PADA petang itu, mereka semua sudah berada di hadapan rumah Bella dan Linda. Tetapi, sebelum mereka masuk, Zull memberitahu pendapatnya dahulu.
"Aku tak boleh masuk ke dalam sebab Linda mesti cuak nampak aku, jadi aku cadangkan Ayuri yang pergi jumpa dia dulu dan bertanya." Cadangnya.
"Ya, kami setuju. Kau kena duduk luar dan jadi tunggul dekat sini Zull, sesuai sangat dah muka kau jadi tunggul di sini." Usik Nik dengan senyuman nakalnya. Mior mengangguk tanda mengeyakan.
"Betul sangat dah tu." Sokong si Razak.
"Hei...Aku tumbuk sekor-sekor baru tau. Okey, yang perempuan boleh masuk, tetapi yang jantan tak boleh, kecuali kau Dee, sebab kau KPS." Kata Zull lagi.
Dilan mengangguk faham. Mina dan yang lain juga mengangguk. "Satu lagi, Ayuri kalau kau jumpa si Linda dalam bilik, kau jangan bagi Bella ada sekali, nanti dia kacau tugas kau. Dan kau kena tanya Linda pasal gambar atau video." Sambung Zull.
"Gambar atau video? Apa maksudnya?" soal Ayumi ingin tahu.
"Aku syak yang buat Linda mengandung ugut dia dengan sesuatu dan ia mungkin video atau gambar tak senonoh si Linda. Itu sebab dia tak boleh sebut nama jantan tak guna tu dan sebaliknya sebut nama aku, sebab aku secara tak sengaja ternampak dia terjatuhkan pregnancy test dia di sekolah. Mungkin dia terfikirkan nama aku sebab rasa aku akan sebarkan perkara ini di sekolah. Jadi, sebelum aku buat macam itu, dia perangkap aku dulu. Mungkin." Jelas Zull panjang lebar supaya mereka semua tahu apa yang dia fikirkan.
Mereka semua mengangguk faham, dan mula bergerak. Oleh itu, Zull, Nik, Mior, Botak dan Razak menunggu di luar pagar, manakala Dilan, Ayuri, Mina, Tina, Ayumi, Henna dan Yurina bersedia untuk masuk rumah Bella selepas Ayuri menekan loceng rumah.
Apabila pagar automatik itu dibuka, maka mereka semua berjalan ke dalam kawasan rumah dan menuju ke pintu utama yang sedang dibuka dari dalam oleh ibu Linda dan Bella sendiri.
"Ayuri?" ibu Linda, Nia kepelikan apabila Ayuri dan Silvia dengan seorang lelaki serta beberapa orang perempuan yang dia tidak kenali.
"Assalamualaikum, Auntie. Ah, ini Dilan, KPS SMBB, ini pulak..." Ayuri menyapa dan memberikan isyarat supaya yang memperkenalkan diri masing-masing.
"Hai, saya Mina. Kawan sekelas Bella dan cik Ayuri."
"Saya Yurina, kawan sekelas diorang juga dan yang sebelah saya ni, Henna."
Henna sekadar mengangguk apabila Yurina memperkenalkan dia, selepas itu dia bersembunyi di belakang Yurina. Yurina menolong Zull kerana Zull sudi mengajar dia semua subjek selepas ini, begitu juga dengan Mina. Malah bagi Mina, Zull adalah orang yang suka menolong orang lain, jadi apa salahnya dia menolong Zull pula. Lagipun, Zull sudah banyak kali menolong dia, contohnya pasal kakaknya dan Fendi sebelum ini, juga pasal Ayumi dan Khai.
"Saya Tina, sama macam diorang, kawan sekelas Bella."
"Ayumi, penegak keadilan." Kata Ayumi selamba. Apabila mendengarnya, mereka semua terus memandang ke arahnya.
"Kau dah kenapa kata penegak keadilan?" tegur Mina secara berbisik.
"Betul lah, kita datang sini pun sebab nak tegakkan kebenaran." Balasnya turut berbisik.
"Yalah, tapi tak payahlah cakap depan diorang, nanti diorang tahu. Kalau diorang tak benarkan kita masuk macam mana?"
"Aku gempakan rumah diorang, senang."
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)
FantasySambungan Olienpiece Siri 1. Tapi, ini musim 2 atau bahagian 2. PS: Saya dan sampai limit atau had bab, jadi terpaksa buat musim 2 atau bahagian 2. Huhuhu #1 in wira (3/7/2022) #1 in komik (4/1/2023)