Bab 18

948 138 6
                                    

"Permaisuri Adelisa mana?"

"Dia selamat tak?"

"Adelisa baik-baik saja, kan?"

Amelia naik pening apabila soalan yang sama cuma ayat yang berbeza diutarakan kepadanya. Manalah dia nak tahu, dia pun menyoal perkara yang sama dalam diam.

Adelisa cuma mengarahkan dia untuk membawa rakyat-rakyat mereka ke sebuah bukit yang menempatkan penduduk Hagron L Casa selama ini. Bukit itu memang besar dan mampu memuatkan semua orang.

Kalau nak tahu, anak-anak yang hilang tempoh hari dibawa ke bukit itu dan merekalah yang menjaga kawasan itu sehingga Adelisa mengarahkan semua rakyat Hagron berpindah ke bukit tersebut. Tanah Hagron juga ghaib akibat Adelisa. Adelisa memang mahu menyembunyikan mereka.

"Puteri Amelia okey?"

Amelia tersentak. Buat pertama kali ada orang menyoal tentang dirinya. Kepalanya menoleh ke belakang lalu wajah bertopeng seorang lelaki menyapanya. Pakaian sut besi berwarna hitam itu meyakinkan dia bahawa itu orang Ridella.

"Okey, awak okey?" soalnya kembali. Sebenarnya mereka semua masih berada dalam perjalanan. Jarak di antara The State of Allagrugous dan Bukit Nelor memang jauh sehingga memakan masa juga untuk tiba.

"Saya okey aje, tuan puteri. Tuan puteri memang tak ingat saya ke?"

Langkah Amelia terus mati. Dipandang jejaka di sebelahnya dengan pandangan tertanya-tanya. Seminit berlalu, barulah mata Amelia membulat tatkala dia sudah teringatkan seseorang.

"Abang!"

Tengku Zunaid tersenyum lebar. Dia mengangguk sebelum topeng wajah ditanggalkan.

"Dah besar dah Amelia sekarang." Tengku Zunaid yang berusia 33 tahun itu merupakan sepupu jauh kerabat Hagron. Tidak mustahillah Amelia boleh terlupa kewujudannya.

"Memanglah, berapa lama dah kita tak jumpa." Amelia tergeleng-geleng. Dia ingatkan lelaki mana tadi.

Apabila mereka ralit dalam perbualan, guruh yang berdetum kuat mengejutkan mereka semua. Amelia yang tersenyum lebar terus kaku tidak bergerak. Aseef pula hampir gagal mengawal jet di udara.

Mereka menoleh ke arah belakang dan kelihatan jelas kilat yang menyambar tanah seperti menyelubungi sebuah kawasan. Amelia dan Aseef malah semua orang yang berada di situ tertanya perkara yang sama.

Sekuat manakah kuasa Adelisa sebenarnya?

GURUH berdetum di langit menggegarkan atmosfera. Rintik hujan tidak satupun kelihatan. Barangkali jika sekarang ini siang, pasti awan hitam kelihatan berkepul-kepul sehingga menutup sinaran cahaya.

Adelisa dapat rasakan badannya mengeras apabila urat hitam di lengan mula bergerak ke seluruh wajah dan anggota tubuh. Kilat sambung-menyambung memanah ke arahnya sehingga cahaya daripada panahan itu sendiri menyilaukan mata yang memandang.

Tubuhnya seakan melayang ditarik ke udara dan kilat seakan menahannya daripada jatuh. Matanya terpejam erat menahan kesakitan yang amat dasyat.

Semuanya masih berada dalam kawalan. Dia sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan andai nanti kuasanya memudaratkan diri sendiri.

The Dark Reaper melangkah laju ke arahnya dan rata-rata yang melihat semuanya tidak dapat bergerak. Tangan mereka kaku di udara. Jet-jet pejuang yang tadinya menjatuhkan peluru berpandu juga tidak dapat berfungsi. Ia jatuh mendadak dan meletup di darat sehingga menyebabkan kematian yang lain.

Mereka tidak pernah lihat manusia yang mempunyai kuasa seperti itu. Tetapi dalam fikiran masing-masing ada seseorang yang mereka bayangkan.

Tentera Tuliemo tidak betah duduk menunggu nasib. Mereka tahu mereka akan mati andai mereka berdiam diri. 10 orang sudah bersedia dengan meriam untuk menembak manusia yang mereka rasakan dapat membawa bencana. Tetapi meriam tersebut meletup di situ apabila dipanah kilat.

Eric Reymond selaku wakil diraja Tuliemo mendengus kasar. Raja Mario tidak ada di situ. Dia harus menyampaikan apa yang terjadi sekarang ini kepada raja mereka. Dapat dia rasakan, gadis ini ada kaitan dengan peristiwa yang berlaku 16 tahun dahulu.

Tetapi alat telekomunikasinya pula tidak dapat dibuka. Pastinya rangkaian mereka sudah terputus mengenangkan cuaca yang kacau-bilau pada saat ini.

"Ber...hen..ti..." Buat pertama kali setelah berpuluh tahun, suara The Dark Reaper itu kedengaran. Ianya sangat garau dan dalam sehingga membuatkan sekalian jantung bergetar saat mendengarnya.

Adelisa yang tadi menutup mata, perlahan-lahan membukanya kembali. Mereka di situ terpana melihat mata Adelisa yang bertukar putih sepenuhnya sebelum dengan kuat dia melibas The Dark Reaper di hadapan. Dua daripada The Dark Reaper itu hangus disambar kilat.

"Tidak akan wujud upacara ini lagi menjelang subuh esok." bisiknya perlahan sebelum dengan segala kudrat yang ada, tangannya menghala ke bawah. Angin berderu-deru sehingga muncul puting beliung dari pelbagai arah. Tanah yang menjadi sasarannya itu bergegar kuat seperti sedang ditimpa gempa bumi.

Jeritan manusia kedengaran lantang dan nyaring apabila tanah The State of Allagrugous mulai rentak dan berpecah-belah dengan jarak yang besar. Manusia-manusia di situ cuba melarikan diri tetapi ada tangan berupa kilat yang menolak mereka ke dasar bumi. Ramai yang jatuh ke dalamnya termasuk mayat manusia yang hancur.

Ada yang menjerit meminta tolong tetapi tidak langsung dihiraukan oleh Adelisa mahupun sesiapa. Mereka hanya mahu selamatkan diri. Adelisa pula hanya tulikan telinga demi menjayakan rancangan yang dibuat sejak usianya 13 tahun lagi. Tidak wujud istilah belas kasihan lagi pada wajahnya tatkala ini.

Selama itu dia menyimpan rahsianya sehingga setiap hari pasti ada rasa sakit menyerang dadanya. Dia cuba sedaya upaya untuk tidak menghiraukannya tetapi sakitnya kian lama kian pedih. Saat ini, dia mahu lunaskan segalanya.

Dia akan hapuskan manusia-manusia yang telah bersepakat untuk membunuh kedua-dua ibubapanya. Dia tidak akan tinggalkan walaupun secebis kulit mereka di atas muka bumi ini. Dia akan hapuskan semuanya!

Air matanya mengalir kerana sakit yang tidak tertahan. Di tubuh dan hatinya tatkala ini bagai ditusuk dan ditoreh dengan bilah pedang yang tajam. Hakikat yang perit untuk dia fikirkan tatkala ini adalah kerajaan-kerajaan ini, mereka membunuh ibu bapanya.

Dia tak boleh terima!

"ARGHH!!" Jeritannya pecah bersama air mata yang mengalir laju. Kepalanya mendongak ke langit demi mencari kekuatan. Berulang kali hatinya menjerit memohon pertolongan dari tuhan apabila dirinya sendiri tidak lagi mampu menampung kesakitan ini.

Guruh berdetum kuat sehingga sesiapa yang mendengarnya terus menutup telinga akibat gegendang mereka yang pecah. Mereka menjerit histeria apabila telinga mereka mengeluarkan darah yang banyak.

Adelisa mendepakan tangannya. Bibirnya diketap rapat tatkala tangannya terasa dicarik kuat oleh kuasa yang sedang digunakannya. Kilat sambung-menyambung sehingga langit menjadi cerah selama beberapa minit.

Apabila guruh berdetum untuk kesian kalinya, tanah di situ telahpun tenggelam di dalam air. Tiada sedikit pun tanah yang tersisa seakan tempat itu memang aslinya sebuah lautan.

Kini tidak wujud dan tidak akan wujud lagi tanah yang menempatkan The State of Allagrugous. Malah, lautan di bawahnya tatkala ini bertukar warna menjadi merah pekat sebaik sahaja bertemu cairan darah kotor manusia. Bau hanyir memenuhi kawasan itu. Bergelimpangan mayat timbul dan kebanyakannya sudah tidak berupa orang.

The Dark Reaper juga telah hancur kesemuanya akibat dipanah dengan kilat yang dikawal oleh Adelisa berkali-kali. Bau terbakar dan asap berada di merata-rata.

Adelisa dapat rasa tubuhnya semakin lesu lalu tangannya tidak lagi berdaya menampung kuasa yang dikawalnya. Perlahan-lahan matanya terpejam dengan sendiri sebelum dia jatuh ke dalam lautan darah tersebut.

Dia lemas.

Dan hanyut tanpa disedari oleh sesiapa.

Secret Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang