...sambungan Bab 67

23 4 0
                                    

Apabila mendengarnya, Zull mengangguk faham. Dia menutup pintu itu dan memasuki perkarangan rumahnya melalui pagar kecil yang terdapat di sisi pagar utama. Dia menaiki tangga di luar rumah itu dan menekan kata laluan rumah yang terdapat di tepi pintu rumah.

Saat dia membuka pintu rumah, dia dapat melihat ibunya sedang berdiri dan merenungnya dengan tajam. Zull tersenyum. Mungkin ibunya risau dia tidak balik pada malam itu.

"Ibu risau..." Zull cuba menghabiskan katak-katanya, tetapi ia dipotong.

"Kau keluar! Kau ingat ini hotel, sesuka kau aje balik dan keluar. Kejap, kau basah kuyup eh?"

"Ya, tadi hujan ibu. Itu yang saya balik lambat ke rumah. Na-nanti saya mop lantai ni."

"Tak perlu, kau jangan berganjak dari situ dan keluar balik. Kau keluar sekarang."

"Ibu, sejuklah. Bagilah saya mandi, bersihkan diri dan tukar baju dulu ya."

"Tak boleh, kotor rumah aku ni nanti. Kau keluar sekarang."

"Ibu..."

Kemudian, bunyi pintu dibuka kedengaran. Mereka berdua terus memandang ke arah punca bunyi itu. Rupanya ia dari bilik Joshua. Joshua melihat ke arah Zull dan kepada ibunya, setelah itu dia bergerak ke dapur.

Dia mengambil satu gelas air dan memasuki biliknya semula. Dia berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku sedangkan dia tahu Zull mungkin sedang dimarahi oleh ibunya. DS Ima kepelikan melihat gerak-geri anaknya, Joshua itu. Selalunya, Joshualah yang akan menyokong Zull, tetapi kali ini tidak pula. DS Ima tersenyum. Mungkin diorang dua beradik sedang bergaduh.

"Heh. Kasihannya. Orang yang selalu melindungi kau dan sokong kau, tak buat apa-apa pun sekarang ini. Dah, kau keluar. Aku tak kisah kau demam ke, kau mati kesejukan ke, yang penting kau jangan basahkan dan kotorkan rumah aku. Bibik, kau jangan nak menggatal bagi selimut ke apa untuk budak itu." Pesan DS Ima apabila melihat bibik keluar dari biliknya. Mungkin tersedar apabila terdengar bunyi bising.

Bibik hanya menundukkan kepalanya. Nampaknya Zull sudah tiada pilihan, oleh itu dia berlalu keluar dari rumah itu dan duduk mencangkung di luar tangga rumahnya pula dan hanya bertemankan baju sejuk yang TS Mazhe berikan tadi. Dia berpeluk tubuh sambil kepalanya dilentokkan di tiang rumah yang terdapat di situ.

Dia memang agak penat kerana telah praktis dengan Dilan sampailah ke petang. Tetapi, dia bukan Hitam lagi, jadi mungkin latihan itu latihan terakhirnya bersama-sama dengan Dilan atau Puteh.

"Untuk apa abang Az bawa saya ke rumah ini balik?" Zull mempersoalkan tindakan abangnya pada tiga tahun yang lepas di dalam hatinya. Dia ingatkan ada perkara yang berubah, rupanya tidak. Akhirnya, dia terlelap apabila melayan perasaannya itu.

Esok dia mahu balik ke rumah sewa di Kelantan semula. Cutinya masih berbaki, tetapi tidak mengapalah. Dia tidak ada tempat di sini. Ironinya, dia rasa lebih tenang dan gembira berada di rumah sewa dengan kawan-kawan seperjuangannya itu.

Masalah rumahnya tidak mengganggunya pun ketika berada di sana. Tetapi, sebaik sahaja sampai di sini, macam-macam masalah timbul. Tidak mengapalah kalau dia balik esok. Kalau bukan disebabkan oleh ayahnya yang semakin tua, rambut sudah memutih dan kesihatan ayahnya, dia tidak akan kekal dalam keluarga itu. Tetapi, dia kasihan. Dia kasihan dengan orang tuanya itu. Apa-apa pun yang berlaku DS Ima dan DS Azhar tetap ibu bapanya. Jadi, dia perlu bertahan.

Sementara itu, di dalam bilik Joshua, kelihatan Joshua sedang berbaring di atas katil sambil menatap telefonnya. Matanya menatap telefon, tetapi fikirannya berlegaran pada kejadian tengah hari tadi yakni semasa TS Mazhe menemuinya di restoren. Dia menggigit bibir.

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now