Bab 24

855 130 10
                                    

Adelisa tekun mengaji. Sudah dua hari dia tidak diganggu sesiapa. Selama dua hari itu juga dia dibantu oleh Ellise supaya lukanya cepat sembuh. Kakinya sudah sedikit cacat akibat isinya yang terrobek keluar ketika lembing itu jatuh tempoh hari.

Suara orang-orang bertelingkah kedengaran semakin lama semakin dekat. Dapat dia dengar bunyi derapan tapak kaki seakan berlari ke arahnya. Tidak sempat dia melakukan apa-apa lagi, kepalanya terpusing ke belakang tatkala Raja Mario mencengkam pipinya.

Wajah lelaki itu memerah. Apa yang lelaki itu geramkan sangat?

"Jangan buat bising di sini!"

"Bising?" Aku mengaji saja. Itupun perlahan. Kau kata bising?

Adelisa melirikkan pandangan ke arah Ryan yang menekur lantai. Dia tahu lelaki itu tidak berani bersuara apabila ada Raja Mario. Malah mereka semua di situ sama. Mereka begitu takutkan Raja Mario.

"Apa lagi yang tak kena di mata kau?" Adelisa melawan renungan tajam lelaki itu. Raja Mario terbahak-bahak mendengar soalan yang dilontarkan Adelisa.

"Mata aku? Kau nak tahu, apa yang tak kena di mata aku?" Raja Mario menarik Adelisa sehingga wajah mereka hanya tinggal beberapa inci jaraknya.

Adelisa cuba melepaskan diri tetapi tangan lelaki itu terlebih dahulu menetapkan kepalanya. Terasa tangan itu menyentuh kepalanya dengan kuat, terus saja dengusan kasar terbias di bibirnya.

"Kau anak wanita itu, kan? Jadi tengok, tengok dalam mata aku dan bagitahu aku apa yang tak kena?"

"ARGHH!"

"Anak... anak aku."

"Lepaskan dia!"

Adelisa menggigil ketakutan apabila bayangan itu menerpa kornea matanya.

Mereka kerat jari ibu bapanya satu-persatu. Orang-orang yang tidak siuman itu siang kulit mereka sedikit demi sedikit. Hanya untuk menyuruh ibu dan bapanya menyerahkan takhta kepada Raja Mario.

Adelisa menitiskan air mata. Dia ingin menerkam Raja Mario tetapi lelaki itu pantas menariknya ke belakang semula.

"Dah nampak apa yang tak kena? Kau dengan mereka tak habis-habis buang masa aku!" Raja Mario menendang wajah Adelisa sehingga gadis itu terbaring. Namun tiada langsung belas kasihan pada wajahnya. Ditarik Adelisa untuk bangkit kembali dan disepak buat kali kedua.

"Permintaan aku mudah, Adelisa. Be my queen and I'll give you everything."

Walaupun dalam keadaan yang kesakitan, Adelisa tetap menggeleng. Raja Mario mungkin akan melakukan sesuatu di luar jangkaannya. Apapun yang terjadi, dia takkan mengorbankan rakyatnya.

"Susah sangat ke?" Raja Mario menyeret Adelisa untuk mendekatinya. Rambut jingga kemerahan gadis itu terjuntai keluar daripada selendang. Dengan pantas, Raja Mario mencabut selendang yang selama ini melindungi 'mahkota' Adelisa.

Mereka di situ terpesona melihat kecantikan Adelisa tambahan lagi Raja Mario yang sedang mengelus lembut rambut itu. Ryan pula pantas memalingkan wajahnya ke arah lain.

Walaupun dia bukanlah orang Islam, Adelisa sendiri pernah memberitahunya bahawa lelaki yang bukan ahli keluarga tidak boleh melihat rambut mereka sesuka hati. Jadi dia hormatkan perkara itu.

"Kau cantik, Adelisa." Jari-jemarinya bermain di rambut gadis itu yang masih berbau harum. Dibawanya ke bawah hidung dan dicium lama.

Adelisa tidak lagi dapat menahan amarahnya. Ditolak Raja Mario menjauh sebelum kakinya naik menendang tubuh lelaki itu sehingga dia terjatuh sama. Tubuhnya tidaklah kuat mana. Tetapi Raja Mario terbatuk-batuk juga mengena tendangannya tadi. Lelaki itu cuba mendekatinya semula lalu Adelisa tidak berfikir panjang dan menghentak kepalanya pada kepala Raja Mario.

"Arghhh, tak guna kau!"

Pengawal-pengawal di situ terus membawa Raja Mario keluar apabila ada darah menitis di dahinya. Darah yang ada di kepala Adelisa tidak diambil peduli.

Setelah semua orang di situ beredar, barulah Ryan mendekati Adelisa yang sudah menutup rambutnya semula.

"Aku pergi panggil Ellise untuk dahi kau." Ryan memberitahu dan Adelisa mengangguk saja.

Mujurlah Raja Mario tak selak kain Adelisa. Pasti lelaki itu akan mencari sampai ke lubang cacing siapa yang menjahit luka di betis gadis itu.

"Terima kasih, Ryan."

Ryan mengangguk kecil lalu mengangkat ibu jari. 

"No problem."

"PERMAISURI Adelisa dipercayai sedang berada di bawah tahanan kerajaan di utara." Tengku Farruz memaklumkan hal itu kepada Sultan Riyadh yang nampak tak tentu arah.

"Ada khabar mengatakan Permaisuri Adelisa sudahpun menjadi permaisuri di sana dan meninggalkan agamanya. Dia juga menyeru rakyat-rakyat di sini untuk melakukan hal yang sama, jika tidak mereka akan dihalau dari kerajaan masing-masing."

Sultan Riyadh menggeleng. Apa yang sebenarnya terjadi? Adelisa hilang dan tiba-tiba perkara sebegini menyapa halwa telinganya.

"Farruz, maklumkan kepada media apa yang aku akan katakan selepas ini."

Tengku Farruz mendekati Sultan Riyadh yang sudah serius semacam. Apa-apapun terjadi, dia berharap keputusan yang dibuat ini diterima oleh semua pihak.

"Adelisa Noor, dia bukan Permaisuri Hagron lagi."

"Datuk..." Jelas Tengku Farruz sangat terkejut dengan pengumuman daripada Sultan Riyadh.

Apabila Sultan Riyadh mendekatinya, dia cuma dapat statik di situ. Tipulah dia tidak marahkan Adelisa. Tetapi nalurinya kuat mengatakan Adelisa tidak akan sesekali meninggalkan agama hanya kerana kuasa.

Dia tidak mengenali Adelisa sepenuhnya. Namun dia amat yakin dengan satu perkara, Adelisa seorang teguh mempertahankan agamanya.

"Khabarkan perkara tadi kepada media." arah Sultan Riyadh tanpa sebarang senyuman. Menunjukkan betapa dia tetap dengan pendiriannya.

"Tapi datuk, kenapa dia bukan lagi Permaisuri Hagron? Dia tak ada buat apa-apa kesalahan!"

Sultan Riyadh terdiam. Dipandang Tengku Farruz yang berani bersuara kerana Adelisa.

"Dia adalah sultanah yang memegang kerajaan-kerajaan Islam."

Mata Tengku Farruz membulat besar.

"Ada benda yang kau tak tahu, Farruz." Sultan Riyadh mengambil sebuah fail yang mempunyai setiap perjanjian yang ditandatangani oleh Adelisa ketika dahulu.

Terketar-ketar tangan Tengku Farruz menyemak setiap helaian dalam fail tersebut. Apa semua ni?!

"Hakikatnya, itulah gelaran Adelisa sebaik sahaja dia mengangkat sumpah sebagai Permaisuri Hagron L Casa. Adelisa tahu dia tidak memegang sebuah kerajaan malah 6 kerajaan lain termasuk Lomania. Kerana itu Hagron yang paling berkuasa antara semua. Adelisa menyelamatkan 7 kerajaan pada malam Delaney of The Night kerana dia mempunyai hak yang sah ke atas mereka.

Adelisa bukan seorang permaisuri di sebuah empayar. Dia adalah sultanah di seluruh empayar-empayar Islam. Itulah rahsia di sebalik gelaran pemerintah Hagron L Casa untuk pengetahuan kau. Mereka bukan saja memegang tanah yang kau tadbir sekarang ini malah merekalah pemimpin di sebalik pemimpin-pemimpin yang lain."

Tengku Farruz mengangkat wajah. Jadi, itu sudah menjelaskan segala-galanya. Mengapa Adelisa ada hak di atas kerajaan yang tidak diperintahnya. Kerana hakikatnya, Adelisalah pemerintah yang sebenar.

"Khabarkan kepada mereka. Walau apapun fitnah yang disebarkan tentang sultanah kita, kita tetap akan berdiri di samping Adelisa. Sesiapa yang berpaling tadah dan mempercayai fitnah tersebut akan dibuang dari kerajaan serta-merta. Mereka tidak perlu berada di atas tanah ini jika mereka tidak ada kepercayaan pada pemimpinnya."

Tengku Farruz dapat rasakan bulu romanya meremang. Fail di tangan dihulurkan kembali pada Sultan Riyadh lalu dia meminta izin untuk beredar.

Lama-kelamaan, Sultan Riyadh menghela nafasnya. Dia termenung seketika. 

"Mario... Mario..." 

Wajah keruhnya bertukar girang.

"Kau memang bodoh." Tawanya terus bergema di segenap ruang pejabat itu.

Secret Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang