Bab 80: Kapten Faqimora!!!

40 6 0
                                    

SELEPAS anak-anak buah Faqimora berkumpul tadi (rujuk Bab 78), Charles cuba menyerang Dilan dengan dua pedangnya sekali lagi, walaupun dia tahu hasilnya tetap sama iaitu Dilan akan mengalahkannya, tetapi dia tidak akan berputus asa. Dia tidak mempunyai apa-apa kuasa seperti Sindrom dan Bonet, yang dia ada hanyalah kemahiran pedang. Itu sudahpun cukup baginya; cukup untuk dia dibenarkan beraksi seperti rakan-rakannya yang lain.

Tetapi, belum pun sempat dia menghampiri Dilan, kakinya sudah tidak dapat bergerak kerana telah dibekukan. Sekali lagi badannya membeku sedikit demi sedikit seperti tadi. Dia tahu tentangnya, dia tahu dia akan dibekukan kerana musuhnya itu pun sudah nampak serius berlawan dengannya.

Namun, itulah yang dia mahu lakukan, yakni tumpuan Dilan hanya tertumpu ke arahnya dan bukan ke arah Sindrom lagi. Sindrom sudah tersenyum sinis dan mula mengambil alat penyumpit untuk mencucuk cecair itu (dengan jarum) pada badan Dilan.

Dia tidak berganjak pun dari tempatnya tadi dan hanya memerhati pada masa itu, sama seperti yang lain. Saat dia, meniupkan penyumpit itu, barulah yang lain juga bergerak pergi kepada sasaran masing-masing supaya tiada sesiapa yang mengesyaki perbuatannya itu.

1, 2, 3! PAKK!

Jarum itu hampir mengena Dilan, tetapi ia tiba-tiba sahaja berubah arah dan akhirnya jatuh menyembah bumi. Jadi, Sindrom terus berpaling ke arah seseorang yang telah mengacau rancangannya itu. Dia mengecilkan kelopak mata sejurus selepas melihat seorang perempuan berkaca mata memandang tepat ke arahnya.

"Dedaunan kipas!" laungnya dengan nada geram.

Oleh itu, beberapa kipas angin menyerang perempuan berkaca mata itu atau Henna dengan serentak. Henna tidak berganjak pun, bahkan dia langsung tidak beriak takut. Saat daun kipas itu hampir mengenanya, ia berhenti berpusing dan hanya terapung di udara. Sindrom terus mengerutkan dahinya.

"Apa?" katanya perlahan dan masih lagi dengan wajah berkerut.

Setelah itu, dia nampak Henna menyilangkan kesemua jarinya, kemudian melepaskan silangan itu, lalu mendepakan tangannya. Saat kedua-dua tangannya didepakan, daun kipas itu mula bergerak dan telah menukar arah menuju ke arah Sindrom pula.

Oleh sebab itu, Sindrom terus menyeru perisai ais untuk melindungi dirinya daripada senjatanya sendiri. Dia sudah cuba untuk mengawal daun kipas itu kembali, tetapi tidak berjaya. Ia seolah-olah Henna berjaya memintas sistem kuasanya.

Tiba-tiba, Sindrom rasa tangannya seperti ditarik oleh angin. Kedua-dua tangannya begitu, dia mahu menyeru kuasanya lagi dengan mulutnya itu, tetapi mulutnya tidak dapat bergerak kerana dia rasa mulutnya berat untuk dibuka. Ia mungkin disebabkan kuasa angin itu juga memandangkan dia rasa bibirnya rasa berangin, begitu juga dengan bahagian kedua-dua tangannya.

Perisai aisnya hancur berderai kerana dia tidak dapat menguasainya lagi. Ketika itulah, dia nampak Henna sedang mengalunkan tangannya ke udara kosong dengan lemah gemalai (seperti tarian ulek mayang). Tiba-tiba Henna berhenti dan memandang tepat ke arahnya dengan padangan yang menyeramkan. Habis naik bulu roma Sindrom.

"Perempuan gila!" tuturnya dengan nada takut. Dahinya telah merembeskan peluh sehingga ia mengalir turun ke bawah dagu dan akhirnya menitik ke tanah.

Tiba-tiba, dia dapat rasakan kepalanya berpusing-pusing dan melayang di udara. Sekali lagi? Tadi Puteh yang memenggal kepalanya, kali ini perempuan gila itu pula. Macam mana perempuan itu boleh memenggal kepalanya sedangkan perempuan itu hanya memukul-mukul angin? Ahhhh!

Setelah melihat kepala musuhnya berpusing-pusing di udara, Henna menarik nafas panjang dan menghembuskannya dengan sopan. Itu ialah kuasa Tahap Separuhnya. Henna tidak begitu suka bercakap, jadi dia mencari cara untuk berlawan tanpa banyak bersuara.

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now