Sebuah kapal sederhana besar memasuki kawasan Sungai Mabeleve yang berada di sempadan Hagron L Casa dan Ridella. 5 orang yang berada di atas kapal itu berpakaian serupa lanun. Mereka membawa bahan terlarang seperti dadah, senjata api dan tumbuhan beracun.
"Pastikan tiada orang di situ." Mereka datang atas arahan seseorang. Kalau mereka gagal, pasti hukuman yang berat akan menimpa.
"Tuan tak ada sediakan orang untuk tunggu ke?" tanya lelaki bermata biru tersebut. Kepala botaknya digosok-gosok. Ingat senang ke nak bawa masuk kalau tak ada persediaan awal? Sia-sia je kena tangkap nanti.
"Aku dah bagi tugas tu untuk kau kan?" Si ketua itu menyalahkan orang lain pula.
"Memanglah, tapi aku suruh tuan yang tunggu. Tuan yang tak nak. Sekarang nak salahkan aku pulak." Dia mendengus tidak puas hati. Inilah padah kerja dengan orang pendek akal.
"Kau nak tuduh akulah ni!" Kolar baju orang bawahannya ditarik kasar. Hampir tersungkur lelaki itu ke arahnya. Wajah masing-masing sudah merah menahan marah.
"Woi, apa ni? Nak gaduh pun lepas kita selesailah!" Sampuk seorang lanun yang turut berada di situ. Tak habis-habis bergaduh. Dia pun dah naik rimas.
"Kau diamlah! Aku tak..."
BOOM!
Letupan itu membuatkan semua yang berada di atas kapal tersebut terjatuh. Air bergelora kencang menyebabkan kapal yang dinaiki mereka terhuyung-hayang.
"Tu... tuan, apa tadi tu?" soal seorang lanun yang tadinya sedang menjamah roti. Terbang terus rotinya ke dalam sungai.
"Maaf, tak sangka pula ada orang dekat sini."
Kelima-lima lanun itu menoleh ke arah seorang gadis cantik yang sedang melangkah dengan penuh anggun ke arah mereka. Wajahnya nampak tenang. Matanya berwarna biru lembut dan rambutnya yang separas leher itu jingga kemerahan. Gaun hitam lusuh di tubuhnya membuatkan gadis itu nampak seperti sedang menari apabila kainnya mengibar-ngibar ke belakang.
"Siapa... kamu ni?" Tanya ketua lanun itu. Mereka memerhatikan gadis itu tanpa kelip kerana terpesona. Namun tidak bagi seseorang.
Lelaki yang tadinya senyap tidak bersuara menggigil ketakutan. Dia ingat wajah itu. Dia ingat segalanya kerana sesungguhnya dia menyertai pasukan tentera yang pernah turun untuk menyelamatkan gadis itu 8 tahun dahulu.
Tetapi gadis itu sudah meninggal dunia di tempat kejadian.
Maka, siapakah gadis di hadapan mereka sekarang ini?
"Oh, izinkan saya memperkenalkan diri saya." Gadis itu menunduk sedikit seakan mukadimah awal untuk dia menunjukkan dirinya yang sebenar.
"Sultanah Adelisa."
Mereka terus berpaling ke arah lelaki yang nampak begitu hanyut dalam ketakutan, termasuk gadis yang dipanggilnya Sultanah Adelisa itu.
"Tu... tuanku masih hidup?"
Gadis itu tersenyum sinis. Dia mendekati lelaki tersebut lalu duduk betul-betul di hadapan lelaki tersebut.
"Jadi kau ingat aku sudah mati?"
"Benarlah ini Sultanah Adelisa?" soal lelaki botak tadi dengan nada terkejut.
Gadis itu menjongketkan bahu lalu dia bangun semula. Dipandang setiap wajah yang ada di situ.
"Sebelum itu, apa yang kalian buat di sini?"
"Ada barang yang perlu kami hantar." balas seseorang.
Dia mengangguk faham sebelum mendekati sebuah kotak kayu yang besar. Entah bagaimana gadis itu buka kotak yang dipaku tersebut, dalam sesaat saja sepucuk pistol sudah tersemat di tangan gadis itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/306890004-288-k671865.jpg)
YOU ARE READING
Secret
Historical Fiction[COMPLETED] Start : 7 April 2022 End : 18 July 2022 Sekian lamanya Hagron L Casa tidak mengangkat sesiapa menjadi pemerintah, akhirnya Adelisa Noor mengumumkan pertabalannya sebagai permaisuri Hagron. Namun, rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati...