.
.
.
SEMINGGU sudah berlalu, mereka semua sudah tamat peperiksaan pada pagi itu. Rata-rata pelajar Kelas Tingkatan 5 Gred A++ bersorak gembira kerana lega peperiksaan telahpun tamat. Betul kata Zull, Raidez sudah lama tidak membuat kacau di bumi.
"Ia buat aku makin ragu-ragu dengan Zull." Yurina mengutarakan perasaan risaunya kepada kawan-kawannya di dalam kafetaria sekolah.
"Ya. Apa yang dia cakap tu betul. Sudah hampir seminggu Raidez tidak menyerang. Macam mana dia dapat tahu ya?" sokong Tina dengan wajah yang berkerut seribu.
"Dia teka aje tu." Sangkal Mina.
Dia percayakan Zull, maksudnya dia percaya Zull bukan salah seorang dari sekutu Raidez. Dia juga tidak tahu dari mana keyakinan itu datang. Mungkin kerana perwatakan Zull itu.
"Mungkin juga. Tapi, macam tahu-tahu aje Raidez ni yang kita sedang periksa, jadi diorang tak menyerang." Yurina mengangguk faham dan mahu menyedapkan hatinya.
"Itulah pasal. Tapi, okeylah kan. Aman hidup kita. Eh, kau dapat jawab ke soalan Addmath nombor 13 tadi?" soal Mina ingin tahu kerana dia tidak tahu menjawab soalan itu dan menjawab dengan mengikut rasa dan hatinya sahaja.
"Dapat."
"Apa jawapan dia?" soal Mina lagi kepada kawan-kawannya kerana ingin tahu jawapan mereka.
"7."
"31."
"15.7."
Yurina, Henna dan Tina menjawab dengan serentak, kemudian mereka semua berdiri. Kenapa jawapan mereka semua tidak sama? Habislah! Habislah! Siapa yang betul ni? Mereka mula dirudum rasa tidak tenang. Kemudian,
"Mina!" panggil Yurina dengan wajah tidak berpuas hati.
"Ya?"
"Jangan. Tanya. Soalan. Tentang. Peperiksaan. Lagi." Ugut Yurina dengan menyebutnya satu persatu kerana geram.
"Baik! Hu, entah siapa yang salah, ku tak tahu." Nyanyi Mina dengan nada yang sayu.
"Sudah!"
"Okey! Maaf!"
Setelah itu, semua orang balik ke rumah masing-masing. Ada yang balik mengemas kerana mahu bercuti bersama keluarga, ada yang mahu balik ke kampung halaman dan macam-macam lagi kerana mereka akan bercuti selama seminggu sebelum persekolahan penggal kedua dibuka semula.
Mina dan Khai pula sedang berkemas di dalam bilik masing-masing kerana mahu pergi ke rumah Ayumi pada pagi esok. Dilan, Joshua dan Niel juga sedang berkemas. Dilan dan Joshua ingin balik ke rumah mereka di Ibu Negara esok pagi. Mereka satu arah, jadi mereka membeli tiket kapal terbang yang sama dan duduk bersebelahan.
Manakala, Amir tidak pergi ke mana-mana dan hanya berada di rumah. Dia bukannya ada keluarga pun di situ. Keluarganya hanyalah ayahnya sahaja. Dilan mengajak dia pulang ke rumahnya, tetapi Amir tidak mahu kerana tidak mahu menyusahkan Dilan, jadi Dilan terpaksa akur.
Zull pula berada di restoren dan sedang bekerja seperti biasa. Itulah rutin hariannya. Malam ini barulah dia berkemas. Yurina dan Henna juga akan balik esok dengan menaiki bas. Mereka juga satu jalan memandangkan mereka berada di kampung yang sama. Tina pula akan pulang malam ini kerana ayah dan abangnya akan datang pada malam nanti.
Joshua tersenyum gembira kerana rancangannya untuk memalukan keluarga Tan Sri Mazhe semakin hampir. Apabila dia pulang ke KL nanti, dia akan menyerahkan video dan yang seerti dengannya kepada kawannya yang bekerja sebagai paparazzi di sana.
Pada petang itu, sebelum Tina balik, dia ke restoren yang berada di hadapan pondok perhentian bas. Dia sabar menunggu seseorang di situ. Sebentar tadi, dia mendapat mesej dari seseorang yang dia suka. Siapa lagi kalau bukan Dilan.
Ini kali pertama Dilan mengajak dia keluar dan menghantar mesej kepadanya. Jadi, hati Tina berbunga-bunga sekarang.
"Tina." Panggil Dilan dengan lembut. Tina terus berpaling dan tersenyum kepada Dilan.
"Hai, sayang." Balasnya dengan manja. Dilan terus menggaru-garu belakang lehernya. Tina masih tidak masuk ke dalam restoren kerana sedang menunggu Dilan di luar restoren.
"Jom kita masuk."
"Maaf. Saya minta maaf sebab ajak awak ke sini. Boleh saja saya jumpa awak di depan rumah, tapi saya tidak mahu sesiapa pun mendengarnya."
"Ish, tak apalah. Saya suka. Apa-apa saja tentang awak saya suka, Dilan."
"Boleh awak hentikannya?"
"Hentikan apa?"
"Mengejar saya. Saya minta maaf, Tina. Saya tak akan sesekali dapat terima awak, saya anggap awak tak lebih dari kawan dan rakan seperjuangan saya. Saya tak pernah membayangkan awak dalam masa depan saya, Tina. Ia mungkin menyakitkan, tetapi saya perlu berterus-terang sebelum ia semakin 'jauh'. Saya sudah lama mahu memberitahu awak perkara ini, tetapi saya menantikan masa yang sesuai dan saya rasa selepas tamat peperiksaan tadi, inilah masanya yang sesuai. Jadi, boleh awak berhenti panggil saya 'sayang', 'baby' atau meluahkan perasaan awak kepada saya lagi? Saya tidak akan menerimanya, Tina."
"Kenapa baru sekarang? Adakah sebab Khai?"
"Khai tak pernah ada kaitan dalam hal ini, Tina. Dia tak bersalah. Boleh awak berhenti salahkan dia? Dia tak pernah cakap apa-apa pun pasal ini sebab dia sangat sayangkan awak, Tina dan dia menghormati awak. Dia juga menghormati saya. Malah, tiada siapa yang salah pun dalam hal ini, Tina. Cuma, kita tidak ditakdirkan untuk bersama. Masih ramai lagi lelaki yang lebih baik dari saya di luar itu, Tina."
"Tidak! Bagi saya hanya awak sahaja yang baik, saya tak pernah jumpa lelaki baik macam awak, Dilan. Oleh sebab itulah, saya suka dan kejar awak."
"Tetapi, cinta bukan hanya satu pihak, dan saya tidak boleh jatuh cinta dengan awak, Tina."
"Mungkin sekarang tak, tapi esok lusa--."
"Tiada esok lusa lagi, Tina. Saya mahu akhirinya pada hari, jam, saat, detik dan masa ini. Saya minta maaf."
Tina terus menundukkan wajahnya ke bawah dan melihat tanah yang dia sedang pijak. Kemudian, beberapa mutiara jernih turun ke pipinya. Selepas itu, dia berlari melepasi Dilan. Dia mahu pulang ke rumahnya semula.
Dilan tak guna! Kalau nak beritahu perkara itu, beritahulah di depan rumah saja. Tengoklah segala baju, rambut dan mekap yang dia pakai ini semata-mata untuk bertemu dengan Dilan. Tina berlari pulang ke rumahnya sambil mengutuk Dilan, padahal selama ini dia tidak pernah mengutuk Dilan pun.
Tapi, Dilan tidak bersalah dan Tina tahu tentangnya. Dilan cuma bersikap bertimbang rasa sahaja kerana dia tidak mahu jiran dan kawan-kawannya tahu. Itu sahaja. Namun, mungkin pada masa itu, dia hanya mahu menyalahkan seseorang. Mungkin selepas hatinya okey, dia akan mula berfikiran waras. Monolog Tina di dalam hatinya.
~ ~ ~
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)
FantasíaSambungan Olienpiece Siri 1. Tapi, ini musim 2 atau bahagian 2. PS: Saya dan sampai limit atau had bab, jadi terpaksa buat musim 2 atau bahagian 2. Huhuhu #1 in wira (3/7/2022) #1 in komik (4/1/2023)