...sambungan Bab 59

29 6 2
                                    

SEMENTARA itu, Liam dan Hitam sudah sampai ke suatu tempat rahsia iaitu di sebuah sungai yang terdapat di dalam Kerajaan Agre De' Leannex iaitu kerajaan yang menempatkan Istana Kastelhalia. Sungai itu merupakan sungai yang sentiasa menjadi tempat lepak Liam sebelum dia direkrut ke dalam istana Kastelhike. Pokoknya, tempat ini ialah dari mana dia bermula.

Hitam memandang tempat itu dengan perasaan ingin tahu. Sesungguhnya, itulah kali pertama dia menjejakkan kaki ke Olienpiece.

"Tempat apa ni?" soalnya.

"Salah satu sungai yang saya pernah saya lawati sebelum masuk istana. Saya seperti orang nomad di sini, Tuan Muda." Balas Liam sambil menundukkan kepalanya. "Saya minta maaf kerana langsung tidak beritahu Tuan Muda siapa saya sebenarnya. Tetapi, saya tiada niat jahat ke atas Tuan Muda."

"Aku tahu. Kalau tak, dah lama aku jadi arwah." Kemudian, Hitam menarik nafas dalam dan menuju ke arah sungai tersebut. "Berapa lama kita perlu tunggu sebelum dapat gunakan portelis semula?"

"60 minit."

"Ah, kita mungkin akan kena tangkap dulu kalau selama itu masa yang diambil."

"Tuan muda jangan risau, mereka tidak akan tahu tempat ini. Disebabkan saya suka berpindah randah, mereka tidak akan tahu tempat asal saya walaupun setelah melihat butiran dan sejarah lama saya."

"Kenapa kau memilih untuk tidak beritahu aku?"

"..."

"Kau risau aku tak dapat terima kau ke? Aku nampak macam lelaki macam itu ke?"

"Bukan Tuan Muda, saya hanya mahu melupakan asal usul saya dan buka buku baharu. Kenapa Tuan Muda tidak benarkan saya berlawan? Saya boleh hapuskan mereka."

"Huh, Liam. Aku tahu kau kuat Liam, tapi kau tak tahu kan berapa ramai orang yang diorang hantar untuk tangkap kau. Malah, kau sudah 10 tahun tinggalkan Raidez, boleh kau yakinkan aku bahawa kekuatan mereka masih sama seperti pada hari kau tinggalkan mereka dahulu? Kau sudah tidak tahu kekuatan mereka, kau juga tidak tahu berapa jumlah mereka yang sebenar, jadi serang mereka membuta tuli macam tu seperti gali kubur sediri. Kau tahu kan yang aku suka sediakan payung sebelum hujan. Jadi, aku tak suka buat sesuatu tanpa rancangan."

"Saya faham. Tuan tak patut memunculkan diri tadi, kini mereka sudah tahu tahu tentang kewujudan Tuan, jadi Tuan mungkin dalam bahaya selepas ini."

"Liam, Liam, Liam. Saat aku pegang rantai ni, aku dah lama dalam bahaya, Liam. Huh, jadi kita nak buat apa sementara tunggu masa yang masih berbaki lagi ni?"

"Tuan muda nak rasa ikan bakar di sini?" duga Liam.

"Sedap ke?"

"Sedap dan halal."

"Boleh." Balas Hitam dengan senyuman lebar. Dia sudah lama tidak makan masakan Liam.

Liam terus berdiri mengadap sungai itu dan menggunakan kuasa air untuk menangkap ikan yang berenang di dalam sungai. Hitam bersorak gembira apabila Liam menggunakan kuasanya itu. Liam gembira apabila melihat Tuan Mudanya seronok berada di sini.

Selama ini, dia menyembunyikan identitinya kerana tidak mahu Tuan Mudanya mengetahui hakikat yang sebenar. Mungkin juga dia risau Zull tidak dapat menerimanya dan menjauhkan diri darinya. Nampaknya, dia masih tidak kenal dengan anak muda itu.

Setelah menangkap ikan, Liam menuju ke dalam hutan memandangkan sungai itu berada di tengah-tengah hutan. Liam mahu mencari sesuatu. Setelah menemuinya, dia menggunakan kuasa tanah untuk membuat tempat bakaran supaya dia dapat membakar ikan tersebut. Dia membentuk tempat bakaran itu dengan cerobong asap yang menuju ke sungai supaya ia tidak naik ke atas terus. Jika ia berlaku, maka lokasinya akan diketahui.

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now