...
PADA pukul 6.30 petang, mereka semua bergerak ke rumah Ayumi pula. Mereka sampai di Selangor pada pukul 5.15 petang tadi dan bergerak ke hotel terlebih dahulu. Selepas membersihkan diri dan berehat untuk sekejap, mereka terus bergerak ke rumah Ayumi. Semuanya kerana Khai sudah tidak sabar mahu menemui Ayumi.
Apabila sampai di kawasan perumah Ayumi, mereka dapat melihat bunga manggar dan juga khemah di perkarangan rumah Ayumi itu. Rumah Ayumi juga besar, tetapi tidaklah sebesar rumah Ayuri dan Khai. Keluarga Ayumi juga dalam kategori kaya seperti Tina memandangkan kedua-dua ibu bapanya berjaya dalam pekerjaan masing-masing.
Ayahnya penyelidik berjaya serta mempunyai sebuah makmal sendiri, dan bakal membuka makmal kedua nanti. Manakala, ibunya pula adalah Naib Canselor di sebuah universiti tempatan yang berdekatan dan sudah mempunyai pangkat professor.
Khai melihat perhiasan di luar rumah itu dengan hati yang gusar. Adakah dia sudah terlambat? Dia tidak boleh bertanya kepada Ayumi sendiri kerana Ayumi telah menyekat (blok) nombor telefonnya. Zull memerhatikan reaksi wajah Khai itu.
"Tak payahlah fikir bukan-bukan lagi, kita tak tahu pokok pangkal ceritanya lagi, kan. Dah, jom turun." Ajak Zull selepas kereta yang dipandu oleh Roy diparkir di luar pagar rumah itu.
Selepas Zull turun, yang lain turut mengikut. Zull terus menekan loceng dan memberi salam dengan lantang. Kemudian, dia nampak seorang lelaki atau merupakan sepupu ayah Ayumi mendekati pagar rumah dan membukanya.
"Waalaikumussalam. Ni siapa ni?" soal pak cik Zaki. Zull terus bersalaman dengan Zaki dan diekori oleh Khai dan Roy.
"Saya Zull, ini Khai, Roy, Mina dan Ayuri. Kami semua kawan sekelas Ayumi. Boleh kami masuk dan jumpa Ayumi?" jelas Zull ringkas sambil tersenyum manis.
"La, kawan Mira ke. Masuklah, maaflah kalau bersepah sikit ya."
"Eh, tak apa, saya tak kisah pun sebab bukan rumah saya. Huhuhu! Pak cik ni ayah Ayumi ke?" soal Zull kerana dia tidak pernah melihat ayah Ayumi.
Hanya Mina, Khai dan yang lain sahaja yang mengenali ayah Ayumi memandangkan ibu bapa Ayumi pernah datang ke Bukit Berapi pada sebelum ini, yakni semasa Ayumi ditahan di wad hospital.
"Eh, tak saya sepupu ayah dia. Ayah dan mak Ayumi ada dalam rumah tu, sedang sibuk juga."
"Oh." Zull mengangguk faham. Yang lain hanya mengikut.
Apabila mereka melangkah masuk ke dalam, Asamiyah atau ibu Ayumi terus menyapa Mina kerana dia mengenali Mina.
"Mina, auntie ingatkan Mina tak akan datang sini. Masuklah dan duduk, buatlah macam rumah sendiri."
"Ahaha. Er, datang? Hehe, okey. Terima kasih. Auntie sihat ke?" soal Mina sambil bersalaman dan memeluk Puan Asamiyah. Ayuri hanya menurut sahaja.
"Sihat, Alhamdulillah. Auntie panggil Ayumi kejap ya." Setelah itu, dia terus naik ke atas kerana mahu memanggil Ayumi turun.
Mereka semua pula duduk di ruang tamu selepas dipelawa. Tidak lama selepas itu, Encik Samir juga menuju ke ruang tamu dengan senyuman. Dia gembira kawan-kawan Ayumi datang ke rumahnya kerana Ayumi tidak pernah menjemput kawan-kawannya ke rumah.
Apabila melihat kelibat Encik Samir, Zull bingkas bangun dari duduk di kerusi tamu dan mendapatkan tangan Encik Samir kerana mahu bersalaman dengan orang tua itu.
"Yang kacak macam ni, mesti ayah Ayumi." Kata Zull dengan nada bergurau.
"Ha, yalah tu. Betul dah tu."
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)
FantasíaSambungan Olienpiece Siri 1. Tapi, ini musim 2 atau bahagian 2. PS: Saya dan sampai limit atau had bab, jadi terpaksa buat musim 2 atau bahagian 2. Huhuhu #1 in wira (3/7/2022) #1 in komik (4/1/2023)