ZULL bersembunyi di pintu kelas bersebelahan kelas Gina. Dia dapat melihat para pelajar sedang berjalan keluar untuk pulang. Beberapa minit menunggu di belakang pintu itu, Zull dapat melihat Yoyo, Meggi, Ain dan May keluar ke kelas dan bergelak sakan. Mereka duduk di meja batu bersebelahan kelas mereka sambil rancak berbual. Ain, Yoyo, Meggi dan May menunggu orang ramai pergi dan mengosongkan sekolah tersebut.
"Berani pulak dia ke sekolah hari ni. Dah hampir seminggu dia tak datang. Bilalah dia akan kena buang sekolah. Tak sabar nak tunggu waktu tu." kata Ain angkuh.
"Betul. Aku rasa tak selamatlah selagi dia ada. Takut barang-barang berharga kita kena curi lagi." kata May meluat. Yoyo dan Meggi sekadar mendiamkan diri mereka. Ain memandang sekeliling mereka untuk memastikan pelajar-pelajar lain sudah tiada.
"Boleh dah kut pergi ke sana, yang lain dah tiada sangat ni. Jom la, aku nak balik awal ke rumah." kata Ain lagi sambil mengipas-ngipas bahagian lehernya dengan tangannya sendiri.
"Jom lah. Aku ada 'date' dengan Raffique lepas ni." sokong May bingkas bangun.
"Raffique? Kekasih Gina tu ke? Kejap, sejak bila kau dengan Raffique bercinta ni?" soal Yoyo pula pelik.
"Sejak kes Gina mencuri I-phone aku. Raffique tinggalkan dia selepas kejadian tu." balas May.
"Ha? Kenapa mesti Raffique?" soal Ain membuat wajah meluat.
"Well, dia 'handsome', dia bijak, dia popular dan dia senior kita. Plus, dia kekasih Gina. Kau orang patut tengok wajah Gina waktu Raffique nak putus dengan dia. Haha, kelakar." terang May sambil ketawa nakal.
"Bila benda tu jadi? Kenapa kami tak tahu, dan pasal kau 'couple' dengan Raffique pun kami tak tahu." soal Meggi sedikit bengang.
"Maaf. Benda tu jadi dah lama. Kan aku ada cakap Raffique putus dengan peempuan tu selepas kes dia mencuri, jadi aku mengurat Raffique masa tu la. Tapi, baru minggu lepas kami 'officially dating', susah sangat nak pikat hati si Raffique tu." keluh May. Meggi menjeling May. Dia sebenarnya turut menyukai Raffique.
"Dahlah. Tak kisahlah kau 'kapel' dengan sesiapa pun. Selama kita berkawan ni, tak pernah pulak kita buka pasal kisah cinta kita kan. Jadi, aku tak kisah dengan sesiapa pun korang bercinta. Tapi ingat, jangan sampai putus kawan sebab lelaki. Faham?" pesan Ain. Ain ialah ketua kumpulan mereka. Mereka yang lain mengangguk.
"Aku nak ke tandas kejap." kata May sambil menuju ke tandas perempuan berdekatan. Mereka yang lain mengangguk.
"Meggi kau okey?" soal Ain memandang ke arah Meggi. Dia tahu Meggi menyukai Raffique. Meggi mengangguk.
"Kau jangan risau, kau akan dapat 'someone' yang lebih baik, macam abang senior baharu kita dari kelas Gred 5A+ tu." pujuk Ain merangkul leher Meggi sambil tergelak.
"Siapa?" soal Meggi pelik.
"Abang Niel." celah Yoyo gembira.
"Tapi, aku dengar Kak Silvia sukakan dia." balas Meggi.
"Ya ke? Aku tak dengar apa-apa pun. Kalau pasal Abang Dilan aku tahulah. Abang Dilan dan Cik Ayuri memang secocok bersama-sama, kan." jawab Ain sambil bersorak.
"Meggi, cakap je kau sukakan siapa, kami akan pastikan untuk dapatkannya untuk kau, tolak Abang Dilan." celah Yoyo. Ain mengangguk-angguk tanda bersetuju.
"Tak apalah, kalau aku sukakan seseorang nanti aku bagitahu. Mana si May ni, kita nak cepatlah." marah Meggi.
"Sabarlah, nanti dia datanglah tu. Ha, itu pun dia. Jom ke sana terus, dia dah panggil kita ke sana ni." pujuk Ain dan menuju ke arah May setelah May melambaikan tangannya dan mengajak mereka semua ke bangunan lama sekolah yang dalam proses dirobohkan.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)
FantasySambungan Olienpiece Siri 1. Tapi, ini musim 2 atau bahagian 2. PS: Saya dan sampai limit atau had bab, jadi terpaksa buat musim 2 atau bahagian 2. Huhuhu #1 in wira (3/7/2022) #1 in komik (4/1/2023)