dan jika insan tersebut mengangkatnya sesenang itu, pasti orangnya lelaki.

Entah keberanian apa yang dia gapai, dia memilih untuk mengikut jejak langkah lelaki yang tidak dikenali itu. Namun sebaik sahaja dia tiba di tingkat teratas Menara Millia, rongga hidungnya disajikan dengan bau tengik yang amat kuat. Suasana gelap itu menyukarkan dia untuk melihat ke sekeliling.

Sehinggalah tiba-tiba kawasan yang gelap itu diterangi cahaya api yang besar. Langsung kedengaran muzik mendayu-dayu yang cukup mendamaikan tetapi jantungnya berdetak kencang.

Kerana di hadapannya kini ada seorang gadis berbaju hitam dengan rambut yang mengurai di paras atas dada sedang mengelilingi timbunan mayat yang sedang terbakar.

Api semakin marak dan langkah gadis itu semakin rancak. Dia hanya memusingkan tubuhnya tetapi gerakannya kelihatan sangat lembut dan menarik perhatian.

TAP!

Keadaan tiba-tiba menjadi gelap. Noah pantas tersedar lalu dia terus berlari ke kawasan istana.

Akan tetapi bunyi runtuhan yang menggegarkan tanah Istana Ridella itu sungguh mengejutkannya. Rata-rata manusia yang bekerja di kawasan itu terus berkumpul bersama. Ada yang menjerit. Ada yang berulang kali beristighfar.

Noah tidak lagi menoleh. Melihat reaksi orang sekeliling, dia tahu apa yang terjadi. Menara Millia telah rentung bersama mayat-mayat yang dibakar di dalamnya. Secepat itukah api itu merebak? Aneh sekali.

Perempuan itu? Apa pula yang terjadi kepadanya?

Fikirannya diserang persoalan demi persoalan. Adakah mayat-mayat itu orang yang sama menjadi subjek kehilangan penduduk baru-baru ini? Tetapi kenapa mereka diperlakukan sedemikian?

"Ya Allah, api... Api tu!"

Huh?

Noah menoleh dengan drastik dan alangkah terkejutnya dia melihat sebahagian Istana Ridella sudahpun dijilat api. Asap hitam berkepul-kepul di udara. Pasti esok berita ini akan tersebar ke seluruh pelosok.

"Selamatkan semua orang yang berada di dalam istana! Bawa sultan ke tempat yang selamat! Yang berada di sini, diminta ke kawasan pekan buat sementara waktu!" Sebagai satu-satunya putera Ridella, dia bertanggungjawab untuk apa yang sedang berlaku.

Sultan Riyadh mempunyai empat orang anak sahaja. Yang pertama, Puteri Subhiya yang berkahwin dengan Tengku Yusuf. Mereka adalah ibu bapa kepada Tengku Izz dan Tengku Fatima. Tengku Zunaid iaitu suami kepada Amelia pula merupakan anak kepada sepupu Tengku Yusuf.

Yang kedua, Puteri Cassandra yang sudah berkahwin dengan Tengku Hilman. Mereka adalah ibu bapa kepada Tengku Farruz dan Tengku Mona.

Yang ketiga adalah Almarhumah Permaisuri Mutiah yang berkahwin dengan Almarhum Sultan Mirhad dan yang terakhir ialah Putera Noah Zulfiqar dan bekas isterinya ialah Almarhumah Puteri Syuhada.

Pihak pertahanan cuba memadamkan api tetapi api itu semakin menggila. Apakah puncanya? Noah mendengus perlahan.

Matanya meliar sebelum tertancap pada seseorang. Matanya terus terbuntang luas. Orang itu sedang berada di dalam api tersebut namun kakinya masih teguh berdiri. Rambutnya berkibar-kibar dan badannya tidak langsung dijilat api.

Baru saja dia mahu menghampiri, sosok tubuh itu terlebih dahulu menghilang.

Keningnya hampir saja bercantum. Siapa tu?

Secret Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang