Bab 26

891 125 3
                                    

"That's it."

Adelisa melakar senyuman sinis. Keangkuhan Raja Mario merupakan kesalahan terbesar lelaki itu.

Raja Mario terkedu sebelum mengetap rahangnya dengan rapat.

"Aku benci kau, Adelisa. Terlampau benci. Wajah kau, agama kau, semuanya tentang kau!"

Adelisa senyum saja. Dia tidak tahu apa yang kelakar, tetapi dia terhibur melihat Raja Mario yang seringkali mengulangi perkara yang sama pada setiap hari. Kadang-kala merecik juga air liur lelaki itu pada wajahnya.

"Kau boleh benci aku. Tapi agama aku?" Adelisa menggeleng. "Raja zalim macam kau tak layak menentukan kebencian pada sesuatu yang suci."

Buat kali yang entah ke berapa, kaki Raja Mario naik menendang wajah Adelisa. Tersembur darah daripada mulut dan hidung gadis itu. Adelisa dapat rasakan dadanya bergelora hebat. Urat-urat hitamnya sudahpun naik hingga ke bahagian lengan sebelum ia hilang dengan sendiri.

Dia penat. Dia sakit, Dengan mengeluarkan kuasanya, dia cuma akan membunuh diri.

Selama beberapa hari ini, kuasanya semakin berkurang. Cecair berbau alkohol yang mereka simbah ke tubuhnya pada setiap hari itu pasti sudah menunjukkan kesannya.

"Tinggalkan agama kau dan jadi permaisuri aku."

Adelisa menjongketkan sebelah kening. Dipandang saja Raja Mario yang masih berdiri di hadapannya.

"Aku sudahpun menjadi seorang permaisuri. Aku tak memerlukan seorang raja."

Apa lagi yang makhluk ni tak faham?

Raja Mario menggeleng dengan senyum senget di bibir. Dia rasa egonya tercabar apabila sudah berpuluh kali Adelisa menolak permintaannya.

Pedang berbilah panjang yang berada di sisi ditarik keluar daripada sarungnya. Dia meletakkan mata pedang tersebut ke dalam mulut Adelisa.

Mata Adelisa membulat besar secara drastik. Ada getaran dalam anak matanya.

"Tinggalkan agama kau sekarang, Adelisa!" Raja Mario menengking kuat.

Dia pernah menyebarkan fitnah tentang Adelisa. Tetapi nampaknya tidak ada sesiapa percayakan fitnah itu. Malah semakin lama, dapat dia lihat kerajaan-kerajaan yang dipegang Adelisa semakin bersatu untuk mencari permaisuri mereka.

Atau patut dia kata, sultanah mereka.

Adelisa menggigil ketakutan. Lidahnya dapat merasakan betapa tajamnya bilah pedang tersebut.

"Ingat, sayang. Dalam keadaan yang menguji sekalipun, jangan sesekali kamu korbankan agama."

Teringatkan pesanan itu, tanpa ragu-ragu dia menggelengkan kepala.

Dan dalam sekelip mata, mata pedang yang berada dalam mulutnya membelah sebahagian besar pipinya. Adelisa mahu menjerit sakit tetapi dia tidak berdaya. Hanya air mata yang bergenang di tubir matanya. Darah yang menitis di atas tanah berpasir itu dilihat begitu sahaja.

"Sakit, Sumayyah?"

Adelisa terkejut. Dia mengangkat wajahnya kembali dengan renungan yang tajam seakan kesakitan yang dasyat tadi tidak pernah dirasakannya.

Macam mana... macam mana lelaki itu boleh tahu nama samarannya?

"Kau akan mati di tangan aku, Sumayyah. Tak ada sesiapa dapat bunuh kau kecuali aku. Ini janji aku pada kau. "

"Kau tak layak." Nadanya bergetar. Suaranya agak tenggelam akibat bibirnya yang sudah tidak berapa betul.

"Kau tak layak sebut nama tu."

Secret Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang