...sambungan Bab 85 (TAMAT Siri 1)

37 8 0
                                    

.

.

.

DILAN mengemas baju terakhirnya dan dimasukkan ke dalam beg. Dia sudah berada di sini selama 3 minggu lebih selepas kejadian Raidez menyerang pada hari sukan. Semuanya kerana dia menunggu kepulangan Zull, tetapi Zull tidak pernah pulang ke sini lagi, dia maksudkan di Bandar Bukit Berapi ini kerana dia sudah lama menghilang dari rumah Liam.

Mak Yah juga tidak tahu Zull sudah pergi ke mana kerana kali terakhir dia melihat Zull ialah pada tiga minggu yang lepas iaitu pada hari Zull berlari keluar dari rumah tanpa sempat menjamah sarapan pagi pun.

Dia masih setia di sini kerana mahu berjumpa Zull sekali lagi, tetapi Zull sudahpun menghilang. Abang dan keluarganya sendiri pun, tidak, keluarga angkatnya itu juga tidak tahu dia ke mana.

Zull mengikut ibu bapa kandung dia ke? Zull sudahpun menemui ibu bapa kandungnya ke? Kenapa Zull tidak memberitahunya apa-apa? Mesej dan panggilan juga sudah tidak dijawab. Kenapa? Zull, beritahulah aku kenapa. Getus hatinya.

Tiba-tiba ucapan selamat tinggal dari Zull pada tiga minggu yang lepas menerpanya. Adakah itu petanda yang dia tidak akan kembali ke sini lagi. Huh! Penat Dilan berfikir mengenainya. Tengah hari nanti keluarganya akan datang ke sini dan balik semula ke KL. Maknanya, ini adalah hari terakhir dia di Bandar Bukit Berapi.

Amir sudah kembali ke rumah keluarganya, Joshua sudah balik ke KL dua minggu lepas, Niel sudah balik ke kampungnya, Mina, Yurina, Henna dan Tina juga sudah balik ke rumah masing-masing. Khai dan Ayumi masih lagi di Korea kerana berbulan madu. Mereka bercuti di Jepun selama dua minggu dan di Korea selama dua minggu. Maknanya, hanya dia saja yang masih ada di situ dan menjadi penunggu.

Dia mahu menunggu lagi, tetapi dia juga ada kehidupan di hadapannya. Sebulan lagi, dia akan menyambung pengajiannya kembali. Jadi, dia tidak boleh berlama-lama di sini. Pengajian Ijazah Sarjana Mudanya ada lagi baki sebanyak dua tahun untuk dihabiskan, jadi lagi 2 tahun dia akan menjadi graduan undang-undang.

Namun, dia tidak mahu menjadi peguam, dia mahu menjadi seorang chef atau membuka kafenya sendiri nanti. Dia akan memberitahu ayahnya sendiri kemudian kerana ayahnya memang mahu dia menjadi peguam dan bekerja di firma guaman kepunyaan ayahnya itu yang baru berusia 3 tahun.

Tiba-tiba, loceng rumah itu berbunyi. Siapa pula yang datang ke rumahnya sekarang ini? Oleh itu, Dilan bergegas turun dan ke pintu utama. Saat dia membuka pintu itu, alangkah terkejutnya dia melihat wajah perempuan yang dia sukai sekarang kini berada di depan matanya.

Justeru, dia cepat-cepat membuka pintu jeriji dan pintu utama, setelah itu dia memakai selipar dan membuka pintu pagar rumahnya.

"Assalamualaikum, Ayuri." Sapanya dengan senyuman manis.

"Waalaikumussalam. Zull ada?" soal Ayuri dan terus kepada tujuan utamanya. Wajahnya pada ketika itu nampak sedikit kusut.

Dilan menggelengkan wajahnya. "Tak ada."

"Dia ke mana? Awak beritahu saya sekarang dia ke mana." Tegas Ayuri, seolah-olah dia benar-benar terdesak.

"Maaf, saya juga tak tahu. Dia dah lama menghilang Ayuri, sudah 3 minggu lebih."

"Apa? Awak kawan baik dia kan, mestilah awak tahu dia pergi ke mana? Awak jangan cuba untuk tipu saya atau cuba untuk melindungi dia. Cakap cepat dia ke mana!" kali ini, Ayuri menaikkan sedikit oktaf suaranya.

"Ayuri, kenapa sebenarnya ni? Kenapa awak nak sangat jumpa dia? Dia ada buat apa-apa masalah ke?"

Kali ini, Ayuri mendiamkan dirinya. Entah macam mana dia mahu terangkan ia kepada Dilan. Tetapi, dia sangat perlukan pertolongan Zull pada kali ini.

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now