...sambungan Bab 69 (bhg akhir)

32 5 2
                                    

...

ZULL sedang membersihkan cermin dinding lutsinar restoren. Ayuri membenarkan dia bekerja pada hari ini dan ia akan dikira sebagai OT. Kadang-kadang Zull menghembuskan nafas berat. Dia mahu menyertai latihan itu walaupun dia bukan Hitam lagi memandangkan Amir yang tiada apa-apa kuasa juga dibenarkan berada di sana. Jadi, mungkin dia juga boleh menyertainya. Tetapi, Hash nampaknya tidak mahu dia berada di sana dan sudah tidak boleh percayakan dia lagi. Tidak mengapalah, salahnya juga.

Walau apapun, dia mahu menuntut janji Hash sebelum ini iaitu menyembunyikan MB dan anaknya bagi pihak dia. Orang dalam kesusahan, apa salahnya dia menolong kan. Ini juga bermakna, mulai hari ini, dia tidak lagi dapat berlatih bersama dan berlawan di sisi mereka semua itu lagi. Sakit pula rasa hatinya, macam dihiris-hiris pun ada.

"Uncle, jemputlah duduk di mana-mana sahaja yang uncle suka. Kenapa tak mesej dulu?" kedengaran suara Ayuri sedang menyapa dan bercakap dengan seseorang.

Pelik, biasanya Ayuri tak akan keluar dari bilik pejabatnya dan menyapa pelanggan yang datang. Oleh itu, Zull berpaling ke arah Ayuri memandangkan tadi dia membelakangi Ayuri. Tetapi, dia kaget sebaik sahaja melihat kelibat TS Mazhe.

Orang tua ini lagi. Asal dia datang sini pula? Sepanjang aku kerja di sini, tak ada pula aku nampak dia pernah makan di sini. Buang tebiatlah orang tua tu. Tak apalah, dia senyum ajelah memandangkan orang itu pelanggan restoren sekarang ini. Getus hati Zull.

Oleh itu, dia membuka sarung tangan dan mengambil buku resepi, lalu menuju ke arah meja yang diduduki oleh TS Mazhe dan Alif. Selain menjadi tukang cuci, dia juga ditugaskan untuk memberikan buku menu dan mengambil pesanan pelanggan. Tetapi, dia tidak dibenarkan untuk menghantar makanan kepada pelanggan.

"TS tengok-tengoklah dulu menu yang ada, apa-apa nanti panggil saya ya." Katanya.

"Saya tak mahu kamu yang melayan saya." Kata Mazhe dengan nada tegas.

Ayuri sedikit terpanar apabila mendengarnya dan terus memandang ke arah Zull. Hari itu, masa di Selangor, okey sahaja layanan TS Mazhe kepada Zull, kenapa tiba-tiba dingin ini? Dia pelik.

"Eh eh Tan Sri ni, apa masalahnya saya yang melayan TS memandangkan saya 'free', yang lain tengah sibuk kut. Apa salahnya bertolak ansur sikit dengan saya dan rakan sekerja saya. Saya akan laksanakan tugas saya dengan baik. Jangan risau."

"Sebab inilah saya tidak mahu kamu yang melayan saya."

"TS, hal peribadi janganlah dibawa sampai ke tempat kerja saya. Matanglah sikit, dahlah TS ni lebih tua daripada saya."

Pada saat itu, Ayuri sudah tahu kenapa TS Mazhe tidak sukakan Zull. Bukannya dia tidak tahu TS Mazhe memang tidak suka orang yang menjawab kata-katanya dan kurang ajar dengan dia. Ish! Budak ni, nak aku lingkup agaknya. Marah Ayuri di dalam hati.

"Zull, kamu pergi bersihkan tingkat atas. Biar saya yang melayan TS. Uncle, pilihlah apa yang uncle mahu, pasal Zull ni jangan risau, saya sudah arahkan dia bersihkan tingkat atas."

"Okey." Balas Mazhe acuh tak acuh.

Namun, Zull masih belum berganjak dari situ. Dia sedang diselubungi dengan perasaan marah. Pasal hal tadi dengan Hash dan pasal TS kerek ini pula. Semua perasaan tidak puas hati itu berkumpul di dalam hatinya.

Akhirnya, dia mengucapkan lafaz isti'azah dan beristighfar, mesti syaitan yang sedang memarakkan perasaan marah dalam hatinya itu. Tanpa membuang masa, dia terus menuju ke tingkat atas.

Kalau kita sedang marahkan seseorang pun, seelok-eloknya kita mengucapkan lafaz isti'azah, mengubah posisi kita atau mengambil wuduk. Kalau dilayan perasaan marah, suami isteri boleh bercerai, adik beradik boleh terputus silaturahim dan mungkin ada anak yang akan derhaka dengan ibu bapanya.

Zull mendaki tangga di atas dan semasa melalui anak-anak tangga itu, seseorang terlanggar bahunya, tetapi orang itu terus berlalu pergi tanpa meminta maaf kepadanya pun. Laju pula orang itu lari. Tetapi, Zull kenal kelibat itu.

"Linda?" panggilnya ingin tahu. Linda berhenti berlari dan berpaling ke arah orang yang memanggil namanya.

"Zull?"

"Ish kau ni! Dah langgar bahu orang, senonong aje pergi, tak gheti nak mintak maaf ke?" katanya sambil mengusap kawasan bahu yang dilanggar oleh Linda tadi.

Linda tidak bercakap apa-apa dan tiba-tiba menangis. Setelah itu, Linda berlaku pergi dari situ dan keluar dari restoren. Zull ditinggalkan di situ dengan wajah keliru. Disebabkan kejadian itu, Zull menggaru belakang lehernya yang tidak gatal.

"Eh, dah kenapa? Kena sampuk agaknya ya. Aku marah sikit aje, itupun dah nak nangis ke. Ke hari ni hari sensitif sedunia eh?"

Tetapi, Zull membiarkan hal itu ke tepi dan meneruskan niatnya untuk membersihkan tingkat atas. Bolehlah dia solat Asar di surau terus, sudah alang-alang dia berada di atas.

~ ~ ~

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now