Bab 67: Budak Berambut Afro

28 5 0
                                    

TELEFON pintar Zull berbunyi di atas meja yang berada di tepi katilnya. Ia adalah penggera untuk bangun solat subuh. Oleh itu, Zull terus bangun dan duduk di atas katilnya untuk seketika, kemudian dia menggeliat.

Semalam, dia tidur di hotel dan sudahpun memberitahu ayahnya bahawa dia tidur luar semalam. Semuanya gara-gara ibunya menyimbah air ke atas katilnya semalam. Jadi, katilnya mesti masih basah, oleh sebab itu dia tidak balik terus ke rumah selepas makan malam di rumah Dilan. Sebaliknya, dia terus mencari hotel berdekatan.

Usai solat Subuh, Zull duduk di tempat solatnya dahulu dan membaca zikir serta membaca beberapa surah Al-Quran yang dia telah hafal. Itu ialah rutin hariannya pada setiap pagi. Setelah itu, telefonnya berbunyi sekali lagi. Zull terus menilik telefonnya dan tersenyum.

TS Mazhe memberinya mesej dan memberitahu dia untuk ke bangunan syarikatnya pada pukul 6.00 petang nanti. Hanya itu sahaja masa terluang yang Mazhe ada pada hari itu memandangkan dia sudah mula bekerja.

Kemudian, Zull bersiap-siap kerana dia mahu berlatih seperti biasa. Tetapi, kali ini dia tidak keseorangan kerana dia akan berlatih dengan Dilan sekali. Dia sudah membuat janji temu itu dengan Dilan kelmarin. Sudah tentulah Dilan bersetuju kerana dia jarang dapat berlatih bersama-sama kawan baiknya itu.

Dilan dan Zull bergerak pergi ke sebuah bangunan lama yang terbiar dan mula berlatih di situ. Ramai yang mengatakan ia tempat yang 'keras', tetapi bagi mereka lagi keras lagi bagus kerana peratusan manusia ke sana adalah rendah kerana mereka takut.

Dilan dan Zull pula sememangnya orang yang berani dan mereka sudah biasa dikacau, lagi-lagi Zull memandangkan dia memiliki deria keenam. Dilan pula kerap dikacau semasa dia tinggal di asrama dulu. Jadi, dia sudah lali dengan segala gangguan oleh makhluk yang tidak dapat dilihat itu.

Walau bagaimanapun, mereka tidak akan mengacau tempat itu dan membuat perkara yang bukan-bukan. Mereka adalah tetamu di tempat yang mungkin berpenghuni, jadi sekurang-kurangnya mereka perlu menjaga kelakuan mereka.

Ya, sebab tempat itu mungkin sudah menjadi tempat tinggal makhluk ghaib tersebut, maka mereka perlulah menghormatinya. Mereka semua itu juga ada tempat tinggal, samalah seperti kita manusia.

...

DI SEBUAH restoren, Joshua sedang duduk sambil menilik menu restoren. Entah apalah yang dia mahu pesan pada hari itu. Hari ini, dia ada janji temu dengan Tina. Gembira tidak kepalang dia pada hari ini kerana Tina bersetuju untuk makan tengah hari bersama-samanya. Tina masih belum datang kerana dia datang 30 minit lebih awal. Mungkin dia sangatlah teruja.

Tiba-tiba dia nampak kerusi di depannya ditarik oleh seseorang, oleh itu dia mendongak dan melihat kepada kelibat itu, bukan kepada buku menu itu lagi. Dia mahu tersenyum kerana menyangkakan ia Tina, tetapi ternyata bukan. Lelaki yang dia benci yang telah menarik kerusi itu dan melabuhkan punggungnya tanpa dipelawa.

"Assalamualaikum." Sapa lelaki itu. Tetapi, Joshua tidak menjawabnya dan mengalihkan perhatian ke arah buku menu kembali.

"Saya tak mahu berbasa-basi lagi, saya mahu kamu jauhkan diri dari keluarga saya, Joshua."

"Okey, tak ada masalah. TS tak suruh pun tak apa sebab itulah apa yang saya akan buat."

"Baik, itu sudah cukup bagus bagi kamu memandangkan saya tidak menyuruh kamu meminta maaf di atas apa yang kamu buat, kan." Lelaki itu atau Mazhe menyindir dengan sinis kepada Joshua.

"Apa maksud TS ya?" buku menu itu diletakkan di atas meja secara kasar seperti dihentak.

"Saya tahu kamu faham maksud saya. Saya tak kisah kamu 'sentuh' saya Joshua, tetapi jangan sesekali sentuh 'family' saya. Sekali lagi kamu buat sesuatu terhadap Khai, saya tak akan lepaskan kamu. Ini amaran terakhir, Joshua."

"Heh! Apa dah orang kata, tak baik tuduh-tuduh. Ya tak baik tuduh-tuduh, TS." Joshua tersenyum dengan lebar.

"Saya tak tuduh, adik kamu sendiri yang datang meminta maaf kepada saya dan keluarga saya kelmarin. Seseorang tak akan minta maaf kalau dia tidak salah, kan."

Joshua mengetapkan bibirnya kerana geram dan terus menyandarkan badan ke kerusi. "Bukan saya yang minta maaf, tetapi dia kan. Jadi, saya tak salah, dialah yang salah."

"Memang adik kamu yang buatnya? Kamu yang suruh dia buat macam itu, kan?"

Dahi Joshua berkerut. Apakah maksud TS itu? Memang Zull yang buat? Soalan jenis apa itu? Joshua berfikir-fikir.

"Tak, saya tak surah dia buat apa-apa pun." Joshua berkata dengan yakin sekali lagi dan merenung menu itu kembali.

Memang dia tidak suruh Zull buat apa-apa pun. Dia tidak menyuruh Zull mengambil video dan menyebarkannya, malah dia tidak pernah suruh Zull pergi meminta maaf kepada Mazhe. Adiknya memang nak kena. Siap dia nanti!

Kali ini, Mazhe pula yang menyandarkan badannya ke kerusi. Mungkinkah Zull sendiri yang membuatnya kerana Zull sudah tahu dia Putera Olienpiece dan mahu menjatuhkan dia. Yalah, Zull mengenali bekas Jeneral Raidez, bukankah itu menjadikan dia sekutu Raidez juga. Atau mungkin Zull adalah pihak ketiga di antara Raidez dan Olienpiece iaitu organisasi kedua yang mahu merampas takhta Olienpiece selain dari Raidez.

"Apa-apa pun, jangan kacau keluarga saya lagi. Saya tidak saman keluarga kamu dan menyuruh keluarga kamu meminta maaf secara umum, itu sudah cukup baik, kan."

"Saya pun tak hadaplah dengan keluarga TS. Boleh berambus sekarang ke sebab saya ada date dengan seseorang ni. Duduk pun tidak dijemput." Kata Joshua lagi dengan wajah tidak kisah. Dia masih memandang buku tersebut.

TS Mazhe berdiri dan berlalu pergi dari situ. Kebetulan dia mahu makan di situ pada hari itu dan kemudian, dia ternampak Joshua. Jadi, sudah alang-alang dia terserempak dengan Joshua, maka dia terus berdepan dengan Joshualah kerana dia tidak mahu Joshua mengganggu keluarganya lagi.

Alif setia mengikut di belakangnya. Sewaktu Mazhe mahu keluar, dia terserempak dengan Tina di hadapan muka pintu itu. Tina sedikit kaget apabila ternampak TS Mazhe di depan pintu, tetapi kemudian dia meneruskan langkahnya sambil menundukkan kepala.

Kejap, kenapa dia menundukkan kepala? Oh, sebab dia pernah guna-gunakan Khai pada sebelum ini, jadi dia rasa serba salah dengan perkara itu. Renungan Mazhe juga agak tajam kepadanya tadi. Mesti TS Mazhe marah dengannya.

Tina menuju ke kerusi meja yang diduduki oleh Joshua. Dia disambut dengan gelak tawa dan senyuman yang ceria dari Joshua. Mazhe sempat mengerling ke arah mereka berdua sebelum dia berlalu pergi. Jadi, Tina dan Joshua sedang bercinta? Huh, risau dia apabila melihat situasi itu.

Macam mana kalau selama ini mereka sedang merancangkan sesuatu terhadap Khai dan mahu menjatuhkannya? Adakah Tina juga terlibat? Pada sebelum ini, dia tidak kisah Khai berkawan dengan sesiapa pun kerana dia tahu Khai tidak mempunyai ramai kawan, tetapi sekarang ada baiknya Khai tidak mempunyai ramai kawan.

Dahulu, dia tidak mahu mencampuri urusan Khai termasuklah tidak kisah dengan siapa Khai berkawan, tetapi selepas apa yang berlaku, dia tidak boleh berdiam diri lagi dan perlu masuk campur.

Khai adalah anak kesayangannya walaupun dia tidak mempunyai hubungan darah dengan Khai. Dia ada seorang lelaki yang akan menjaga keluarga dan orang yang dia sayang, jadi kali ini tiada sesiapa dapat menyentuh keluarganya lagi.

...

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now