Bab 72: 'Unit Khas Sekolah'

35 7 2
                                    

KEESOKKANNYA, Zull pergi ke sekolah seperti biasa. Dia pergi awal dan akan membawa bekal sarapan ke sekolah lalu akan dimakan di kantin nanti. Kalau dia makan di meja makan itu, pasti Joshua akan makan di ruang tamu kerana mahu mengelak dari dia.

Apalah abang dia ni, dah tua-tua pun tak matang lagi. Zull menggerutu di dalam hatinya apabila memikirkan perihal abangnya itu. Apabila sampai di kantin, dia dapat melihat Linda berada di situ seorang diri dengan wajah yang murung. Agaknya baru putus cinta dengan lelaki yang bernama Fuad itu kut. Tekanya, memandangkan sebelum ini Linda pernah terlanggarnya di restoren dan menangis di hadapannya.

Seketika kemudian, dia nampak Linda seperti hendak muntah, lalu berlari dari situ dengan tergesa-gesa untuk ke tandas. Zull membiarkan hal itu ke tepi kerana ia bukan halnya. Tetapi, apabila nampak Linda kembali ke kantin dan ke tempat duduknya semula untuk mengambil begnya, Zull menghampiri Linda.

Pada mulanya dia tidak kisah, tetapi tidak mengapalah kut kalau dia sekadar bertanya. Linda adik kepada Bella, rakan sekelasnya, jadi apa salahnya dia ambil tahu.

"Kau okey ke? Muka kau nampak pucat." Soalnya ingin tahu. Linda menundukkan kepalanya dan terus menggapai beg galasnya.

"Ya."

Linda menjawab dengan ringkas dan berlalu pergi dari situ dengan melajukan langkahnya, tetapi kepalanya asyik menunduk ke bawah saja. Zull menggaru-garu pipinya dan kemudian menjongketkan bahu.

Baik dia pun pergi dari situ dan bersiap-siap untuk perhimpunan pagi Ahad pula. Dia bukan lagi KPS, jadi dia tidak perlu lagi menjadi emsi perhimpunan pagi mahupun menyediakan teks ucapan.

Semuanya sudah diberikan kepada Dilan selaku KPS baharu. Hihihi! Padan muka! Ingat dia suka sangat ke jadi KPS, dia pun tak 'hingin' lah jawatan itu. Dapat makanan percuma pun dia tidak kisah lagi kerana bukannya dia akan makan pun.

Perhimpunan pagi itu telah selesai dengan jayanya. Sewaktu Zull melabuhkan punggungnya ke kerusi mejanya, Nik dan Mior menghampirinya.

"Zull, kau free ke petang ni?" soal Nik ingin tahu.

"Aku kerjalah. Apahal?" balas Zull sambil menggaru bibir atasnya.

"Aku dan Mior berhajat nak memancinglah, pontenglah kerja hari ni. Sehari aje pun." Pujuk Nik. Mior mengangguk tanda mengeyakannya.

Hal keluarga Mior dan Nik sudahpun diselesaikan secara baik. Ibu Mior meminta maaf kepada keluarga Nik di atas kekhilafannya. Semuanya gara-gara ayahnya merajuk sehingga sebulan dan langsung tidak balik ke rumah itu. Hanya Mior sahaja yang berulang-alik dari rumah ibu dan ayahnya.

Pada mulanya dia memang risau, risau ibu bapanya benar-benar bercerai. Yalah, ibunya itu memang keras kepala sikit berbanding ayahnya. Tetapi, nasib baiklah ibunya mula sedar dan menyesali perbuatannya itu. Kadang-kadang manusia ini memerlukan masa dan ruang untuk memikirkan semula kesalahan-kesalahan mereka, kan?

Disebabkan masalah itu sudah selesai, maka Mior dapat bersekolah di SMBB seperti biasa. Bukan itu sahaja, hubungan Amir dan ibunya juga semakin baik. Mungkin suatu hari nanti, ibunya akan dapat terima Amir sebagai anak tirinya.

Hubungan dia dan Amir juga sama, malah ia lebih baik berbanding sebelum ini. Mior tersenyum. Badai yang melanda akan surut jua, cuma masa sahaja penghalangnya, jadi apa yang kita perlu buat ialah bersabar sehingga ia reda dan surut.

"Eh engkau ni, semalam elok aje aku cuti, tak ada pulak korang nak ajak pergi memancing. Eeeeeeeeh! Titew syibuk lah! Pukul berapa?"

"Eh, jadi ke?" Mior menduga kerana pelik, ingatkan tak jadi ikut.

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now