...sambungan Bab 57

32 6 0
                                    

ZULL duduk mencangkung di hadapan pagar sekolah. Dia menunggu Gina dengan fokus. Dia keluar dari rumah terlebih dahulu dan meninggalkan Dilan serta yang lain di rumah sewa. Dia perlu cepat kerana harus memberikan skrip untuk Gina. Seminit kemudian, seseorang berhenti di hadapannya.

"Oi." jerit seseorang itu. Zull mendongak ke atas.

"Kau? Asal?" soal Zull malas.

"Kau 'free' tak petang ni?" soal orang tersebut. Zull membuat reaksi pelik. Dia mengorek telinga tanda kepelikan.

"Kau nak ajak aku keluar ke apa?" soal Zull lagi. Seseorang itu mendiamkan dirinya dulu sebelum mengangguk perlahan.

"Kau sukakan aku? Maaflah, aku tak sukakan kau." pantas Zull mencantas orang tersebut.

"Bukan macam itulah! Ish, ada benda aku nak bincang dengan kau. Pukul 4.30 petang di Kafe Bunny, tempat tu dah dekat dengan restoren Ayuri, kan. Kau kena datang, kalau tak, aku...aku akan botakkan rambut kembang kau ni dengan kuasa minda aku." jelas orang tersebut garang.

"................Jadi? Aku patut buat apa ni? Menggelabah ke? Haih, cakap ajelah sekarang. Anda ingat saya ada masa untuk sakit kepala!? Aku ni orang yang sibuk tahu. Banyak dah masalah aku sekarang, kau jangan nak tambah boleh tak. Aduhai! Eh, cakap ajelah dekat sini, Bedah oi." gesa Zull malas.

"Jangan panggil mak aku dengan nama dia." marah orang itu tersebut ataupun Mina dengan nada garang.

"Asal pulak, dah nama mak kau Bedah. Aku nak panggil dia apa lagi, panggil Monyet? Aku panggil Monyet mesti kau marahkan aku pulak nanti."

"Panggillah Mak Cik ke, Puan ke. Apa masalah kau ni hah!"

"Ish, terlalu biasa sangatlah. Dah nama dia Bedah, aku panggil Bedah ajelah. Bukannya berdosa pun. Chett! Eh, blahlah kau! Aku ada kerja ni, tak reti-reti nak berambus ke."

"Aku tak fahamlah dengan kau ni, aku tak pernah lagi jumpa orang macam kau tahu tak, Zull."

"Itu! Itulah yang aku cuba nak jadi sejak dulu. Seseorang yang tidak sama seperti orang lain, dengan itu orang akan ingat aku dan nama aku dengan lebih lama. Kau tak rasa macam tu."

"Urgh! Sudahlah kau dengan impian kau tu. Zull kau kena datang ke kafe tu petang ni. Aku sebenarnya...sebenarnya aku nak mintak tolong kau sesuatu." rayu Mina membuat gaya merayu di hadapan Zull. Zull mengecilkan bola katanya dan merengus.

"Cium tapak kaki aku dulu, pastu lap biar sampai licin dan gebu. Paham!" arah Zull tegas. Mina menjegilkan matanya, dan oleh sebab kegeraman, Mina menyepak kaki Zull.

"Woi!" jerit Zull garang.

"Aku tak peduli! Kau kena datang jugak petang ni, kalau tak aku akan bocorkan rahsia kau yang paling besar!" Mina turut menjerit.

"Apa rahsia aku tu, sambal?" soal Zull pelik.

"Yang kau ni tak siuman, gila dan jahat!" gertak Mina kasar.

"Er....okey. Kau sudah dedahkan rahsia aku dah pun. Maknanya, aku tak ada rahsia lagilah. Dah, berambus."

"Zull. Tolonglah." rayu Mina membuat wajah kasihan. Zull mendiamkan dirinya kerana dia tidak ingin melayan Mina lagi. Ia membuang masa emasnya.

"Zull...Please." rayu Mina lagi dan lagi. Akhirnya, Zull mengeluh.

"Baiklah. Tapi, aku tak tolong kau dengan percuma dan ada syaratnya." kata Zull tenang.

"Apa? Tolong kawan pun nak berkira ke." ujar Mina membuat wajah tidak berpuas hati.

"Baru sekarang anggap aku kawan? Pernah ke kau anggap aku ni kawan kau selama ni? Tak pernah kan. Kau anggap aku ni macam musuh kau tahu tak. Kalau tak, kau akan layan aku dengan baik."

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now