...
PAGI itu, Zull makan sarapannya di sekolah lagi. Boleh sahaja dia makan di rumah Liam itu, tetapi tidak mengapalah, bolehlah dia datang sekolah awal hari ini. Esok pula, latihan senamrobik itu diadakan lagi; setiap hari Rabu memang dia akan berlatih dengan kumpulan Hot6teen itu.
Tidak lama selepas itu, kelibat Khai dan Roy kelihatan memasuki kelas dan duduk di tempat duduknya yang berada di hadapan kelas. Zull sekadar mengerling ke arahnya dan meneruskan sesi makannya kembali. Awal pula si Khai ni. Getus hatinya.
Kemudian, semasa dia sedang ralit makan sarapan, dia nampak bahagian bawah badan seseorang berdiri di depannya. Jadi, dia mendongak untuk melihat gerangan itu. Khai? Kenapa?
"Kenapa?" soal Zull ingin tahu.
"Kenapa awak tuduh Nek Chu tolak awak ke dalam sungai?" duga Khai dengan wajah serius. Zull terus mengerutkan dahinya.
"Saya tak mahu bercakap banyak, cukuplah awak datang dan minta maaf dekat Nek Chu. Siapa yang suka kalau dituduh buat sesuatu yang dia tidak buat kan. Dan awak memang suka kacau orang lain ke? Hidup awak tak akan tenang ke kalau tak kacau orang? Heh, kesilapan terbesar yang saya pernah lakukan sepanjang saya hidup ialah percayakan awak dan menyebelahi awak dulu sehingga saya tidak mendengar kata-kata Nek Chu. Tapi, sekarang ia mula jelas." Sindir Khai dan cuba berlalu pergi. Tetapi, berhenti apabila Zull bersuara.
Zull menghentak kedua-dua tangan ke meja dan berdiri, "Dia beritahu aku tuduh dia? Heh, aku ingatkan perkara tu dah berlalu. Aku dah tutup cerita tu dan bagi dia peluang untuk berubah, tapi aku silap. Kau tahu kesilapan aku pula ialah cuba untuk melindungi kau. Aku tak akan buatnya lagi sebab aku dah penat. Oh ya, kejap...Aku ada bukti sebenarnya dan aku dah janji dengan dia yang aku tak akan beritahu TS, kau atau sesiapa tentang itu kalau dia berubah dan berjanji tak akan buat perkara macam ini lagi. Tetapi, memandangkan dia sendiri yang memungkiri janji dia, jadi aku terpaksa bagi kau bukti tu sebab untuk membela nasib aku yang kena fitnah macam-macam ni. Kejap ya..." Zull terus menggapai telefonnya dan mencari rakaman suara yang dia telah rakam sebelum ini. Ia adalah pengakuan Nek Chu dan perjanjian antara mereka berdua.
Zull memasangnya dengan kuat memandangkan tiada orang lain lagi di dalam kelas itu melainkan Khai dan Roy,
"Ish! Si Kuan ni! Aku suruh dia takut-takutkan kau sahaja, kenapa ditolaknya kau ke dalam sungai. Haih! Sekurang-kurangnya kau masih hidup lagi, kan. Jadi, kita kosong-kosong."
"Eh, dengan Nek Chu tak sesenang macam itu."
"Ish! Kau nak apa!?" marahnya dan barulah berpaling ke arah Zull. Saat berpaling ke arah Zull, dia dapat melihat Zull sedang merakam perbualan itu. Ha!? "Ka-kau...?"
"Itulah, siapa suruh bercakap dengan saya tanpa berhadapan dengan saya. Dibelakanginya saya ni ha, sudah kenapa?"
"Ka-kau nak buat apa dengan benda itu?"
"Mungkin ia akan berguna pada masa hadapan. Nek Chu sangat tak mahu pak cik Mazhe tahu 'warna' sebenar Nek Chu kan? Tak sabarnya saya menunggu hari pak cik Mazhe tahu tentang Nek Chu tiba. Wa, tak sabarnya! Hati saya berdebar-debar."
"Cepat cakap kau nak apa? Aku boleh bagi apa sahaja kepada kau dengan syarat kau tutup mulut atas kejadian hari itu dan kau padam rakaman suara tu."
"Tak nak!"
"Kenapa!? Cepatlah cakap kau nak apa!?"
"Saya nak Nek Chu minta maaf, tetapi saya tak akan padam rakaman itu dahulu. Minta maaf kepada saya sebab upah orang untuk kenakan saya. Selepas itu, saya mahu Nek Chu berhenti buat perkara macam itu lagi kepada saya atau kepada orang lain. Kalau saya tahu Nek Chu mungkir, saya akan beritahu pak cik Mazhe dan tunjukkan bukti ini sekali..."
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)
ФэнтезиSambungan Olienpiece Siri 1. Tapi, ini musim 2 atau bahagian 2. PS: Saya dan sampai limit atau had bab, jadi terpaksa buat musim 2 atau bahagian 2. Huhuhu #1 in wira (3/7/2022) #1 in komik (4/1/2023)