Bab 78: Hari dilanda ribut!

29 7 6
                                    

Dua jam sebelum itu,

SELEPAS masuk semula ke belakang tabir, Zull terus mengambil begnya yang ditinggalkan tadi dan ke tandas. Sebelum dia bergerak pergi, Kassim sempat memanggilnya.

"Zull, kau nak pergi mana?" soal Kassim ingin tahu.

"Tandas kejap, lepas tu aku terus ke padang." Katanya dan terus berlalu pergi.

Dia mahu memakai penyamarannya semula di tandas. Dia sudah mengotakan janjinya dengan kawan-kawannya itu dan itu sudah cukup. Cukup untuk dia tonjolkan wajahnya yang sebenar, nanti ramai pula peminat dia. Hihihi!

Zull memasuki tandas berdekatan dan mula memakai penyamarannya itu. Usai melakukannya, dia melangkah keluar dari pintu tandas pula. Saat dia melangkah keluar, dia dapat melihat dua orang pelajar perempuan dari kelas sebelahnya dan Silvia sedang berdiri di situ.

"Korang nak apa berdiri depan tandas lelaki ni? Mengintai aku ke?" tegurnya.

"Eh, tolonglah. Kami tunggu budak lelaki yang tampan tadi. Tadi dia ada masuk sini, kau ada nampak tak?" jawab Zahirah tersengih-sengih.

"Oh, akulah tu. Asal? Ada apa cari aku?"

"Bukan kaulah, orang lain. Apa kau ni, pekak ke?" giliran Silvia pula bersuara sambil membuat wajah sebal kepada Zull.

"Huh, lantaklah. Korang carilah di dalam kalau jumpa."

"Ini kan tandas lelaki, kami mana boleh masuk." Sangkal Zahirah.

"Bagus juga korang ni ya, bermoral gitu. Sudahlah, aku nak ke padang ni, nak tengok perlawanan Dilan." Balasnya malas dan terus berlalu pergi dari situ. Malas dia mahu melayan pelajar-pelajar perempuan itu, bukannya dapat apa-apa pun.

Apabila dia sampai di padang, dia mencari kelibat Kassim dan yang lain-lain dahulu sebab mereka itu satu geng; geng tidak memasuki apa-apa jenis sukan. Oleh sebab itulah, mereka menubuhkan kumpulan 'H6T'. Sebaik sahaja ternampak kelibat Kassim, dia menghampirinya.

"Sim, jom tengok perlawanan Dilan." Ajak Zull. Kassim berpaling ke arah Zull dan melihat Zull dengan wajah aneh.

"Kenapa? Asal tengok aku lagu tu?"

"Kenapalah kau pakai balik wajah ni? Pakailah wajah tadi, nanti kau akan dapat ramai peminat." Jawab Kassim sambil menggelengkan kepalanya.

"Tak nak aku, dapat peminat boleh buat apa? Boleh jana duit ke?"

"Yalah, kau bukak akaun media sosial dan 'post' video atau gambar kau berfesyen ke, bercuti ke, 'posing' depan kereta mewah ke walaupun ia bukannya yang kau punya, kalau 'views' kau naik dan pengikut kau semakin ramai, kau boleh buat duit kut, boleh buat 'paid review'. Hmmm..." Kassim mengangguk-angguk tanda bersetuju dengan cadangannya sendiri.

"Oh..........Tak berminat."

"Dey! Kenapa kau mesti sembunyikan nikmat kau ni. Kau patut bersyukur kut ada rupa, bila kau sembunyikannya macam ni, maknanya kau tak bersyukurlah."

"Hei, aku ada sebab kukuh kut untuk sembunyikan wajah aku ni, sebab keselamatan kut. Keselamatan aku dan orang lain, kau apa tahu. Heh! Okeylah, lepas semuanya 'selesai', aku sendiri akan tunjukkan wajah aku ni dekat orang, orang tak nak tengok wajah aku pun aku akan paksa. Pandang sini oi, pandang wajah gue! Pang! Aku bagi penampar sebab dia tak nak tengok muka aku sangat. Lepas tu, aku sendiri yang akan mengurat perempuan, okey. Apa cik? Cik tak pandai kupas bawang? Sini abang Zull tunjukkan, ha mula-mula ambil bawang, bawang yang besar dan sudah masak tau, lepas tu ambil pisau dan pocong-pocong hingga lumat. Ow, so sweet-lah sayang, abang pandai ajar ya. Ya, abang tahu abang bijak. Ahahahaha!" Zull ketawa nakal sambil membayangkan dia pada masa depan.

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now