...sambungan Bab 56

38 8 4
                                    

SETELAH sampai ke rumahnya, Khai bersiap-siap untuk memakai baju berwarna merah jambu seperti biasa. Namun, belum sempat dia membuka pakaian The Blade Musketeer, papanya yakni Mazhe masuk ke biliknya.

"Khai." panggil Mazhe. Khai berpaling ke arah Mazhe dan membeliakkan matanya.

"Papa. Ke...kenapa masuk tak ketuk pintu? Er, ini...Baju ni... Khai sukakan hero bandar kita ni, jadi Khai tempah baju untuk buat kostum mereka. Hehe." tipu Khai. Wajahnya mula pucat seolah-olah darah sudah tidak mengalir di bahagian wajahnya.

"Siapa ajar anak papa ni menipu? Papa tak nak Khai berada dalam bahaya. Bagi balik rantai yang papa bagi pada Khai. Mulai hari ni, papa akan upah 2 pengawal kita untuk ikut Khai ke mana-mana sahaja." balas Mazhe tegas.

Dia langsung tidak tersenyum. Mazhe meletakkan batu permata itu pada seutas rantai kerana ia senang dibawa, malahan ia sebenarnya untuk arwah isterinya, Elena. Memandangkan lelaki diharamkan memakai rantai, jadi Khai hanya memegangnya sahaja seperti diletakkan di dalam poket dan membawa ia ke mana sahaja dia pergi

"Papa, mana boleh macam tu. Kenapa papa nak balik rantai papa tu. Papa dah bagi Khai kan. Khai dah pegang rantai tu sejak kecil lagi. Lagipun, rantai tu tak membahayakan Khai pun." pujuk Khai seolah-olah ingin menangis.

"Tak membahayakan Khai? Khai adalah sebahagian daripada TBM, sudah tentulah ia membahayakan. Khai tak boleh tipu Papa sebab Papa tahu kuasa yang ada pada rantai tu. Rantai tu milik keluarga Papa!" marah Mazhe garang. Khai mula menitiskan air matanya.

Mazhe mengetapkan bibirnya dan mula merendahkan nada suaranya, "Khai, papa buat macam ni sebab Papa sayangkan Khai. Khai tak tahu dunia di luar tu macam mana. Semuanya membahayakan Khai. Papa minta maaf, bagi balik rantai tu." gesa Mazhe lagi. Khai mengambil rantai itu dari poketnya dan memberikannya kepada Mazhe.

"Khai minta maaf." ujar Khai sambil terus menuju ke arah katil merah jambunya dan menarik selimut melitupi keseluruhan badannya.

"Khai." panggil Mazhe.

Namun, Khai tidak menjawabnya. Jadi, dia menggelengkan kepalanya apabila panggilannya tidak dihiraukan oleh Khai. Oleh itu, Mazhe berjalan keluar dari bilik Khai dan menutup pintu bilik itu. Roy Azrai pula berdiri tepat di sebelah pintu bilik tersebut.

"Azrai, tolong pujuk Tuan Muda kamu tu." pesan Mazhe apabila melihat Azrai duduk tercongok di situ. Azrai mengangguk faham dan telah mendengar segala-galanya di sebalik pintu Tuan Mudanya tadi.

...

TEPAT pukul 3.30 petang. Zull berhenti di hadapan sebuah rumah. Dia membunyikan loceng rumah tersebut sambil memberi salam. Dia menunggu di luar dengan sabar. Kemudian, pintu pagar itu terbuka secara automatik dan seseorang telah keluar dari pintu utama.

"Assalamualaikum." sapa Zull kepada perempuan yang dalam lewat 30-an itu.

"Waalaikumussalam. Zull?" wajah wanita itu agak kaget apabila melihat gerangan Zull bertandang di rumahnya.

"Amin ada, kan? Aku dapat tahu korang berdua ambil cuti hari ni sebab bapak korang ada bagitahu aku. Boleh aku masuk?"

"Ya, silakan." Pelawa Suria dan memasuki rumahnya semula. Zull mengikuti dari belakang.

"Assalamualaikum ya akhi Amin." Sapa Zull apabila melihat kelibat Amin di atas sofa ruang tamu. Suria sudah bergerak ke dapur kerana mahu membuat air untuk tetamunya yang tidak diundang itu.

"Waalaikumussalam. Kau buat apa datang sini? Kau pun tahu Harun tiada di sini."

"Sebab aku tahulah aku datang sini, aku datang sini pun bukannya nak jumpa Harun."

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now