...
DILAN sedang memandang siling hospital. Dia dimasukkan ke hospital kerana Khai menegaskan untuk bawa dia ke hospital. Hal ini kerana, perutnya masih terasa sakit walaupun setelah dirawat oleh Khai. Jadi, Khai mengatakan bahawa dia tidak dapat merawat sakit yang bukannya datang dari luka atau kecederaan dalaman serta penyakit seperti gastrik dan sebagainya.
Sebenarnya, Dilan rasa sakit pada bahagian perut kerana gastrik dan juga disebabkan oleh sembelit yang dialaminya beberapa hari ini. Jadi, Dilan terpaksa ditahan di dalam wad buat sementara waktu untuk rawatan lanjut.
Dilan melihat siling kerana sedang berfikir-fikir tentang kejadian tadi. Kejadian di mana Niel menyuruh mereka memakai baju TBM, seolah-olah dia sudah tahu akan ada Raidez menyerang dan seolah-olah dia tahu punca kegelapan yang mereka alami di sekolah tadi.
Dilan tidak mendapat visi dan memang ternyata ada orang kuat dari istana yang turun iaitu Sindrom. Dia tidak tahu kekuatan sebenar Sindrom, tetapi dia beranggapan Sindrom juga agak kuat sehingga menyebabkan dia tidak mendapat visi itu. Atau selain Sindrom ada pegawai istana Raidez yang lain berada berhampiran tempat itu?
Sindrom mengatakan dia mahu memastikan sesuatu, tetapi apakah sesuatu itu? Dilan tidak habis-habis berfikir tentangnya. Alangkah baiknya kalau dia dapat berfikir seperti Zull dan alangkah baiknya kalau Zull berada di sini, sekurang-kurangnya dia dapat bertanya mengenai perkara itu.
Zull pernah memberitahu dia dan yang lain bahawa Niel adalah sekutu Raidez. Adakah ia benar? Mungkin Zull tidak menipu. Dia patut bertanyakan butiran terperinci dari Zull pada hari Zull memberitahu perkara itu, kan? Dilan menyesali perbuatannya kerana tidak bertanya kepada Zull sedangkan dia tahu bahawa telahan Zull selama ini adalah betul.
"Hai." Sapa seseorang secara tiba-tiba.
Oleh itu, Dilan terperanjat dan terus bangun dari baringnya, lalu memandang kelibat seseorang yang berumur dalam linkungan 30-an yang sedang berdiri di hujung katilnya. Khai telah memasukkan dia ke dalam bilik VIP, jadi hanya katilnya sahaja yang berada dalam bilik ini. Dilan menelan air liurnya.
"Tolong jangan takut. Saya Ivannois." Sambung seseorang itu lagi (rujuk Bab 35).
"Ivannois?" Dilan menyebut nama itu kembali kerana mahu memastikan ia betul.
"Ya. Dipendekkan cerita, saya ialah moyang kamu, dari belah ibu kamu."
"Apa?" Dilan menggaru bawah pipinya kerana ragu-ragu. Ini sangatlah 'tiba-tiba' atau mendadak.
"Kuasa yang kamu ada adalah kuasa dari keturunan kita. Keturunan kita ada yang boleh mewarisinya dan ada yang tidak boleh. Sudah 8 generasi saya tidak boleh mewarisinya termasuklah ibu kamu, tetapi kamu boleh mewarisinya. Kamu dapat melihat visi, bukan?"
"Ya."
"Tetapi, kuasa kamu lebih unik berbanding saya dan nenek moyang kita yang lain. Kami semua hanya dapat melihat masa hadapan dalam masa 5-10 saat sahaja. Tetapi, kamu dapat melihat masa lalu dan masa depan lebih lama dari itu. Kamu unik, Dilan."
Dilan menelan air liurnya lagi dan kemudian menampar pipinya. "Aku tak bermimpi?"
"Ya, ini realitinya, Dilan. Kamu tahu apa maknanya itu?" Ivan menduga dengan wajah yang lebih serius. Dilan menggelengkan kepalanya itu.
"Mungkin sesuatu akan berubah dan ia bermula dari kamu, dari generasi kamu. Oh ya, tujuan saya menemui kamu di sini kerana mahu memberi beberapa nasihat sebab saya rasa ini adalah masa yang tepat saya memberitahu kamu. Kamu perlu buat keputusan yang betul dan genggamlah apa yang benar. Jangan ikutkan nafsu dan perasaan kamu sangat. Saya sudah melakukan kesalahan yang besar dalam hidup saya. Pilihan saya telah menyebabkan ramai orang yang menderita dan tersepit. Negara yang aman dan harmoni dahulu telah berpecah dan kacau bilau. Dan saya tidak pernah melihat sinar harapan bahawa ia akan pulih lagi. Jadi, saya tidak mahu kamu jadi seperti saya. Hidup dengan penuh penyesalan."
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)
FantasySambungan Olienpiece Siri 1. Tapi, ini musim 2 atau bahagian 2. PS: Saya dan sampai limit atau had bab, jadi terpaksa buat musim 2 atau bahagian 2. Huhuhu #1 in wira (3/7/2022) #1 in komik (4/1/2023)