...sambungan Bab 70

20 5 0
                                    

.

.

.

DILAN menarik nafas panjang apabila teringatkan teguran Ketua Hash tadi. Dia baru selesai mandi dan solat Maghrib, dan kini sedang berbaring di atas katilnya. Amir pula sedang menggunakan bilik air.

Tidak lama selepas itu, dia mendengar derapan kaki seseorang sedang menuju ke arah bilik loteng di atas. Oleh sebab itu, dia bingkas bangun dari katil lalu keluar dari biliknya. Zull pasti sudah balik. Buka sahaja pintu, kelibat Zull yang sedang mendaki tangga dapat dilihatnya.

"Zull." Panggilnya lembut.

Zull berpaling dari atas tangga dan terus bertanya, "Kenapa?"

"Kau dah makan? Aku masak ikan siakap tiga rasa hari ni, Khai belanja ikan siakap tiga ekor, semuanya besar-besar."

"Um, aku dah makan di restoren, tapi tak apa, aku meratah. Ikan siakap tiga rasa kut. Kejap lagi aku turun balik, aku nak mandi."

"Okey."

Dilan membalas dan dia bukannya menutup pintu biliknya semula, tetapi mengikuti langkah Zull dari belakang.

"Kau dah kenapa ikut aku?" soal Zull apabila pelik dengan tingkah laku Dilan yang mengekorinya.

"Aku nak cakap sesuatu dengan kau."

"Otey."

Zull akur dan kemudian membuka pintu biliknya. Setelah itu, dia melemparkan beg sandang ke katil lalu duduk di atas kerusi belajar. Dilan pula dipelawa duduk atas katilnya.

"Cakap, pastu blah."

"Kau ni, halau aku pulak."

"Bukan, aku nak mandilah, kau sedang kacau aku sekarang ni tau tak."

"Ya. Aku tahu, tak lari pun bilik air tu. Lagipun, dari tadi aku tunggu kau dan nak tanya pasal ni."

"Ha, okey, cakaplah."

"Zull, aku nak minta maaf pasal tadi, aku tak buat apa pun untuk sokong kau."

"Pasal Ketua Hash tadi ke? Tak apa Dee, aku faham. Kalau aku jadi kau pun, mungkin aku akan buat perkara yang sama."

"Aku tak rasa macam tu, kau mesti akan sokong orang yang kena macam tu, kau pasti berkeras dengan Hash."

Zull terus menggaru rambut kembang semangkuknya itu, "Um, okey, sekarang ni kau nak aku cakap apa? Kau nak aku marah kau ke macam mana? La, cakaplah awal-awal. Aku boleh aje marah kau."

Dilan tergelak kecil. "Bukan macam tulah."

"Jadi, kau hanya nak cakap pasal itu aje ke? Aduh, ingat penting sangat sampai ikut ke bilik, kalau pasal tu, masa aku turun makan pun boleh cakap. Apa kau ni."

"Bukan pasal tu je, ada lagi, tapi yang tu lebih penting. Setelah apa yang berlaku pun, kau masih okey kan?"

"Dee, selagi aku boleh bersabar dan bertahan, aku akan bertahan. Tapi, kalau aku dah mula fed up, aku tak akan bercakap banyak, Dee. Aku akan angkat kaki terus, buat apa aku 'stay' lagi, kan. Masa tu, aku nak senyum pun susah. Jadi, selagi kau tengok aku boleh senyum-senyum dan bercakap banyak, maksudnya kau tak perlu risau pasal aku lagi. Tapi, kalau aku tiba-tiba jadi dingin tu, kau pun belum tentu aku akan tegur. Hahaha! Dah keluar! Menyemak aje kau ni"

"Tunggulah, aku belum habis cakap lagi. Huh! Itu perangai kau yang sebenarnya ke? Tak bercakap banyak dan susah nak senyum, macam yang kau cakap tu?"

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now