...sambungan Bab 82

55 10 11
                                    

Tidak lama selepas itu, mereka sudahpun ada di Hutan Simpan tadi. Sebaik sahaja mereka muncul, Hash terus mendapatkan mereka. Terbit perasaan lega dan bersyukur dalam hati Hash kerana semua kawannya selamat. Hash melihat Liam tiada di situ, sama seperti perancangannya yakni dia mahu tinggal di situ kerana mahu menyekat kemaraan Raidez.

"Liam berada di sana?" soalnya ingin tahu kepada kawan-kawannya itu.

"Ya. Sama macam dalam rancangan, kami tak perlu melawan sesiapa pun, semuanya dia yang uruskan. Huh...dia sangat hebat. Nasib baik sekarang dia menyebelahi kita." Balas Arch dengan nafas lega.

"Bukan kita, tapi Zull. Dia setia kepada Zull." Sangkal Hash.

"Ini budak yang kau cakapkan?" soal Arch yang masih mendukung Zull yang sedang pengsan. Lukanya masih belum disembuhkan tadi kerana Que tiba-tiba sahaja menghilangkan Prisma Urus. Archi mahu bertanya, tetapi wajah Que terlampau serius tadi.

"Ya." Balas Hash sambil melihat keadaan Zull yang agak daif.

Wajahnya ada yang bengkak, lebam dan luka. Seluruh badannya seperti dimandikan darah kerana turut terluka, bahkan tangannya juga berdarah.

"Kuku dia kena cabut ke?" soal Hash, sambil mengambil tangan Zull untuk melihat jari-jemari Zull itu.

"Ya. Kalau kami lambat tadi, memang banyak anggota dia yang akan hilang termasuklah kepala dia sebab Raja Zach memang mahu terus bunuh dia di sana tadi. Selepas dia melihat Tanda Putera itu, lagilah meroyan aku tengok Raja Zach tu."

"Betul. Budak ini memang ada tanda tu, Hash. Di dada dia." Celah Karri dan terus menyelak sedikit baju Zull yang terkoyak tadi sehingga menampakkan bahagian dada dan tanda tersebut. Hash terdiam apabila melihatnya. Tetapi, ia belum dapat dipastikan lagi, jadi dia tidak boleh terus membuat spekulasi.

"Kita balik ke rumah Alan (Alif) dulu, biar Que Shyi rawat dia di sana, selepas itu baru kita periksa keaslian Tanda Putera tu." Ajak Hash kepada mereka.

"Okey." Arch dan Karri menangguk faham.

"Hoi, kau okey ke?" soal Arch kepada Que yang tiba-tiba sahaja berdiam diri.

"Ha? Okey. Apa tadi?" soal Que balik.

"Kita balik ke rumah Hash dulu, kau rawat budak ni di sana." Jelas Arch semula.

"Oh okey."

"Kau betul-betul okey ke?" soal Hash pula kerana pelik kawan dia yang paling biul itu tiba-tiba baik pula perangainya.

"Ya. Jangan tanya banyak kali. Jomla...Ak! kepala dia tertanggal!" laung Cagalli tiba-tiba, sehingga menyebabkan Arch juga terkejut.

"Mana? Mana?" soalnya sambil tercari-cari sesuatu di bawah.

Karri terus mengambil sesuatu yang terjatuh itu di atas tanah. "Rambut?" tuturnya pelik.

Hash, Arch dan Que juga pelik melihatnya. "Rambut palsu ke? Budak ni pakai rambut palsu? Kenapa?" soal Que ingin tahu.

"Itu hanyalah samaran dia, Liam pernah cakap tadi, kan." Kata Hash sambil mengulangi kata-kata Liam tadi.

"Ah macam itu. Jomlah kita balik ke rumah kau, aku nak berehat. Penat ni." Rengek Que.

"Eh, bukan kau pun yang berlawan tadi." Sangkal Karri.

"Ya, tapi aku tetap rasa penat. Ini sepatutnya waktu untuk aku tidur. Jomlah."

"Kau kena rawat dia dulu, lepastu baru kau boleh tidur." Arah Hash tegas.

"Okey."

Oleh itu, mereka semua mengikut Hash balik ke rumah sewa Alif yang berada di Bandar Bukit Berapi itu. Alif telah menyewa rumah itu khas untuk Hash, tetapi dia balik ke situ jarang-jarang kerana dia perlu tinggal di rumah istana Mazhe.

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now