Suasana di dalam bilik santapan itu sungguh sunyi. Kanak-kanak pun tidak ada kerana mereka telah masuk tidur. Makan malam pada hari ini atau lebih tepat lewat malam ini diaturkan oleh Sultan Riyadh. Katanya ada perkara penting. Abelisa turut ada di situ.
Mereka ingat Sultan Riyadh akan memarahi Abelisa tetapi dari tadi tersenyum-senyum saja orang tua tu. Kemungkinan untuk nyanyuk tu tinggi, tapi takkan secepat ni?
"Ada apa ayahanda panggil kami semua?" Subhiya memulakan perbualan. Aneh juga melihat perilaku ayahandanya yang gembira semacam padahal diri tu sedang demam setelah apa yang telah berlaku.
"Ayah sudah putuskan..."
Abelisa mengangkat wajah. Sejak bila Sultan Riyadh ada hak untuk buat keputusan di atas bumi Hagron ini?
"Ayah akan jadi Sultan Hagron bagi menggantikan Adelisa."
Sepi.
Jelas pengumuman itu langsung tidak disangka oleh sesiapa. Aseef menggeleng kecil. Dia tidak bersetuju tapi apa yang perlu dia kata? Tak...
"Tak boleh!"
Terkejut semua orang di situ terutamanya Aseef yang sedang memikirkan ayat itu. Wajah berang Abelisa dipandang dengan takjub. Betullah dia boleh baca fikiran, monolog Aseef.
"Kau tak ada hak nak bantah!" Sultan Riyadh menghentak meja. Terperanjat Cassandra yang merupakan insan yang paling hampir dengan sultan tersebut.
"Aku ada hak sepenuhnya. Kau bukan Sultan Hagron dan tak dilahirkan sebagai Sultan Hagron. Malah tak ada seorang pun dalam bilik ni fikir kau layak! Dah ada Ridella, jaga ajelah. Hagron tak perlukan pemimpin yang tamak!" Mata Abelisa bertukar warna. Sikit sahaja lagi had kesabarannya sebelum meja panjang ini bakal dilambung.
"Aku yang paling layak dan yang paling tahu-menahu tentang Hagron!"
"Bukan di mata aku." Abelisa merengus.
Semua orang terkedu dengan perbalahan yang saling membalas sampai mereka pun tak sempat nak tarik nafas. Dalam fikiran mereka, memang Sultan Riyah tak layak menggantikan Adelisa. Tetapi bagaimana Abelisa boleh tahu apa yang ada dalam otak mereka?
"Aku tak perlukan pandangan kau." Lelaki tua tersebut menolak pinggan di hadapannya dengan kasar.
Proteslah ni?
"Pandangan aku ialah pandangan semua orang. Pemimpin Hagron takkan abaikan walaupun seorang rakyatnya. Nampak sangat kau ni hanya pemimpin atas kertas."
"Jangan kurang ajar, Abelisa!" Noah tiba-tiba meninggikan suara. Tak sepatutnya dia melawan Abelisa mengenangkan kegilaan gadis itu. Tapi dia tak tahan, Abelisa begitu menguji kesabarannya.
"Aku? Aku kurang ajar?!"
Dan had kesabarannya sudah pun hilang. Meja di hadapan mereka ini terbang dengan sendiri ke arah dinding dan berderai. Bunyi pintu diketuk bertalu-talu langsung tidak diendahkan.
Pasti pengawal di luar sana kerisauan mendengar bunyi rempuhan tadi tetapi Abelisa telahpun menghalang mereka untuk masuk.
"Kau marah?" Sultan Riyadh tersenyum sinis. Dia mendekati cucunya itu tanpa sedikitpun rasa gentar. Egonya begitu tinggi.
Melihat kuasa Abelisa, dia tergugat kerana kuasanya telahpun gugur selepas insiden di Tuliemo beberapa tahun yang lalu.
"Kau marah sedangkan kau tak tahu pengorbanan Adelisa? Aku akan jaga takhta dia sekarang ni. Kau tak ada di sana semasa dia sedang bertarung nyawa! Kau tak berhak..."
"I was there!" Abelisa menempik di hadapan wajah lelaki itu. Rasa hormatnya tidak pernah ada pada Sultan Riyadh.
"Sorry?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Secret
Historická literatura[COMPLETED] Start : 7 April 2022 End : 18 July 2022 Sekian lamanya Hagron L Casa tidak mengangkat sesiapa menjadi pemerintah, akhirnya Adelisa Noor mengumumkan pertabalannya sebagai permaisuri Hagron. Namun, rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati...