Bab 82: Hukuman Pancung Di Kastelhalia

34 9 0
                                    

FAQIMORA sedang termenung di tepi katil Kiy yang baru lepas dirawat oleh seorang medicer tadi. Tika itu dia sedang memalingkan badannya dari Kiy dan sedang termenung. Mungkin sedang memikirkan krunya yang terkorban di bumi, termasuklah Jani; antara krunya yang agak berpengalaman. Jani sudah menjadi krunya hampir 9 tahun lebih juga.

Baru semalam mereka berpesta kerana menyambut kemenangan mereka; kemenangan mengutip batu-batu permata Saphira itu. Tetapi, ini silapnya kerana telah menyambut kemenangan terlampau awal dan telah memandang rendah kepada musuhnya.

"Mereka semua itu lemah, sehingga dapat dikalahkan oleh budak hingusan macam itu." Kiy mencemuh rakan seperjuangannya di belakang Faqimora dan sedang menyandar ke penghadang katil wad.

"Bukan mereka yang lemah, tetapi musuh sudah menjadi kuat dalam masa yang agak singkat. Kita memerhatikan mereka selama sebulan dua dan meninggalkan mereka selama 3 bulan lebih, tetapi kekuatan mereka meningkat dengan cepat. Mungkin ada yang bantu mereka berlatih." Sangkal Faqimora. "Dan kamu tak perlu berlagak kuat, Kiy. Saya tahu kamu sedih atas kehilangan mereka. Tak mengapa untuk menangis, ia lumrah hidup."

Kiy terpanar apabila mendengarnya, kemudian suatu esakkan tangis mula kedengaran di wad itu. Dia sangat sedih, mana tidaknya, dia dan Jani sudah menjadi kawan baik sepanjang mereka menjadi kru Kapten Faqimora. Dia sudah 10 tahun bersama Faqimora, Jani pula sudah lebih 9 tahun, jadi sudah banyak perkara yang mereka lalui bersama-sama.

"Saya akan balas dendam bagi pihak Jani. Kapten nampak ke siapa yang membunuh Jani?"

"Pemegang Batu Angin dan Imaji."

Apabila mendengarnya, Kiy terus menggenggam selimut yang menutup separuh bahagian bawah badannya.

"Kenapa Kapten tidak ambil pemegang Batu Api tu (Zull) sebagai tebusan? Jadikan dia tebusan untuk ambil semua batu-batu permata yang lain." Cadang Kiy sambil mengesat air matanya.

Apabila mendengar cadangan itu, Faqimora bingkas bangun dan terus memandang ke arah Kiy, kemudian dia tersenyum.

"Cadangan yang baik. Saya perlu cepat sebelum terlambat. Jumpa lagi nanti." Kata Faqimora dan terus berlalu pergi.

"Oh, okey. Semoga berjaya, Kapten." Kata Kiy walaupun kelibat Faqimora sudah tiada di situ.

Faqimora bergegas ke bilik persidangan itu semula untuk menyampaikan perkara ini. Dia perlu cepat sebelum Raja Zach mengeluarkan keputusan kerana jika sang raja itu sudah menjatuhkan titahnya, maka ia perlu dilaksanakan terus.

Titah Raja Zach tidak boleh dilanggar lagi dan baginda pula bukanlah seorang lelaki yang mudah menukar fikiran walaupun ditawar dengan tawaran yang bagus. Menjadi seorang raja selama ini, telah menjadikan Zach seorang raja yang perlu tetap dengan pendirian.

SEMENTARA itu, suatu cahaya bersinar di dalam hutan untuk seketika sebelum ia pudar dengan serta merta. Tetapi, ia tetap berjaya menarik perhatian seorang pengawal yang mengawal luar Kubta Kastelhalia.

Ia digelar Kubta Kastelhalia kerana ia menutup seluruh kawasan Istana Kastelhalia. Kubta itu tidak mempunyai lubang, jadi jika ada yang mahu keluar masuk, maka mereka perlu melaporkan atau menghubungi Komander Raphinarde' selaku orang yang pandai menguasainya.

Pengawal yang perasan cahaya tadi, terus berjalan menuju ke dalam hutan yang mengelilingi Kubta Kastelhalia. Tetapi, setelah itu, dia dapat rasakan yang belakangnya dipukul oleh sesuatu. Oleh itu, dia telah pengsan di situ.

Dia sebenarnya dipukul oleh Arch yang memakai pakaian serba hitam dan diberi nama samaran 'A' untuk misi ini, manakala isterinya diberi nama 'B' dan Que Shyi pula ialah 'C'. Ia supaya mereka senang untuk memanggil satu sama lain sekiranya perlu.

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now