...sambungan Bab 75

16 7 0
                                    

Bukan itu sahaja, Jason dan mereka berdua sempat pergi ke pejabat Michael dan menyelongkar maklumat tentang mereka. Mungkin Michael ada menyimpannya, jadi untuk tidak tertangkap oleh pihak polis dan mengundang masalah yang lebih besar pada kemudian hari, lebih baik mereka memusnahkan bukti-bukti itu dahulu. Walau bagaimanapun, ternyata tiada langsung maklumat tentang mereka disimpan di situ. Nampaknya, mereka memang tidak penting di sini. Huh!

Sebelum mereka bergerak pergi, Puteh sempat menghampiri Michael yang diikat di kerusi. Dia mengeluarkan suatu kad dan memasukkannya ke dalam poket Michael. Setelah itu, dia menghampiri kawan-kawannya yang sedang berdiri di belakangnya. Giliran Aswad pula mendekati lelaki durjana itu, lalu membisikkan sesuatu.

"Kalau kau sebut nama Jason, Robert dan Yassin, maka aku akan bakar kau sampai hangus." Ugutnya sambil menunjukkan bebola api di tangan kanannya supaya Michael takut. Michael mengangguk faham dengan jantung yang berdebar-debar kerana dia memang takut mati.

"Ak-aku tak akan cakap apa-apa pasal ni, jadi kau lepaskanlah aku." Rintih Michael. Tidak guna senjata atau teknologi yang dia ada sekarang kerana Puteh serta Aswad bukanlah lawan yang sekufu dengannya, oleh sebab itu dia takut.

"Tak, sudah sampai masanya kau terima hukuman atas perbuatan kau selama ini. Kau...ada kaitan dengan kes langgar lari ibu Jason, bukan?" soalnya dengan wajah serius. Michael menelan air liurnya.

"Jawab! Atau kau akan dipanggang hidup-hidup oleh aku!" gesa Aswad mula hilang sabar. Jason setia mendengar kerana dia juga mahu mengetahui kebenarannya.

".........."

"Kau memang nak kena bakar, kan!" Kali ini api yang marak mula muncul di tangan kanan Aswad. Oleh sebab itu, Michael mengangguk dengan laju.

"Ya! Memang aku! Memang aku yang langgar lari mak Jason selepas merompak di Metroshop." Balasnya dengan meluahkan segala apa yang berlaku pada hari tersebut.

Apabila mendengar perkataan 'Metroshop', Puteh menjegilkan matanya. Metroshop? Itu ialah tempat ibunya dibunuh oleh perompak tiga tahun yang lalu.

"Metroshop? Kau-kau pernah tolak perempuan bertudung dari tingkat dua di tempat tu tiga tahun yang lepas?" Puteh menduga dengan hatinya yang sakit.

Michael memandang ke arah Puteh terlebih dahulu, kemudian menundukkan kepalanya. Disebabkan itu, Aswad terus memegang lehernya.

"Jawab soalan dia." Gesa Aswad dengan nada mengugut seperti tadi.

".....I-Iya! Memang aku dan geng aku!"

Saat mendengarnya, Puteh terus menerpa ke arah Michael dan meletakkan hujung bilah Pedang Opak Birunya ke dahi Michael. Hampir sahaja muncung pedang itu menembusi dahi Michael kalau tidak dihalang oleh Aswad.

"Puteh, sabar. Kenapa dengan kau ni?"

"Itu ibu aku, Aswad. Perempuan yang ditolak oleh jantan ni di Metroshop 3 tahun yang lepas adalah ibu aku, Aswad! Ibu aku meninggal disebabkan oleh dia, Aswad." jawab Puteh dengan air matanya yang telah mengalir keluar dari tubir mata disebalik topeng yang dipakainya itu. Dia menjawab dengan perlahan kerana tidak mahu ia didengari oleh Michael.

Semua kejadian itu berlaku di depan matanya tanpa dia boleh membuat sesuatu. Kadang-kadang dia terfikir mungkin keadaan akan berbeza kalau dia memiliki batu permata Naga Ais dengan lebih awal.

Apabila mendengar luahan itu, Aswad atau Amir dan Jason membeliakkan matanya. Rupanya bukan hanya Jason yang menderita disebabkan perbuatan Michael, Dilan juga sama. Disebabkan Jason pernah merasai kesakitan yang sama seperti Puteh, maka dia pun menerpa ke arah Michael dan menerajang abdomen Michael sehingga Michael terjatuh ke belakang bersama kerusi yang diikat bersamanya.

"Binatang! Kau binatang!" laung Jason banyak kali dan cuba untuk memijak Michael bertubi-tubi, tetapi dihalang oleh Aswad.

"Kita patut gerak sekarang dan serahkan hal ini kepada polis seperti apa yang kita sudah rancangkan." Pujuk Aswad kepada kedua-dua kawan-kawannya itu.

Aswad menarik Puteh pergi dari situ, manakala Robert dan Yassin menarik Jason. Mereka balik ke rumah masing-masing dan merawat luka serta kecederaan mereka sendiri. Malam itu malam yang amat mendukacitakan bagi Dilan, tetapi malam yang menggembirakan bagi Jason, Robert dan Yassin kerana mereka telah berjaya keluar dari kumpulan itu tanpa masalah dan tanpa nyawa mereka melayang. Sungguh, mereka tidak lena tidur apabila memikirkan tentang keputusan mereka yang mahu keluar dari geng itu kerana mereka tahu ia tidak akan mudah bagi mereka.

TIDAK lama selepas itu, kereta dan van polis mengelilingi tempat itu kerana mereka telah mendapat panggilan dari seseorang menggunakan telefon awam. Mereka menerjah masuk ke dalam kilang tersebut dan nampak semua pekerja serta Michael sendiri sudah diikat. Malahan, di sekeliling mereka terdapat beberapa paket yang berisi serbuk putih.

Salah seorang polis datang menghampiri dan mencucuk plastik yang mengandungi serbuk putih tersebut. Ternyata serbuk putih itu ialah dadah. Disebabkan itu, Michael dan anak-anak buahnya ditangkap. Memang Michael akan ke tali gantung, itu sudah pasti kerana segala bukti telah ada di situ.

"Tuan." Panggil salah seorang anggota polis yang masih dalam latihan.

"Ya, Shah." Jawab pegawai penyiasat yang bertanggungjawab menguruskan kes ini dan menjadi ketua operasi.

"Ada kad yang ditinggalkan di poket Michael." Polis itu telah memberikan kad tersebut kepada ketua operasi terbabit. Pegawai polis itu mengambilnya dan membaca tulisan yang terdapat di situ.

"Geng Impit: Pengakhiran era kami. Sama-sama." Bacanya dan kemudian tergelak kecil. Geng Impit lagi?

"Siap cakap sama-sama, bila masa pula kami berterima kasih. Huh! Pengakhiran era kami? Maksudnya ini kemunculan mereka yang terakhir? Hmmmm...Shah, hantar ini kepada makmal, suruh mereka periksa sama ada ada cap jari manusia atau tidak di kad itu." Kata polis itu atau Mokhtar selaku pegawai penyiasat kes atau operasi ini.

"Baik Tuan." Shah mendabik dada dan mengambil kad itu semula.

"Baru saja aku nak panggil ahli SPMG untuk siasat kes ini, tetapi ia sudah berakhir pula." Mokhtar bermonolog luaran dengan perlahan, lalu dia memalingkan wajahnya ke arah kilang keropok itu semula.

"Ya, mungkin kami patut berterima kasih. Selama ini, mereka (geng ketupat) selalu dapat lolos, tetapi akhirnya dapat ditangkap jua. Heh, 'sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua'." Kata Mokhtar sambil memetik peribahasa Malaysia.

~ ~ ~

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now