Bab 60: Klu

40 7 2
                                    

BAB 60: KLU

HASH menapak di platform atau pentas gerbang besar Porteling di dalam Istana Kastelhike. Dia tergesa-gesa pulang semula ke Olienpiece kerana perlu menemui bekas Ketua Hazeman. Sebelum itu, dia perlu mengambil barang-barangnya terlebih dahulu. Selalunya, dia perlu menulis surat sebelum bertemu dengan bekas tok gurunya itu, tetapi nampaknya dia sudah tidak sempat untuk menulisnya dan perlu bertindak segera.

Dia tidak perlu mengambil serius pun akan apa yang dikatakan oleh budak afro dari bumi itu, tetapi entah kenapa kata-kata budak mentah itu cukup meyakinkan. Oleh sebab tidak mahu menyesal kemudian hari dan tidak mahu memikirkan tentang perkara ini lagi, jadi dia memutuskan untuk menemui kawan lama Tuanku Oz yakni Hazeman.

Usai mengambil apa yang diperlukan, Hash mula bergerak menggunakan viva yakni kuda versi Olienpiece yang berwarna putih. Hash menunggang kuda itu dengan laju dan melintasi di bawah langit malam di Olienpiece seorang diri. Di Olienpiece juga terdapat kenderaan lain seperti kereta beroda tiga, beroda empat, motosikal dan sebagainya, tetapi menunggang kuda lebih menyeronokkan dan selesa bagi Hash. Malahan, pihak Olienpiece telah menyediakan lorong penunggang kuda sepertinya di jalanan. Penolong Kanan atau PK-nya iaitu Mairi mahu mengikutnya, tetapi Hash menghalang kerana ia perbualan yang agak sulit.

Setelah sampai di depan rumah bekas Ketua Hazeman, Hash mengetuk pintu pagar menggunakan pengetuk pintu (door knocker) yang tergantung di depan pintu itu. Ia berbentuk kepala singa dan merupakan gangsa berwarna keemasan.

Tidak lama selepas itu, seorang pembantu rumah perempuan membukakan pintu pagar seperti gerbang tersebut. Raut wajah pembantu wanita itu agak kaget apabila melihat kelibat Ketua Hash. Belum pernah lagi Ketua Hash datang ke rumah tuannya ini pada waktu malam.

"Jemput masuk Ketua Hash." Pelawa pembantu rumah itu. Hash mengangguk dan memasukinya setelah dijemput.

Mereka berdua bergerak ke bilik bacaan bekas Ketua Hazeman. Masa-masa macam ini, dia akan membaca atau melukis di bilik itu kerana belum sampai waktu dia tidur lagi. Bekas Ketua Hazeman sudah terbiasa tidur lambat kerana semasa memegang jawatan Ketua Biro Pertahanan Awam dia akan tidur dalam pukul 1 atau 2 pagi. Begitulah lumrah jika bekerja dengan jawatan yang besar di istana.

Pembantu rumah itu mengetuk pintu bilik bacaan tersebut sebanyak tiga kali, setelah mendengar sahutan, dia memasuki bilik itu dahulu. Selepas itu, dia keluar kembali dan menyuruh Ketua Hash masuk. Hash memasukinya setelah disuruh. Sementera itu, pembantu rumah tersebut pula berlalu pergi dari situ kerana mahu menyediakan air serta kudapan untuk Ketua Hash.

"Selamat malam, Ketua Hazeman." Sapa Ketua Hash sambil meletakkan tangan kanan ke dada sebelah kiri sebagai tanda hormat.

Hazeman mengangkat kepala dan tersenyum. Dia sedang duduk bersila di atas lantai berlapikkan bantal. Dia lebih selesa berbual-bual dalam keadaan itu. Kerjanya tadi, dia tinggalkan di atas meja yang berada di sebelahnya. Kemudian, dia menyuruh Hash duduk di atas bantal pelapik di hadapannya. Jadi, Hash turut bersila.

"Lama betul kamu tak datang ke rumah ni." Kata Hazeman dengan senyuman nipis.

"Ya, Ketua Hazeman." Balas Hash pendek. Sebenarnya, ada sebab kenapa dia kurang gemar datang ke rumah ini. Namun, dia tidak akan bisa memberitahu hal itu kepada Hazeman.

"Haze, panggil sahaja Haze. Saya sudah tidak menjadi ketua di sana lagi. Macam mana keadaan kamu di sana?"

"Okey."

"Betul ke okey, sebab kamu nampak tak okey?"

Hash memandang ke arah tok gurunya itu dan mengeluh. Dia tidak mungkin dapat menyembunyikan masalah yang membelenggunya jika berdepan dengan sosok ini. Lelaki yang berada di hadapannya itu sudah lama mengenalinya, jadi dia tahu riak wajah leganya dan riak muka ketika dilanda masalah.

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now