"Puting beliung!!!" jeritnya lantang.
Serentak itu, puting beliung terus terbentuk di kepala Jani. Jani meronta-ronta supaya dia terlepas dari genggaman tangan bayang Joshua, tetapi tidak berjaya. Charles, Bonet dan Sindrom yang melihat situasi itu juga cuba melepaskan diri dari kuasa 'Dekagon' milik Niel, namun setiap pergerakan mereka itu dipanah dengan panahan kilat elektrik. Jika mereka mendekati dindingnya pula, mereka akan direnjat dengan voltan setinggi 700 volt seperti yang terjadi kepada Pandan pada sebelum ini.
Faqimora juga cuba bergerak menuju ke arah Jani kerana mahu selamatkannya, tetapi Zull dan Dilan menghalang dengan menyerangnya dengan pedang masing-masing dan dengan bertubi-tubi. Jadi, Faqimora sudah tiada pilihan lain selain turut melawan serangan pedang mereka.
Jika dia melawan mereka dengan tali dyneema tadi pula, Puteh akan membekukannya dan menghancurkannya. Jika dia menyerang mereka dengan Silinder Lava Berapi milik Zull tadi, Zull mematikannya semula. Mereka sangat cepat dan tangkas dalam berfikir. Patutlah semua anak-anak buahnya mengalami kesusahan tadi. Faqimora tersenyum.
"Alam fantasi." Serunya dengan perlahan.
Disebabkan itu, suasana tempat itu mula berubah satu per satu. Sekarang, Dilan berada di dalam hospital, manakala Zull berada di dalam sebuah rumah. Nampaknya kuasa halusinasi itu terjadi sekali lagi.
"Ini semua tak betul, ini semua tak betul." Bisik Dilan di dalam hatinya.
Tiada orang pun di dalam hospital tersebut. Puas dia mengelilingi tempat itu, dari tingkat 1 hingga 6, tetapi tiada sesiapa pun di situ. Kemudian, dia perasan suatu kelibat melintasi belakangnya, jadi dia terus berpaling ke sana, namun tetap tiada sesiapa pun. Disebabkan itu, Dilan menelan air liurnya.
Selain kejadian yang menimpa ibunya, ada suatu lagi perkara yang dia takuti. Tempat yang tiada orang, kosong dan hanya dia sahaja di situ. Kemudian, dia dapat melihat suatu kalendar bergerak-gerak dan tercabut dengan sendirinya.
Dari tahun ke tahun berlalu, sehingga dia terpaksa melihat tangannya yang sedang mengalami perubahan. Ia semakin berkedut, mukanya juga begitu. Tak, tak mungkin. Dia sudah tua ke? Dan dia sendirian saja? Tak, tak, tak! Dia perlu jumpa keluarganya, dia perlu jumpa ayah, kakak, adik, kawan-kawannya dan Ayuri. Dia perlu tunggu Ayuri.
Dalam situasi lain pula, Zull berpusing-pusing di situ kawasan rumah yang dia nampak tadi. "Ini tak betul, ini tak betul." Bisik hatinya, sama seperti Dilan tadi.
Dia nampak sebuah rumah di hadapannya. Dia kenal dengan rumah itu, dia mahu memasukinya, tetapi tidak boleh, dia dalam perlawanan. Dia tidak boleh biarkan pemikirannya dikuasai oleh pihak musuh.
Kuasa halusinasi ini memang akan memasuki minda musuhnya dan kemudian, memalsukan semua ingatan serta memori mereka sehingga mereka akan rasa semuanya benar-benar belaka.
Zull menggelengkan kepalanya dengan banyak kali. Kemudian, dia memaksa dirinya untuk memejamkan matanya. Dia perlu bermimpi, mimpikan suatu perkara yang buruk untuk melawan kuasa itu.
Setelah kejadian dia dikawal itu, dia telah melatih mindanya untuk menjadi seorang pemimpi waras (lucid dreamer). Ia supaya dia yang dapat mengawal minda tidak sedarnya, sama seperti seseorang yang bermimpi waras dan dapat menguasai situasi serta karakter di dalam mimpinya itu.
Zull memimpikan wajah Faqimora, tika itu Faqimora sedang cuba menyerangnya. Apa yang dia lakukan ialah menggunakan dua pedang berapi lalu berlari menuju ke arah Faqimora, melompat dan mensasarkan leher Faqimora, lalu memotong urat leher itu.
PAK!
Faqimora menghentikan kuasa 'Alam Fantasi' kerana dia hampir-hampir dimakan oleh serangannya sendiri seperti 'senjata makan tuan'. Dia terus memandang ke arah Hitam yang berdiri di hadapannya dengan senyuman sinis.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)
FantasySambungan Olienpiece Siri 1. Tapi, ini musim 2 atau bahagian 2. PS: Saya dan sampai limit atau had bab, jadi terpaksa buat musim 2 atau bahagian 2. Huhuhu #1 in wira (3/7/2022) #1 in komik (4/1/2023)