...
DILAN memasak nasi goreng kampung pada pagi itu. Sekejap lagi, dia akan mengejutkan ahli rumah tersebut. Nik dan Mior tidur di sini semalam. Selepas mereka balik, mereka datang semula pada malam itu kerana mahu bermalam di situ.
Khai dan Ayumi pula sudahpun bertolak ke Jepun semalam. Dilan memaksa mereka untuk pergi ke sana juga kerana segala persiapan sudahpun dibuat oleh TS Mazhe. Jadi, Dilan tidak mahu usaha TS Mazhe kepada pasangan yang baru bernikah itu menjadi sia-sia. Dia memberi kepastian kepada Khai bahawa dia akan kemaskini keadaan semasa, termasuklah tentang kepulangan Zull. Insya-Allah.
Apabila menyebut nama Zull, hatinya mula gelisah dan gundah-gulana. Mana tidaknya, Zull diambil oleh musuh mereka, jadi peluang untuk dia selamat adalah tipis. Semoga Zull baik-baik saja dan semoga Ketua Hash berjaya. Doanya di dalam hati.
Usai memasak, dia menyusun pinggan di atas meja makan. Kemudian, dia dapat mendengar tapak kaki seseorang mendekati tempat itu, lalu membantunya menyusun pinggan. Lelaki itu ialah Niel.
"Lena ke tidur?" soal Dilan kepada Niel.
Niel mengangguk, kemudian dia terpandang wajah Dilan dan pada waktu itu, Dilan juga memandang ke arahnya seolah-olah Dilan cuba memberitahunya sesuatu.
"Kenapa? Ada sesuatu pada wajah aku ke?" soal Niel ingin tahu.
"Macam mana kau boleh tahu lelaki yang datang selepas Hash adalah bekas Jeneral Agnes, Niel sedangkan kkita tidak pernah melihat dia pun? Yang kenal dia hanyalah Zull." Duga Dilan.
Niel terdiam. Jawapan apakah yang patut dia bagi sekarang?
"Mungkin kau patut jujur sekarang, Niel. Aku tak akan marah pun, aku cuma mahukan kebenarannya. Sejujurnya, segala apa yang Zull beritahu kami tentang kau, aku percaya. Tetapi, aku pura-pura tidak percaya kerana aku mahu tengok sejauh mana kau akan pergi dan aku juga mahu mengetahui adakah aku boleh percayakan kau atau tidak, walaupun kau adalah dari pihak musuh. Aku percayakan kau, Niel dan aku yakin kau ada sejarah sendiri kenapa kau boleh terlibat dengan mereka. Aku percayakan kau sebab sampai sekarang, nyawa kami tidak pernah di dalam bahaya yang berpunca daripada kau, bahkan kau banyak membantu kami dan pernah menyelamatkan kami." Jelas Dilan panjang lebar dan meluah segala apa yang terbuku di dalam hatinya selama ini.
Jadi, selama ini Dilan hanya berpura-pura menjadi seseorang yang tidak tahu apa-apa.
"Kalau aku jujur, apa yang kau akan buat kepada aku sekarang?"
"Tiada apa, macam aku cakap tadi, aku percaya kau ada alasan sendiri dan aku tak akan salahkan kau sebab bukan kau yang memberitahu musuh lokasi kita semalam, kan."
Niel menggelengkan kepalanya. "Mungkin apabila sampai masanya, aku akan beritahu kau Dilan, tetapi bukan sekarang. Ya, kau betul, aku tak pernah ada niat jahat terhadap korang dan sejujurnya, aku suka berada di sini. Berada di sini bersama korang." Kata Niel jujur.
Dia mungkin tidak suka dua beradik yang bising itu pada sebelum ini (Zull dan Joshua), tetapi mereka itu juga adalah pelengkap dan penyeri rumah ini. Kini, apabila tiada pergaduhan dan drama adik-beradik itu, dia akui rumah ini agak sunyi. Dilan mengangguk faham.
"Terima kasih sebab faham."
"Sama-sama."
Mereka meneruskan perbuatan tadi bersama-sama dan berbual-bual seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Niel tidak sangka yang Dilan sematang ini. Dilan memang layak menjadi ketua mereka semua kerana dia cukup bertimbang rasa. Fikir Niel.
Tidak lama selepas itu, loceng rumah mereka kedengaran. Nik cepat-cepat membuka pintu utama. Dia baru lepas makan sarapan di ruang tamu bersama-sama Mior tadi. Apabila membuka pintu itu, alangkah terkejutnya dia kerana melihat Cikgu Azrell dan Cikgu Syahir di luar pagar rumah itu.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)
FantasíaSambungan Olienpiece Siri 1. Tapi, ini musim 2 atau bahagian 2. PS: Saya dan sampai limit atau had bab, jadi terpaksa buat musim 2 atau bahagian 2. Huhuhu #1 in wira (3/7/2022) #1 in komik (4/1/2023)