SEMENTARA ITU, Kiy mendecis geram di udara apbila kelibat Tina lesap lagi dari pandangan matanya. Bawah abdomennya sakit sekarang ini kerana Tina telah menumbuk bahagian itu dengan kuat tadi dan secara mengejut. Perempuan tak guna tu! Sumpah Kiy kerana geram dia tidak dapat mengekori pergerakan Tina pun.
"Tak guna kau, Jani. Kau kata diorang semua lemah dan hanya Naga Ais dan Naga Api aje yang kuat. Cis! Celaka kau Jani! Mati-mati aku ingat diorang senang dikalahkan. Kalau aku tahu ni, sudah lama aku suruh Leftenan Lemon yang turun." marah Kiy di dalam hatinya.
Kemudian, sekali lagi kelibat Tina muncul di belakangnya, kali ini dengan sepakan dari arah bawah. Oleh itu, saat Kiy berpaling, dagunya telah disepak dari bawah sehingga menyebabkan gigi atas dan bawahnya berlaga. Ak!
Tina tersenyum sinis. Heh! Bab-bab mereka strategi perlawanan boleh diberikan kepadanya. Dia mungkin bodoh sikit dalam pelajaran dan penakut pada sebelum ini, tetapi ia tidak dapat menidakkan kebolehan dia dalam membuat perancangan.
Oleh sebab dia nampak Kiy sudah hilang keseimbangan di udara dek kerana gegaran pada otaknya, maka Tina menggunakan peluang itu untuk menarik lengan Kiy kuat dan melemparkan tubuh badan itu lagi dengan kekuatan ekstrimnya, kemudian melesapkan diri.
Kiy terjunam ke bawah dan masih lagi tidak dapat menstabilkan diri. Tetapi, kali ini kelibat Tina muncul lagi selepas dia lesap tadi dan tepat-tepat di bawah Kiy. Setelah itu, Tina menumbuk bahagian abdomen Kiy ke atas dengan sepenuh kekuatan ekstrim yang dia ada. Ini akan jadi babak terakhir dia berlawan dengan Kiy.
Kiy ditolak ke atas dengan sangat kuat sehingga dia naik tinggi ke atas dan hampir mengenai dinding atau bumbung Kubta. Tina tersenyum dan mahu terbang di atas Kiy sekali lagi dan menyepak kepala Kiy agar Kiy menjunam jatuh ke bawah lalu jatuh terhempap ke padang rumput ini. Biar mati lawannya itu.
Namun, belum sempat dia melakukannya, dia dapat rasakan sesuatu terkeluar dari tepi abdomennya itu. Ia seperti senjata yang tajam. Darah telah terpercik keluar disebabkan tanah tajam itu atau dipanggil sebagai stalagmit tanah oleh Kiy. Maknanya, sebelum Kiy dilayangkan ke atas tadi, dia sempat menyeru kuasa tanahnya itu dan memerangkap Tina kerana dia tahu Tina akan hanyut (lalai) dengan kekuatannya sediri.
"Aaaaaaargh!" Tina melaung sakit di situ kerana telah melekat di penghujung stalagmit.
Disebabkan laungan tersebut, Joshua terus menyeru kuasa tangan bayang-bayangnya dan membantu Tina untuk turun ke bawah. Dia pula masih fokus berlawan dengan Ular Man. Buat masa ini, dia sudah dapat mengawal dua kuasanya dan ia dapat digunakan dalam satu masa. Apa yang penting ialah dia mesti kekal fokus dan tidak hilang tumpuan.
Tika itu, dia sedang mematikan momentum sudu, garfu, sendu, pisau, gunting dapur dan segala peralatan rumah yang dilayangkan oleh Ular Man dengan menggunakan Pedang Kacak. Dia sudah semakin mahir dalam menggunakan pedang disebabkan latihan dari Niel dan kadang-kadang dari Dilan. Kenapa makhluk itu melemparkan peralatan rumah kepadanya? Entahlah dia juga tidak tahu. Tidak kisahlah, janji ia tidak mengena dirinya sudah.
Setakat ini, dia masih dapat memastikan semua peralatan yang dilemparkan itu tidak terkenanya. Cuma yang menjadi masalahnya sekarang ialah dia tidak tahu macam mana untuk kalahkan Ular Man itu.
Mahu gunakan kuasa apa? Ah! Dia patut gunakan kuasa rahsianya sekarang kan? Kalau situasi ini berterusan, maka dia sendiri yang akan penat nanti. Joshua tersenyum sinis. Ya, dia patut gunakannya, bolehlah 'ia' menyembuhkan luka kawan-kawannya dan yang paling penting, luka perempuan kesayangannya iaitu Tina.
"Kuasa Perpisahan!" laungnya. Serentak itu juga, suatu lagi klon terhasil di sebelahnya. KJ masih lagi sedang berlawan dengan Bonet, jadi bukan KJ yang dia 'pisahkan' sekarang.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)
FantasySambungan Olienpiece Siri 1. Tapi, ini musim 2 atau bahagian 2. PS: Saya dan sampai limit atau had bab, jadi terpaksa buat musim 2 atau bahagian 2. Huhuhu #1 in wira (3/7/2022) #1 in komik (4/1/2023)