...sambungan Bab 74

38 6 7
                                    

...

SELEPAS waktu rehat, Zull mengajar Silvia, Mina, Yurina, Botak dan Razak dahulu. Memandangkan Dilan dan Amir mahu melawat tempat tinggal Zull, jadi mereka juga turut serta dalam sesi 'study group' Zull itu. Bolehlah mereka menuntut ilmu baharu dan gunakannya di dalam peperiksaan nanti.

Selepas kejadian semalam, Zull berjaya membuktikan dia tidak bersalah, manakala Bella dan keluarganya pula sedang menguruskan kes adiknya itu dengan polis, oleh sebab itu Bella tidak datang pada hari ini.

Disebabkan kejadian semalam juga, hubungan Silvia dengan kumpulan Tina semakin baik, malah Silvia telah menempah baju kepada Tina untuk dia pakai pada hari perkahwinan Ayumi nanti. Setelah selesai sesi pembelajaran berkumpulan itu, akhirnya Dilan dan Amir telah mengikut Zull balik ke tempat tinggal Zull.

Zull tidak pergi kerja lagi hari ini kerana mahu berehat. Setelah sampai di muka pintu, Zull memberi salam dahulu sambil memasukkan nombor pin rumah itu. Selepas akses diterima, barulah Zull menolak tombol pintu dan berjalan masuk ke dalam. Dia diikuti oleh Amir dan Dilan.

Rumah itu agak mewah, malah ia berada dalam kawasan perumahan yang rata-rata penduduknya orang-orang yang berada. Mereka kepelikan. Macam mana Zull boleh jumpa dan duduk di rumah ini?

"Mak Yah, ada orang datang ni, kawan-kawan saya." Laung Zull dan terus menjatuhkan dirinya ke atas sofa. "Duduklah, buat macam rumah sendiri." Pelawa Zull sambil mendepakan tangannya.

Mak Yah memasuki ruang tamu apabila namanya dipanggil. Tadi dia di dapur kerana menyiapkan makanan tengah hari.

"Assalamualaikum." Sapa Dilan dan Amir serentak.

"Waalaikumussalam. Kawan-kawan Zull ke?"

"Ya, mak cik."

"Diorang paksa saya bawa diorang balik sini, Mak Yah. Kasi ajar sikit diorang ni Mak Yah, pukul diorang." Hasut Zull dari atas sofa itu.

"Kamu nilah yang patut kena pukulnya. Ish! Duduklah ya, nanti Mak Yah buat air. Ha, Zull kamu ikut Mak Yah, mari kita buat air untuk tetamu kita ni."

"Eh, Mak Yah lah yang buat, Mak Yah kan pekerja Liam, saya juga tetamu tau."

"Hm, tetamu tak diundang."

"Ish, orang tua ni, suka sangat cari salah aku. Yalah, yalah. Saya buat air campur clorox, Mak Yah buat kudapan campur ubat gegat ya. Sedap tu. Ha, korang duduk sini dan tunggulah kami bawa makanan dan minuman paling lazat bergizat...hmmmm. Hehehe. Tak tahulah tu korang dapat keluar dari sini dengan bernyawa lagi atau tak." Usik Zull, bingkas bangun dan bergerak ke dapur.

"Zull ni." Dilan hanya menggelengkan kepalanya saja.

Setelah itu, dia duduk di atas kerusi berdekatan sofa yang Zull baring tadi. Amir pula masih memerhatikan rumah itu. Terkadang dia memerhatikan pasu bunga berwarna emas. Emas betul ke ini? Fikirnya.

"Aku macam pernah nampaklah Mak Yah tu."

"Ya? Di mana?" soal Amir dan mendekati Dilan, lalu melabuhkan punggung di atas kerusi yang berhadapan dengan Dilan.

"Aku tak ingatlah...Mungkin aku patut tanya Zull."

"Macam okey aje tempat tinggal dia sekarang, macam mewah. Ingatkan dia merempat di tepi jalan dah. Setan betul si Zull ni, sia-sia aku rasa kasihan."

"Janganlah sumpah dia macam tu, Amir. Tak baiklah."

"Okey, okey. Sorry, sorry. Baik sangat tadi, tak guna betul si Zull ni."

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now