ALIF mengangkat telefonnya apabila ia berdering. Nama 'Roy' terpapar pada skrin telefonnya. Tika itu dia berada di dalam bilik pejabatnya. Sebaik sahaja sampai ke sini pada pagi tadi dengan menaiki kapal terbang, dia dan TS Mazhe pergi ke kondominium dan kemudian, masuk pejabat.
TS Mazhe memang seorang yang bekerja keras dan sangat susah untuk berehat. Hari cutinya pun dia bekerja, memang lumrah seorang bos agaknya. Siapa yang kata bos boleh goyang kaki memang tersilap. Mereka juga bekerja keras untuk mencapai tahap selesa. Lainlah dengan orang yang benar-benar pemalas kan.
Disebabkan itu, dia juga menjadi pekerja yang bekerja keras kerana mahu menurut rentak TS Mazhe. Oleh sebab itu, Mazhe sangat sukakan Alif sehingga sanggup menjadikan Alif setiausaha dan pembantu peribadinya walaupun Alif bekerja dengannya baru hampir 7 tahun.
"Kenapa Roy?" soalnya dihujung talian.
"TS ada di rumah ke di pejabat?" tanya Roy.
"Di pejabat, macam biasa. Dia tidak suka duduk di rumah dan goyang kaki."
"Hm, aku nak datang jumpa dia nanti, dia okey ke? Dia ada apa-apa temu janji ke dalam pukul 2 atau 3 lebih macam itu? Kalau dia sibuk sangat, aku jumpa dia malam nanti."
"Kejap." Alif terus menekan I-tab dan melihat jadual TS Mazhe pada hari itu. "TS ada temu janji dengan Dato' Pahami pada pukul 2.30 petang dan tak tahu bila ia akan habis. Pukul 1-2, dia rehat. Kalau nak jumpa dia, bolehlah pada pukul 1, but make it short, takut ganggu masa dia makan dan berehat pula."
"Pukul 4-5?"
"TS suruh aku kosongkan, tapi ia untuk bagi masa kepada Dato' Pahami, mungkin perbincangan mereka lebih panjang. Maksudnya, dah tak boleh kacau dia dari pukul 2.30 hingga pukul 5-6 petang. Mungkin juga ia bersambung sampailah pada waktu makan malam. Dato' Pahami memang suka 'hold' TS lama-lama, ajak makan malam sama-samalah, ajak main golf la. Macam-macam."
"Hm. Aku jumpa dia malamlah."
"Kenapa? Kalau penting, aku boleh beritahu dia. Bukan apa, kau jarang nak jumpa dia tanpa sebab. Plus, kau ada di sini ke? Bukan kau dekat Kelantan ke?"
"Aku on the way ke KL, bawa seseorang."
"Siapa?"
"Zull. Aku nak bawa Zull jumpa dia."
"Zull? Semalam TS dah jumpa dialah. Tak payahlah kut buat masa ni, dia masih marah dekat Zull tu. Dan kenapa Zull suka sangat kacau TS ni, memang dia suka agaknya kena marah oleh TS."
"Something happen, Alif dan ia sangat penting, lebih penting dari perjumpaan dia dengan Dato' Pahami tu, tapi aku tak boleh cakap melalui telefon. Aku lebih suka bersemuka dengan dia sebab aku perlu minta maaf dengan TS dahulu sebelum beritahu benda penting tu. Tak apalah, aku jumpa dia malam nanti. Buat sementara tu, bolehlah aku bawa Zull makan dulu sebaik saja sampai sana."
"Hm, okey. But, make sure it's really worth his time, kau jangan datang dengan Zull dan berbasa-basi dengan dia atau buat lawak bodoh pula, kalau tak memang kau akan kena dengan dia. Satu lagi, suruh Zull jaga perangai dia sikit bila di depan TS nanti. Angin dia tak berapa baik tu."
"Baik, noted."
Roy menutup talian itu dan memandang Zull yang masih tidur di sebelahnya. Dia memasuki lorong RFID apabila sudah sampai ke tol Gombak, maknanya dia sudah hampir sampai KL. Mungkin dia patut ke hotel dahulu dan berehat untuk seketika.
Apabila kereta itu berhenti, barulah Zull tersedar. Alamak! Lama juga dia tidur. Dia terus berpaling ke arah Roy.
"Roy, kita dah sampai ke?" soalnya.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)
FantasySambungan Olienpiece Siri 1. Tapi, ini musim 2 atau bahagian 2. PS: Saya dan sampai limit atau had bab, jadi terpaksa buat musim 2 atau bahagian 2. Huhuhu #1 in wira (3/7/2022) #1 in komik (4/1/2023)