...sambungan Bab 73

30 4 0
                                    

Setelah mendapatkan maklumat penting itu, mereka semua keluar dari rumah. Apabila keluar mereka tidak nampak kelibat Zull, Nik, Mior, Botak dan Razak pun. Kemudian, mereka terdengar gelak tawa beberapa orang lelaki berdekatan tempat itu. Oleh itu, mereka semua bergerak ke sana.

Kelihatan mereka lima sekawan itu sedang bermain ting-ting di padang taman perumahan Bella tersebut. Terkadang Zull dan yang lain ketawa apabila melihat Razak hampir terjatuh. Rupanya si Razak tidak pernah bermain ting-ting. Jadi, ia telah menjadi bahan lawak untuk mereka.

Selepas itu, mereka bermain tiang yang telah diubah sedikit kerana bukan tiang yang mereka cari, kali ini mana-mana permainan yang berada di situ. Mereka perlu memijak simen lantai permainan, bukannya rumput padang.

Setiap sepuluh kiraan, mereka perlu mencari menukar tempat dan tidak boleh ada dua orang di tempat yang sama. Pada permulaan permainan, tiada sesiapa yang kalah, tetapi untuk percubaan kedua, Zull telah kalah kerana tidak sempat berlari ke tempat permainan lain.

"Ah alamak! Ahahahahahahaha!" walaupun Zull telah kalah, tetapi dia telah ketawa terbahak-bahak kerana ternampak Nik tersadung lalu jatuh tertonggeng. Yang lain turut ketawa. Ceh! Bukannya mahu tolong angkat, tolong ketawa pula.

"Seriously, diorang boleh bermain pada waktu-waktu macam ini?" Ayuri terus menggelengkan kepalanya.

"Si Zull ni pun, dia tak tahu ke kalau kita tidak berjaya, dia akan dituduh dan masuk juvenil?" giliran Yurina pula bersuara.

"Tu la pasal, gembira pula tu diorang semua." Kata Tina pula. Akhirnya, semua 'bunga' di situ menggelengkan kepala mereka.

Dilan pula tergelak kecil apabila melihatnya. Zull memang tidak pernah serius dan suka berlagak seperti budak-budak, dan mereka semua itu mungkin juga telah berjangkit dengan penyakit yang Zull ada.

"Sudah, sudah, ada benda yang nak dibincangkan sekarang ini." laung Ayuri garang, seperti seorang ibu memanggil anak-anaknya pulang.

Oleh itu, Zull dan yang lain terus mengeluh. "Alaaaaa, baru nak main. Korang lama sangat dalam tu, sampai kitorang ingat korang tengah bina rumah di dalam." Zull mencebik, kemudian dia terpandang wajah Bella yang turut menyertai misi ini.

Menyedari pandangan Zull, Ayuri terus mencelah. "Dia mahu sertai kita sebab mahu tolong adik dia juga. Dah, jom kita berbincang."

Oleh yang demikian, mereka semua berkumpul di meja batu yang berada di padang permainan itu. Meja batu itu disediakan untuk ibu bapa supaya dapat memerhatikan anak-anak mereka dari jauh.

"Jadi, apa yang patut kita buat dengan maklumat ini, ada sesiapa yang ada rancangan?" soal Ayuri setelah memberitahu semua maklumat yang dia dapat dari Linda mengenai Fuad.

"Aku ada rancangan." Sahut Tina dan mengangkat tangannya.

Jadi, mereka semua terus memandang ke arahnya. Kadang-kadang Tina memang ada idea yang bernas dan itu diakui oleh rakan seperjuangan mereka yang lain.

"Terangkannya." Kata Dilan dengan tenang, yang lain mengangguk kerana bersetuju.

Hubungan antara Tina dan Dilan mula okey dan sekarang mereka sudah boleh berbual seperti seorang kawan. Hati Tina telah sejuk, jadi dia sudah dapat berfikir dengan lebih baik yakni ia bukanlah salah Dilan. Dilan berterus-terang demi dirinya, jadi dia tidak boleh salahkan Dilan untuk selama-lamanya. Namun, hubungan antara Ayuri dengan Tina masih dingin seperti dulu.

"Antara kita perlu ada yang jadi umpan untuk mengumpan Fuad, dan orang itu mestilah berduit dan berharta, pandai menggoda serta cantik. Dia perlu berlakon untuk masuk ke dalam rumah Fuad dan geng dia, jadi orang itu juga mestilah seorang yang pandai memujuk lelaki. Selepas itu, yang lelaki akan menerjah masuk lalu memeras ugut diorang. Korang kena beli pistol palsu hanya untuk menakut-nakutkan diorang. Maksudnya, yang lelaki perlu berlakon menjadi samseng. Kemudian, yang lelaki boleh ugut diorang untuk hapuskan semua gambar serta video, dan paksa si Fuad tak guna tu mengaku perbuatan dia. Sekian cadangan dari saya." Tina menjelaskan rancangannya sambil membuat gayanya sekali.

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now