BAB 76: Hari-hari sebelum badai (Bhg 2)
SEBULAN lebih sudahpun berlalu dan semua pelajar tingkat 5 SMBB telah berjaya menduduki peperiksaan SPM dengan jayanya tanpa masalah. Di luar dewan peperiksaan, rata-rata pelajar berkumpul dengan kumpulan mereka sendiri dan menangkap gambar. Mereka mahu menjadikan ia sebagai kenang-kenangan nanti.
"Ah, tak sangka, akhirnya kita habis periksa juga. Ahahahaha. Merdeka! Merdeka!" kata Mina kepada kawan-kawan serumahnya itu.
"Itulah! Dan lepas ni, kita akan ke majlis kahwin pula. Ah, Ayumi tahniah! Tahniah! Mesti kau berdebar-debar, kan?" duga Tina dengan wajah gembira sambil berpelukkan dengan Mina.
"Tak, aku dah tak sabar." Jawab Ayumi selamba.
"....." mereka semua terdiam kerana Ayumi memang sangat gelojoh.
"Um, baguslah tu. Okey, jom kita tangkap gambar." Ajak Yurina dan terus mengambil telefonnya dan sudah bersedia untu berswafoto.
Oleh itu, mereka berlima terus membuat pelbagai gaya supaya gambar-gambar swafoto mereka menarik nanti.
"Korang semua, jom ambil gambar satu kelas." Ajak Dilan dengan menaikkan beberapa oktaf nada suaranya supaya rakan sekelas mereka mendengarnya.
Mereka semua terus bersorak kerana bersetuju dengan cadangan itu. Justeru, semua pelajar kelas Tingkatan 5 Gred A++ berkumpul di suatu tempat yang mempunyai pemandangan yang cantik dan bersedia dengan gaya masing-masing.
"Yang pendek duduk depan ek, nanti tak nampak dalam gambar." Arah Kassim selaku jurugambar mereka pada hari itu. Hari ini, Kassim meminjam kamera ayahnya yang merupakan seorang fotografer supaya dia dapat menangkap gambar dan membuat duit. Hihihi.
"Pendek-pendek jangan sebut kuat-kuat ek, hati aku bak kaca tau, kalau pecah nanti, sape nak cantum balik ha." Celah Zull sambil bercekak pinggang.
"Tak ada siapa yang nak cantum hati kau balik, sudahlah masuk barisan. Aku nak cepat ni, banyak lagi 'job' aku lepas ni. Masyuk-masyuk!" kata Kassim gembira kerana banyak duit yang dia bakal dapat hari ini.
Kebetulan pula Cikgu Azrell, Syahir, Shahida dan Ros lalu di kawasan itu, apa lagi mereka semua melaung nama cikgu-cikgu mereka satu per satu kerana mahu guru-guru kesayangan mereka itu bergambar bersama-sama mereka.
Disebabkan tidak mahu mengecewakan para pelajar mereka, jadi mereka semua masuk bergambar sekali. Apa salahnya melayan karenah pelajar-pelajar mereka pada kali ini. Mungkin ini kali terakhir mereka akan berjumpa dengan pelajar-pelajar mereka ini.
Pelajar mereka kali ini pula sangatlah 'meriah'. Entahlah, mereka juga tidak tahu sebab apa. Mungkin sebab Zull? Sebab Zull sangat ramah, sampaikan dengan pelajar kelas sebelah pun dia rapat dan berkawan.
Selalunya, mereka nampak pelajar-pelajar mereka tidak akan sebulu dengan pelajar kelas lain dan pasti akan bertanding sesama mereka. Tetapi, pada tahun ini, tidak pula macam itu. Mungkin ia disebabkan oleh sifat ramah dan sikap suka berterus-terang Zull. Yalah, budak itu kalau nampak benda yang dia tidak suka, dia pasti akan terus tegur.
Setelah mereka berkumpul dan menyusun barisan serta posisi masing-masing, barulah mereka bergambar dengan pelbagai gaya; gaya bebas, gaya skema, gaya gembira, gaya sedih dan macam-macam lagi. Selepas gambar terakhir diambil, Azrell terus menegur pelajar dari kelas Gred A++ itu.
"Dapat jawab 'exam' tak?" soal Azrell ingin tahu.
"Cikgu, janganlah tanya. Kitorang dah cuak ni, baru aje hilang cuak tau." Balas Nik dengan merengek. Tapi, hatinya memang cuak tadi kerana risau dia gagal atau tidak lulus mana-mana subjek.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)
FantasySambungan Olienpiece Siri 1. Tapi, ini musim 2 atau bahagian 2. PS: Saya dan sampai limit atau had bab, jadi terpaksa buat musim 2 atau bahagian 2. Huhuhu #1 in wira (3/7/2022) #1 in komik (4/1/2023)