...sambungan Bab 60

43 8 4
                                    

Ketua Hash mendarat di sebuah pokok setelah menggunakan kuasa lompatannya dari rumah Alif yang berdekatan kawasan itu. Hash sedang berdiri di atas sebatang dahan pokok besar yang berada di sebelah rumah Istana Mazhe. Di sebelah rumah Istana Mazhe itu terdapat hutan kecil atau hutan belukar. Rumah itu juga tidak mempunyai jiran yang berdekatan memandangkan hanya rumah itu sahaja yang tersergam indah di atas bukit.

Semasa dia sedang ralit memerhatikan rumah itu, seseorang memunculkan diri di belakangnya. Hash berpaling dengan cepat kerana mahu mengetahui gerangan itu. Setelah pasti kelibat yang memunculkan dirinya itu, Hash turun memijak tanah dan berdepan dengannya.

"Apa kau buat di sini?" soalnya sedikit tegas.

"Gembira jumpa ketua Hash di sini." Sapa orang itu dengan senyuman manis.

"Hm, kenapa datang sini? Kau mahu apa dari Mazhe? Bukankah pada sebelum ini kau kata kau tidak lagi bersama Raidez."

"Ya benar, saya datang sini bukan kerana Putera Mazhe, tetapi kerana Ketua Hash."

"Apa? Kau nak apa dari aku?"

"Saya mahu ajar Ketua Hash buat Kubta."

Hash terus melihat orang itu atau Liam dengan pandangan yang tidak percaya. Sungguh, dia betul-betul terkejut dengan berita itu. Buat Kubta? Adakah lelaki yang berada di depannya sekarang ini sudah hilang kewarasan? Kenapa dia mahu mengajar bekas musuhnya buat senjatanya yang paling berkesan? Fikir Hash.

"Ketua Hash mesti pelik kenapa saya mahu mengajar Ketua Hash salah satu kuasa saya yang paling kuat."

"Sudah tentu. Kau ada niat tersembunyi ke?"

"Tidak, saya buat semua ini di atas permintaan seseorang."

"Siapa?"

"Zull."

"Heh! Zull suruh kau ajar aku buat Kubta? Kenapa?"

"Dia kata ada bagusnya salah seorang dari pihak Olienpiece dapat menyeru Kubta dan berdiri sama tinggi dengan pihak Raidez."

"Kau...kau benar-benar taat kepada perintah Zull. Siapa Zull sebenarnya?"

"Ketua Hash akan tahu, tetapi bukan sekarang."

"Huh, okey! Sebelum itu, seperti yang kita telah janjikan, kau akan beritahu aku rahsia Raidez pada kali kedua perjumpaan kita. Jadi, apa rahsianya? Aku maksudkan tentang Tuanku Ozzette. Betul ke Tuanku yang duduk di takhta Olienpiece itu ialah seorang penyamar?"

"Saya akan beritahunya selepas Ketua Hash berjaya menguasai Kubta dan kuasa rahsia saya yang lain."

"Kau...!"

"Kali ini saya serius. Saya juga akan beritahu Ketua Hash tentang rahsia yang lebih penting dari itu. Sudah sampai masanya Ketua Hash tahu kebenaran itu sebab saya mungkin tidak dapat berada di sisinya lagi selepas ini. Dia dalam bahaya kalau bersama dengan saya, jadi ada baiknya saya pergi sebelum terlambat."

"Dia? Siapa? Zull? Kau juga mahu tinggalkan dia sepertimana arwah Tuan Muslim kau tinggalkan Mazhe tanpa apa-apa berita?"

Liam hanya mendiamkan dirinya sahaja. Dia dapat rasakan itulah perkara yang terbaik untuk Zull dan dirinya. Dia risau Zull di dalam bahaya jika bersamanya kerana dia pasti pihak Raidez tidak akan berputus asa dari menghapuskannya. Dan dia pasti Zull dalam bahaya jika itu yang berlaku kerana Zull akan berusaha untuk selamatkannya sama seperti apa yang dia buat pada petang tadi.

"Boleh kita mulakannya?" soal Liam apabila dia sudah mendapat persetujuan dari Hash tadi. Dia tidak menjawab soalan Hash lagi kerana tidak mahu memanjangkan cerita. Malahan, dia tidak ada jawapannya.

Hash mengangguk dengan malas. Tawaran yang diberikan oleh Liam akan memberinya kelebihan jika dia terpaksa berdepan dengan pihak musuh suatu hari nanti. Jadi, lebih baik dia menerimanya dengan tangan terbuka dan tanpa berdalih dengan lebih lama. Sebaik sahaja Hash mengangguk, Liam memetik jarinya dan kawasan itu dikelilingi oleh Worsikel sedikit demi sedikit.

Selepas 20 saat berlalu, tempat itu telah menjadi kawasan lapang, cerah dan mempunyai langit yang membiru. Cepat dan sangat efektif. Bisik hati Hash kerana dia mengambil masa hampir selama 1 minit lebih untuk membentuk Worsikel dengan sempurna. Maknanya, Liam sangat cekap darinya. Setakat ini, Liam adalah orang yang paling laju dan cekap dalam membuat Worsikel. Patutlah dia menjadi Jeneral dalam usia yang sangat muda.

"Berapa kuasa unsur yang Ketua Hash dapat kuasai?" soal Liam, tika itu dia memakai baju kombat lamanya. Baju kombat sewaktu dia bertugas sebagai jeneral di Kastelhalia.

"Tiga. Tanah, air dan angin."

"Um. Ketua Hash perlu kuasai unsur api untuk menguasai Kubta. Rahsia saya dapat ciptakan Kubta ialah dengan menggunakan keempat-empat unsur utama. Ketua Hash dapat menguasai Perca, bukan?"

"Ya."

"Bagus. Kubta terhasil dari tiga teras atau peringkat iaitu tanah liat yang keras daripada unsur tanah, air dan api. Kedua, dari Perca yang merupakan pertahanan dari kaca yang terbentuk dari sumber pasir. Dan yang ketiga ialah dinding ais yang sangat tebal dan tidak boleh cair dari sumber angin dan air. Oleh sebab itu, Ketua Hash perlu menguasai keempat-empat unsur utama. Jadi, buat masa sekarang, saya akan mengajar Ketua Hash cara untuk menguasai kuasa api..."

"...Semasa saya mengajar anak murid saya dahulu, dia mengambil masa hampir tiga bulan untuk menguasai kuasa api. Tetapi, saya rasa Ketua Hash dapat menguasainya dengan lebih cepat."

"Sebulan. Latih aku selama sebulan untuk menguasai kuasa api, aku pasti akan dapat mengawalnya dalam tempoh itu, dan aku pasti dapat menguasai Kubta tidak lebih dari seminggu." Kata Hash dengan yakin dan terus bersedia untuk berlatih dengan Liam.

Liam tersenyum kerana dia tahu Ketua Hash juga seorang yang genius sepertinya memandangkan Hash dapat menjadi sebahagian dari Jujukan Ketua Istana Kastelhike (JKIK) dalam usia yang sangat muda iaitu ketika berumur 29 tahun. Dia pula dapat menjadi Jeneral ketika berusia 25 tahun. Mereka memulakan latihan mereka pada malam itu di dalam Worsikel hampir 3 jam. Bulan dan bintang telah menjadi saksi usaha keras mereka pada malam itu.

...

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now