...sambungan Bab 81

33 7 0
                                    

...

TUBUH badan Kapten Faqimora sudahpun lengkap di dalam Ruang Persidangan Helise (sama seperti Dewan Helise). Ruang Persidangan Helise merupakan tempat para Raja bersemayam di atas takhta mereka atau menjadi tempat pegawai dan rakyat jelata menghadap Raja-Raja yang ada.

Ketika itu, ada Komander Raphinarde', Leftenan Lemon, Sarjan Imiraldi dan Koperal Xing Li yang sedang duduk di tempat duduk masing-masing. Raja Zach, mahupun Putera Aloise masih belum ada di situ.

Saat kelibat Faqimora sudah kelihatan, mata mereka semua tertumpu kepada seseorang yang dipegang oleh Kapten Faqimora. Siapa pula yang dibawa oleh Kapten ini? Pihak musuh ke? Melihat wajah asing itu, Imiraldi terus berdiri.

"Siapa pula yang kau bawa ni, Faqi?" soalnya dengan lagak sedikit angkuh.

"Pemegang Naga Api." Jawab Faqimora ringkas. Oleh itu, mata Imiraldi dan yang lain terus teralih kepada remaja lelaki tersebut.

Dengan tangkas Imiraldi terus menggenggam rambut Zull, kemudian dia tergelak kecil. "Jadi, kau Naga Api yang telah memperbodohkan aku sebelum ni?"

"Mungkin." Jawab Zull ringkas. Disebabkan itu, suatu tumbukan telah hinggap ke pipinya sehingga menyebabkan mulutnya mengalirkan darah. Maknanya, tumbukan itu sangat padu.

Kemudian, Imiraldi menarik Zull dengan rambut itu ke tengah-tengah ruang persidangan. Lalu, dia menolak Zull sehingga Zull tersembam ke lantai. Setelah itu, dia cuba memijak Zull, tetapi Zull bersuara.

"Jangan pijak muka." Kata Zull sambil menyembunyikan mukanya dengan kedua-dua lengan. Muka dia berharga kut. Imir tergelak kecil sekali lagi, lalu memijak tengah dada Zull.

"Gunakan kuasa kau untuk kalahkan aku sekarang. Kita tengok siapa pula yang akan kalah dan menang." Arah Imir tegas.

Kali ini, dia akan menggunakan seluruh kekuatannya untuk mengalahkan Zull. Setelah mengalahkan dan membunuh Zull, barulah dia akan mengambil batu permata Naga Api itu. Raja Zach masih belum sampai, maknanya dia masih ada masa untuk bermain-main.

"Kau bunuh aku sekalipun, kau tak akan jumpa batu tu pada badan aku." Balas Zull sambil cuba menolak kaki Imiraldi dari dadanya, tetapi tetap tidak berjaya.

"Apa kau cakap?"

"Dia sempat lempar batu tu di sana sebelum dia sampai sini." Jawab Faqimora bagi pihak Zull memandangkan dia perasan perbuatan Zull tadi, tetapi waktu itu dia sudahpun terlambat untuk membuat apa-apa.

"KAU! KAU MEMANG CARI MAUT!" laung Imir dan terus memijak wajah Zull pula.

Nasib baik Zull sempat berpaling ke kiri, kalau tak sudah patah hidungnya itu. Tetapi, sekarang ini pipi dan telinga kirinya pula yang sakit. Ya Allah! Sakitnya. Setelah itu, Imiraldi memijak serta menyepak badan Zull dengan sesuka hatinya kerana geram. Tidak guna dia membazirkan kuasa yang dia ada kalau budak itu sekarang hanyalah orang biasa saja. Ish! Tak guna! Tak guna!

Yang lain hanya menjadi pemerhati di situ. Mereka tahu Imiraldi bukanlah seorang yang penyabar dan agak baran. Biarlah si Imiraldi itu melepaskan kekecewaannya di situ. Setelah puas, Imiraldi berhenti lalu berpaling ke arah Faqimora.

"Jadi, kau gagal?" soalnya.

Faqimora terus menunjukkan seutas rantai di tangannya. "Bukan sepenuhnya, sekurang-kurangnya aku berjaya mendapat satu 'tangkapan'." Setelah itu, dia melemparkan rantai yang diletakkan batu permata Air sebagai permatanya kepada Imiraldi.

Imiraldi menangkapnya dan melihat rantai itu bersama batu permata Air. Dia tersenyum, lantas memanggil pengawal yang sedang memegang Sav untuk ke situ. Selepas itu, dia meletakkan ia ke dalam Sav tersebut.

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now