...sambungan Bab 73

26 4 2
                                    

...

AYURI, Tina dan Silvia menaiki tangga untuk ke tingkat 1 kerana pusat karaoke itu berada di sana. Apabila sampai di situ, mereka kaget kerana Fuad dan tiga orang kawannya betul-betul di depan kaunter dan sedang menanyakan bilik karaoke yang masih kosong.

Alamak, apa yang mereka perlu buat ini? Mereka datang sini tanpa skrip mahupun berbincang. Tenang-tenang.

"Hai." Sapa Tina terlebih dahulu dan membuat 'kepala'.

Oleh sebab disapa oleh perempuan cantik, jadi Fuad terus berpaling dan membalasnya. "Hai." Fuad terus memberikan senyuman manisnya.

"Maaf, um ada bilik lagi ke?" soal Tina dengan lemah lembut.

"Ha? Um, dah habis."

"Alaaa...tak best-lah macam ni." Celah Ayuri pula apabila mendengar jawapan itu.

Tetapi, dia sebenarnya sangat gembira. Lagi cepat lagi bagus, yalah kalau masih ada slot kosong, maka mereka perlu menyanyi pula, kan. Apabila terpandang wajah Ayuri serta Silvia di sebelah Ayuri, mata Fuad terus bersinar, begitu jugalah dengan mata kawan-kawannya yang lain.

Melihat reaksi itu, Tina terus tersenyum. Memang itulah yang dia mahukan, yakni Fuad mula tertarik dengan Ayuri dan Silvia. Mudahlah sikit si Fuad itu makan umpan.

"Eh, tapi kami ada tempat lagi 'best' nak pergi." Celah kawannya, Roxy.

"Ya? Di mana? Di rumah ke?" soal Silvia selamba. Disebabkan itu, Ayuri terus berpaling ke arahnya dan meliarkan mata. "Saya dah salah cakap ya. Ehehe."

"Janganlah berterus-terang sangat, nanti diorang syak." Pesan Ayuri berbisik kepada Silvia. Silvia mengangguk faham.

Apabila mendengar perkataan rumah, lagilah Fuad dan kawannya suka. Mereka semua membuat wajah nakal.

"Eh, boleh juga. Rumah kami ada set karaoke, kami saja aje pergi pusat dia sebab nak dapat 'feel', apa orang cakap, nak 'rasa suasana'." Kawan Fuad, Zaki melingkari lengannya ke bahu Fuad dan mengenyitkan mata kepada Silvia.

"Oh, pandai. Saya...Hamidah, boleh panggil Mida. Hehe." Sapa Tina sambil bermain-main dengan rambut yang terjuntai di bahunya.

"Oh ya, lupa kami nak kenalkan nama. Saya Fuad, ini Roxy, Zaki dan Boy." Fuad memperkenalkan kawan-kawannya kepada tiga orang kawan perempuan itu. Tak dapat karaoke di sini tak apa, sekurang-kurangnya mereka ada 'mainan' baharu.

"Saya Ayuri dan ini Silvia."

"Ayuri? Pemilik restoren di bandar lama tu ya?" duga Fuad, walaupun dia memang kenal dengan Ayuri. Ya, kerana Ayuri salah seorang orang kaya di Bandar Bukit Berapi.

"Ya saya."

"Bertuahnya kami dapat jumpa orang yang berjaya macam Cik Ayuri."

"Tulah. Happy tak terkata ni." Sahut Roxy sambil melompat-lompat kerana ingin menunjukkan yang dia benar-benar teruja.

"Kau dah kenapa, katak? Kena sampuk? Huh!" bisik hati Ayuri meluat, walaupun di luar dia tersenyum dan ketawa kecil di hadapan kaum lelaki itu. Kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia tarik bulu hidung yang terkeluar dari lubang hidung mamat Roxy itu.

"Okey, macam ini, apa kata kita karaoke di rumah kami saja, free of charge, kami juga ada snacks." Cadang Zaki.

"Huhu, bagus Zaki, bagus. Lagi cepat lagi bagus korang kena tumbuk berjemaah oleh Ayumi. Ayumi, aku percayakan dengan bakat semulajadi kau dalam melunyaikan orang." Bisik hati Ayuri lagi dan seakan-akan berharap Ayumi memukul lelaki-lelaki ini kerana dia pasti, Dilan dan yang lain tidak mahu memukul Fuad atau mengotorkan tangan mereka. Tetapi, Ayumi pula spesies yang tidak kisah dengan perkara itu.

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now