...
AYUMI, Asamiyah dan Samir duduk di sebuah restoren mewah. Mereka sedang menjamu selera di sana.
"Mira nak balik ke rumah kita tak cuti ni? Esok 'last day' kan sebab lusa dah cuti?" soal Asamiyah. Ayumi mengangguk sambil memandang wajah ibunya.
"Ya Ummi. Tapi, Mira tak rasa nak balik rumah, ada kerjalah." balas Ayumi malas.
"Ala, Ummi rindukan Mira. Ayah kamu ni sibuk je dengan kerja dia. Ummi sunyilah kat rumah masa pagi dan petang tu." rungut Asamiyah. Ayumi sekadar mendiamkan dirinya.
"Mira senyap je?" tegur Asamiyah.
"Dahlah tu, yang awak ganggu dia makan tu kenapa. Budak tu tengah lapar, biarlah anak kita makan dulu." tegur Samir. Asamiyah mendengus.
"Ha, Mira. Ummi ada sesuatu nak bagitahu." sambung Asamiyah lagi.
"Ya, Ummi. Apa dia?" soal Ayumi malas lagi.
"Kawan sekelas kamu masa universiti tu datang rumah kita minggu lepas." kata Asamiyah.
"Siapa?" soal Ayumi pendek.
"Ezzat Afgan. Kamu tahu tujuan dia apa?" soal Asamiyah sambil tersenyum manis ke arah anaknya Ayumi (Rujuk Bab 44). Ayumi mengeleng.
"Tak. Mira tak tahu. Pasal apa?" duga Ayumi pula dan meneguk air.
"Dia datang merisik Mira." balas Asamiyah laju. Ayumi terus tersedak air, dia terbatuk-batuk.
"Apa! Ulat sampah tu merisik Mira!? Dia gila ke apa." jerit Ayumi terkejut. Asamiyah dan Samir turut membuat wajah terkejut.
"Kenapa cakap macam tu. Tak baiklah." nasihat Asamiyah lembut. Samir mengangguk tanda bersetuju dengan Asamiyah.
"Kenapa dia risik Mira? Dia nak kena pukul ke?" soal Ayumi tidak puas hati.
"Ish, Mira ni. Mestilah sebab dia sukakan Mira. Kalau dia tak suka dia tak akan merisik Mira. Dia kan daripada dulu lagi macam syok je dekat anak Ummi ni. Setiap minggu mesti datang melawat. Kalau masa korang menuntut di universiti yang sama dulu, setiap kali kamu balik dengan bas ke, 'flight' ke dia mesti ikut sebab nak pastikan kamu selamat sampai ke rumah." jelas Ibunya gembira.
Ayumi mengeluh berat. "Jadi, Ummi cakap apa?" soal Ayumi malas.
"Ummi suruh dia tunggu kamu balik, dan biar kamu bagi jawapan sendiri. Mereka akan datang balik dengan rombongan semula selepas kamu pulang nanti."
"Sebab itu ke Ummi pujuk Mira balik?" duga Ayumi. Asamiyah mengangguk. "Tak apa Ummi, Mira tak perlu balik semata-mata ingin memberi jawapan. Cakap aje Mira tak setuju." balas Ayumi malas sambil meneruskan sesi makan. Asamiyah memberi reaksi kecewa. Dia sukakan Ezzat Afgan. Dia tahu Ezzat Afgan satu-satunya kawan yang pernah berjumpanya serta suaminya di rumah.
"Kenapa? Apa kurangnya Ezzat?" duga Asamiyah.
"Dia tak ada kurangnya." jawab Ayumi selamba sambil meneruskan makan. Asamiyah tersenyum.
"Jadi, kenapa tak dapat terima dia?"
"Sebab yang kurangnya Mira. Mira tak bersedia nak nikah lagi. Mira baru habis 'degree', ada banyak lagi benda yang Mira kena selesaikan. Terlampau banyak dan hanya Mira yang boleh tamatkannya."
"Mira..." Asamiyah cuba memujuk lagi.
"Ummi. Mira tak nak kahwin, dan jawapan Mira muktamad. Ummi dan ayah buatlah anak seorang lagi, bolehlah jadi adik Mira. Dengan itu, dia boleh dengar semua cakap Ummi dan ayah. Mira nak ke tandas kejap." kata Ayumi bersahaja tanpa apa-apa reaksi pada wajahnya. Dia menuju ke arah tandas. Asamiyah memandang Samir.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)
FantasíaSambungan Olienpiece Siri 1. Tapi, ini musim 2 atau bahagian 2. PS: Saya dan sampai limit atau had bab, jadi terpaksa buat musim 2 atau bahagian 2. Huhuhu #1 in wira (3/7/2022) #1 in komik (4/1/2023)