...sambungan Bab 75

19 5 0
                                    

...

Dua jam sebelum itu,

SEJURUS selepas mereka balik dari praktis latihan bola tampar, Dilan dan Amir terus ke hospital terbiar yang mereka pernah pergi sebelum ini. Zull juga terus ke sana selepas dia tamat latihan senamrobik. Mereka mahu berbincang tentang apa yang mereka perlu lakukan.

Tetapi, semasa dalam perjalanan ke sana, Zull bertembung dengan Nik dan Mior yang mahu memancing. Namun, tidak jadi kerana terlalu ramai orang pula di sana. Entah sejak bila pula tempat mereka selalu lepak ramai orang, selalunya seorang dua sahaja yang akan memancing di sana. Disebabkan kebosanan, mereka juga mengikut Zull walaupun Zull sudah melarangnya.

Tetapi, mereka tidak menghiraukannya dan tetap mengikuti Zull. Zull sudah malas nak bertekak, oleh itu dia biarkan sahaja mereka mengikut. Mungkin dia boleh gunakan mereka nanti. Memang mereka telah tersilap langkahlah sebab ikut dia. Ehehehe.

Setelah sampai, Zull memberi salam kepada Dilan dan Amir yang sudahpun berada di situ.

"Maaf lambat sikit, aku terjumpa dua makhluk buangan tadi." Sapa Zull sambil mendekati dua kawan itu.

"Hoi, mana ada kami makhluk buangan." Marah Nik, terus menjeling Zull dengan tajam.

"Diamlah kau, kau nak ikut sangat, kan. Ha, jadi je tunggul di sini, jangan manyampuk perbualan kami lagi."

"Kenapa ikut sekali?" soal Amir kepada adiknya, Mior.

"Saja, sebab bosan. Kau buat apa di sini? Dan kenapa korang bertiga berjumpa di tempat menakutkan macam ini? Macam dah tak ada tempat lain lagi untuk korang berjumpa. Peliklah korang ni."

"Eh, bising pulak dia, sudahlah tidak dijemput. Ha, jadi macam mana dengan rancangan kita pada malam ni. Jason cakap apa?" sangkal Zull dan terus kepada tujuan utamanya.

"Jason akan beritahu mereka pada petang ini." jawab Amir dengan tenang.

"Kau beritahu apa kepada Jason?"

"Yang kita akan ke sana dan menjadi pemerhati sehinggalah keadaan menjadi teruk dan lelaki bertopeng akan selamatkan mereka."

"Ada bagi alatan yang aku bagi dekat kau?"

"Um, ada."

Zull mengangguk faham. "Baik. Tapi, bukan 'kita', hanya kau dan Dilan sahaja yang akan ke sana."

"Macam mana dengan kau?" soal Dilan ingin tahu.

"Aku, Nik dan Mior akan ke hospital dan jaga mak Jason. Kau sendiri cakap yang Michael tahu tentang ibu Jason, kan. Aku juga dapat rasakan dia juga akan tahu yang ibu Jason sudah bangun dan menjangkakan Jason akan keluar dari geng dia. Jadi, mungkin dia akan gunakan ibu Jason untuk ugut Jason nanti. Tetapi, biarlah dia menjangkakan apa yang dia sangka supaya dia tidak menjangka apa yang aku telah jangkakan."

"Eh, terbelit-belit kau ni, gunalah ayat mudah sikit." Celah Nik kerana sudah pening apa yang Zull cuba katakan.

"Nik, bukan ayat aku yang terbelit-belit, tapi kau yang lembap sampai tak dapat nak hadam kata-kata aku ni. Korang faham, kan?"

"Um, sikit." Dilan dan Amir sama-sama mengangguk faham.

"Ala, kiranya aku dan dua ekor makhluk ni 'back up plan' untuk keselamatan ibu Jason lah. Amir, kau beritahulah apa yang patut kepada Jason tu eh. Dahlah, aku nak balik mandi dan bersiap ke hospital, korang berdua kena ikut aku. Inilah akibatnya apabila berdegil."

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now