Bab 61: Hari-hari sebelum 'ribut'

27 6 3
                                    

MEREKA semua berbaris dengan tiga barisan di hadapan Ketua Hash. Kuning di belakang Ungu dan Ungu di belakang Hitam. Manakala, Hijau dan Amir di belakang Maroon. Kelabu pula di belakang Biru dan Oren berada di belakang Kelabu. Mereka berbaris mengikut kumpulan kecil yang diaturkan oleh Hitam tadi.

"Baik, sekarang saya akan beritahu kamu semua latihan yang saya pernah amalkan di Olienpiece. Sebelum kamu memahirkan diri dalam menggunakan kuasa kamu, anggota tubuh badan kamu perlu kuat terlebih dahulu, barulah kamu dapat mengawal kuasa kamu dengan baik. Jadi, sekarang ini kita akan mulakan dengan latihan kecergasan fizikal. Ia terbahagi kepada dua; pertama kecergasan berlandaskan kesihatan seperti kapasiti aerobik, daya tahan otot dan lain-lain dan yang kedua ialah kecergasan perlakuan motor seperti kelajuan, ketangkasan dan sebagainya..."

"...Hari ini, kamu semua akan mulakan dengan tekan tubi, bangun tubi, larian ulang alik dan larian dahulu. Kamu akan mulakan larian sejauh 100 meter dahulu, kemudian pada hari-hari seterusnya kamu semua akan naikkan seratus sehinggalah mencapai jarak 2 km. Tetapi, lagi jauh lagi bagus." Jelas Hash tegas dengan berjalan mundar mandir di hadapan mereka sambil tangannya diletakkan di belakang punggung. Itulah yang dia selalu lakukan sewaktu melatih anak-anak buahnya di istana.

"Dua kilometer? Matilanak." Ujar Oren dengan perlahan kerana tidak mahu Hash mendengarnya.

"Kamu ada bantahan ke?" soal Hash kepada Oren dan memandang tepat ke arahnya.

"Alamak, dia dengar ke?"

"Ya, saya dengar dengan sangat jelas. Saya dilatih untuk fokuskan pendengaran saya dalam keadaan yang sangat bingit sehinggalah saya mahir. Kamu ke depan dan akan mulakan tekan tubi dahulu. Sesiapa yang tidak berpuas hati dengan cara saya, boleh keluar atau pergi dari sini sekarang. Saya juga tidak suka orang yang merengek dan merungut. Kamu sedang mempertaruhkan nyawa kamu dan orang lain di luar sana itu, jadi kamu tidak boleh main-main. Kamu cepat ke depan dan mulakannya." Arah Hash tegas dan kemudian menyeru worsikel supaya tiada sesiapa yang mengganggu latihan mereka pada pagi itu.

Mereka semua melopong apabila melihat worsikel itu terbentuk kecuali Hitam dan Maroon kerana mereka pernah melihatnya pada sebelum ini. Bagi Maroon pula, dia sudah terbiasa dengannya. Berada di Kastelhalia membuatkan dia sudah tidak terkejut dengan semua perkara itu.

"Kenapa kamu masih belum ke depan?" duga Hash lagi dengan nada tegas kepada Oren.

"Sa-saya minta maaf dan tak akan buatnya lagi."

"Tiada maaf bagimu. Cepat, saya kira sampai tiga sahaja."

"Okey, okey, baik."

Oren berlari anak ke depan dan terus membuat tekan tubi di situ. Yang lain hanya melihat dan tidak menyuarakan apa-apa pun. Terkadang mereka pelik kenapa Hitam hanya berdiam diri, selalunya dialah yang paling bising dan mudah merengek kerana dalam fasa memberontak. Hash juga sempat mengerling ke arah Hitam yang sedang mendiamkan dirinya.

"Kenapa kamu hanya berdiam diri, Hitam?" duga Hash ingin tahu.

"Oh, aku mengantuk." Balas Hitam selamba.

"Hah, patutlah." Bisik hati mereka semua.

Manakala, Hash mengecilkan kelopak matanya ke arah Zull. Tak guna! Aku sedang mengajar dia sekarang ini, boleh pula dia mengantuk masa-masa macam ini. Hash menggerutu di dalam hatinya.

"Kamu mengantuk? Adakah kamu dengar apa yang saya ajarkan tadi?" duga Hash geram.

"Yalah, aku tak pekak lagi, aku cuma mengantuk je tadi dan masih belum tidur. Boleh kami semua juga mulakannya sekarang?" soal Hitam pula.

"Ya. Yang lain juga boleh mulakan tekan tubi sebanyak 100 kali."

"Apa!?" mereka semua terkejut mendengarnya, kecuali Maroon, Hitam dan Amir.

Mereka sudah terbiasa melatih tubi fizikal mereka. Malah, itulah yang Hitam selalu lakukan pada setiap malam sampai berotot badannya sekarang walaupun tidak begitu jelas.

"Ya, bagi perempuan sebanyak 30 kali dan bagi lelaki 100 kali."

"Alhamdulillah, aku dilahirkan sebagai perempuan." Bisik hati Biru kerana bersyukur.

"Kenapa tak adil macam itu? Ini diskriminasi terhadap lelaki. Saya-saya boleh mati kalau buatnya sebanyak 100 kali." Rengek Ungu.

"Okey, kamu akan tambahnya menjadi 120 kali." Kata Hash tanpa serba salah. Ungu terus terduduk di situ dan mengenangkan nasibnya.

"Ala, kau ni Ungu, janganlah bendul sangat. Kau buatlah 30 kali untuk pusingan pertama, 30 lagi bagi pusingan kedua, pastu sambung lagi kemudian. Hash hanya cakap 100 kali, tapi tak pernah cakap berterusan buatnya. Nak hidup kenalah bijak, kan Hash?" celah Hitam malas.

"Ya. Kamu boleh buatnya sambil berehat dalam perantaraan. Maksudnya, kamu boleh selang-seli dengan rehat dan tekan tubi. Lama-kelamaan kamu akan terbiasa dan lain kali akan mampu untuk membuat 100 kali tanpa rehat pula. Pada saat kamu boleh menguasainya, kamu sudah mencapai tahap yang kamu tidak pernah capai sebelum ini. Ia dipanggi sebagai 'baby step'. Semua latihan mempunyai halangan dan cabaran, pada saat kamu melepasi semua halangan itu, kamu sudah membuka satu pintu ke arah diri kamu yang baharu, iaitu versi kamu yang lebih kuat dari semalam..."

"...Saya yang akan meletakkan cabaran itu dan apa yang kamu perlu lakukan ialah melepasinya. Pertama, tekan tubi sebanyak 100 kali tanpa henti, baik bagi perempuan dan lelaki kalau pihak perempuan mahu, bangun tubi sebanyak 100 kali tanpa henti bagi kedua-dua jantina, larian ulang alik sebanyak 200 kali dan larian sejauh 2-5 kilometer, 2 km untuk minimun dan 5 km bagi maksimun. Ini juga apa yang saya ajar kepada anak buah saya dan hanya tiga orang sahaja yang dapat melepasinya. Kalau kamu semua dapat melepasinya, maka kamu lebih kuat dari mereka. Yang siap awal boleh balik awal, yang belum siap, tidak dibenarkan keluar. Selamat mencuba. Saya hanya akan perhatikan kamu dari jarak jauh." Jelas Hash dan terus melompat ke arah sebatang pokok yang berada di dalam worsikelnya dan duduk di situ. Dia akan memerhatikan mereka semua di situ.

Mereka semua mendiamkan diri masing-masing. Cabarannya memang agak susah, tetapi mereka tidak boleh berputus asa sebelum mencuba. Jadi, tanpa membuang masa mereka semua memulakan latihan tanpa berlengah lagi. Lagi cepat lagi bagus dan lagi awal mereka semua boleh balik.

Biru memulakan tekan tubi di sebelah Oren yang sudahpun memulakan tekan tubi sedari tadi, Hijau dan Kuning juga menuju ke tempat yang sama dan membuat tekan tubi berdekatan ahli mereka. Manakala, pihak lelaki membuat tekan tubi di serata tempat kerana lebih suka membuat hal masing-masing. Tetapi, Ungu terus mencari Maroon kerana mahu berlatih bersama Maroon.

Begitu jugalah dengan Kelabu, dia mencari Hitam kerana mahu berlatih dengan Hitam. Amir pula berlatih seorang diri kerana lebih suka menyendiri. Namun, kalau Puteh ada, mungkin dia akan berlatih bersama-sama Puteh. Dia juga tidak tahu kenapa dia terlibat, tetapi alang-alang dia berada di sini, lebih baik dia juga mengikut. Mungkin dia akan jadi lebih kuat dan menjadi sandaran bagi kumpulan wira itu.

...

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now