...sambungan Bab 81

51 10 11
                                    

...

SEBAIK sahaja mereka berdua selesai mengelilingi sekolah dan yakin sudah tiada ancaman dari musuh lagi, maka Hash dan Liam menapak di suatu tempat pula. Ke tempat yang lebih privasi iaitu di atas bumbung bangunan sekolah SMBB iaitu di bangunan Blok A yang mempunyai tiga tingkat.

"Kita perlu selamatkan Zull, Ketua Hash."

"Kenapa 'kita'? Kau mungkin rapat dengan Zull dan dia mungkin penting pada kau, tetapi bukan bagi aku, Agnes."

Liam mendiamkan dirinya untuk seketika kerana dia faham perkara itu. Nampaknya, tiada apa yang dia perlu selindungkan lagi.

"Saya akan beritahu rahsia yang saya patut beritahu pada sebelum ini....Tuanku Ozz yang berada di Takhta Tertinggi Olienpiece sekarang bukan Tuanku Ozz yang sebenar, tetapi samaran. Dia ialah Raja Ozzark, kembar Tuanku Ozz dan mereka berdua telah ditukar semasa ketiadaan Putera Mazhe di sana, yakni semasa Putera Mazhe diarahkan untuk mengutip batu-batu itu di bumi."

Hash agak kaget apabila mendengarnya, tetapi dia pernah mendengar teori itu pada sebelum ini iaitu dari Zull.

"Betul ke? Kerana ia sama seperti apa yang diberitahu oleh Zull. Kau juga reka cerita yang sama, kan?"

"Tak, ia benar."

Kali ini, Hash meneliti riak wajah Liam yang sedang serius. Hash menarik nafas panjang. Patutlah, patutlah Tuanku Ozz sangat pelik beberapa tahun ini. Nasib baik dia sudah bertanya kepada bekas Ketua Hazeman dan Hazeman telah memberitahunya mengenai kembar Tuanku Ozzette itu. Macam mana ini? Kalau begini keadaannya, tiada lagi orang yang dapat menyelamatkan Olienpiece selain Mazhe sendiri.

"Tetapi, ia bukanlah rahsia yang paling mengejutkan Ketua Hash sangat kan, memandangkan Ketua Hash pernah mendengar teori ini dari Zull pada sebelum ni. Rahsia yang saya bakal beritahu Ketua Hash lagi mengejutkan kerana tiada sesiapa pun yang pernah mengetahuinya selain dari saya dan arwah Tuan Muslim. Tetapi, sebelum saya beritahu Ketua Hash, saya nak Ketua Hash tahu yang saya beritahu perkara ini bukan kerana mahu selamatkan Zull semata-mata. Sebaliknya, saya rasa sudah sampai masanya untuk semua orang tahu, termasuklah Zull sendiri."

Hash hanya mendiamkan dirinya saat Liam bercakap, dia hanya memerhatikan setiap memek muka dan setiap perubahan emosi serta pergerakan dari Liam.

"Zull ialah anak Tan Sri Mazhe, anak kandung Mazhe dan ia menjadikan Zull Pewaris Takhta Olienpiece. Oleh itu, Raidez tidak boleh tahu kewujudan Zull atau Zull akan terus dibunuh."

Reaksi Hash terus berubah 120 darjah, ia juga bersilih ganti dengan reaksi terkejut dan kemudian reaksi marah. Timbul juga perasaan ragu-ragu dalam hatinya. Tetapi, apabila dia teringat balik layanan Liam kepada Zull, ia mula masuk akal. Yalah, Liam sangat taat dengan perintah Zull dan Liam sangatlah melindungi Zull.

Tapi, macam mana kalau ia hanyalah suatu perangkap? Manalah tahu, dia akan ditangkap sebaik sahaja menjejakkan kaki di istana Raidez atau kubu musuhnya itu. Oleh itu, dia muka bersuara kembali.

"Kau jangan main-main, Agnes! Ini bukan perkara main-main."

"Saya tak main-main dan saya tak bergurau."

"Tak, kau beritahu aku semua ini sebab mahu aku tolong kau selamatkan Zull, kan. Ia tak akan berlaku, Liam."

Liam menarik nafas panjang. "Tolong saya, dan lihatlah sendiri buktinya nanti. Setiap keturunan Tuanku Raisho akan ada Tanda Keputeraan dan Zull juga adanya. Tetapi, ia bukan di bahu atau di wajahnya, namun ia di dadanya. Oleh sebab itulah, Tuan Muslim dan saya sembunyikan identiti Zull. Kalau tidak, Zull akan dipenjarakan di Penjara Oskal sejak dia kecil lagi, sama seperti apa yang berlaku kepada Raja Ozzark, kembar Tuanku Ozz. Ketua Hash juga tahu tentang akibat keturunan Tuanku Raisho yang mempunyai tanda putera di dada, bukan?"

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now