...sambungan Bab 61

29 7 0
                                    

...

SEMENTARA itu, Khai memasuki wad Arjuna. Kemudian, mencari katil 5D-13 atau katil Dilan ditempatkan. Setelah menemui katil Dilan, Khai dapat melihat Niel dan Joshua sudah pun berada di sana. Khai laju menuju ke arah Dilan dan terus memeluk Dilan sambil menangis.

"Dilan, saya minta maaf sebab tak dapat sembuhkan luka dalaman awak. Saya memang tak berguna dalam kumpulan ni." rintih Khai sedih sambil menyapu air matanya dengan sapu tangan miliknya.

"Tak apa Khai. Janganlah cakap macam tu. Tak ada apa-apa yang teruk berlaku pun. Tina macam mana?" soal Dilan dengan suara perlahan kerana ingin mengurangkan rasa sakit di bahagian abdomennya.

Khai mengangguk perlahan sebagai tanda 'tak ada apa-apa'. Dia tidak datang sekali tadi kerana perlu selesaikan latihan. Orang lain sudah siapkan latihan itu lebih awal darinya. Jadi, hanya dia sahaja yang berlatih seorang diri di dalam worsikel dari pukul 8 pagi sehingga 6 petang tadi. Dia hanya berhenti untuk makan dan solat sahaja.

Kumpulan NS pula berjaya selesaikan latihan itu pada pukul 3 petang tadi. Maknanya, pihak perempuan lebih kuat darinya. Kadang-kadang Khai sedih apabila mengenangkan perkara itu, tetapi dia tidak mahu berputus asa. Dia akan jadi lebih baik lagi selepas ini, dia janji.

Alangkah baiknya kalau Ayumi ada di sini, bolehlah dia meluahkan masalahnya kepada Ayumi kerana sepanjang dia mengenali Ayumi, Ayumi merupakan seorang pendengar yang baik walaupun Ayumi agak tegas dan garang.

Tiba-tiba dia teringatkan luahan hati Ayumi kepadanya. Jadi, selama ini Ayumi menaruh perasaan kepadanya. Tetapi, kenapa? Apa yang dia ada sehingga Ayumi jatuh suka kepadanya? Dia rasakan dia tidak layak untuk Ayumi. Tidak, dia rasa dia tidak layak untuk sesiapa pun. Itulah kenyataan yang paling pahit untuk dia telan.

"Bila awak boleh balik? Saya boleh dapatkan bilik yang selesa untuk awak." kata Khai manja di sebelah Niel sebaik sahaja dia kembali ke dunia nyata.

"Esok mungkin saya sudah boleh balik rumah. Doktor nak pantau keadaan saya dulu. Kalau tiada apa-apa yang mencurigakan, barulah saya boleh balik. Kalau ikutkan, saya mahu balik hari ini, tapi atas nasihat doktor, saya tak dapat buat apa-apa. Korang baliklah, korang mesti penat, kan. Nasib baik esok masih lagi cuti." terang Dilan lembut.

"Kejap lagi kami baliklah sebab nak mandi bagai. Esok pagi kami datang balik." celah Niel. Dilan mengangguk faham.

"Mana adik Zull?" soal Khai sambil memandang ke arah Joshua.

"Ha? Awat kau tengok aku? Zull memang adik aku tapi, aku bukan penjaga dia. Dia kan berkerja, kejap lagi dia datang sinilah kut." jawab Joshua serba-salah. Khai tersenyum ringan.

"Sepatutnya kita ajak adik sekali semasa berlatih dulu sebab rancangan adik agak bagus." cadang Khai teruja. Joshua memandang Khai dan dia mengangguk.

"Itulah, walaupun dia tu tak betul, tapi cadangan dia kadang-kadang boleh pakai juga." sahut Joshua turut bersetuju dengan cadangan Khai.

Niel dan Dilan hanya mendengar. Sudah tentu Dilan gembira jika kawan baiknya, Zull turut ada semasa berlatih berlawan. Namun, dia tahu Zull sedang menyelesaikan masalah tentang sekolah. Dia tidak ingin Zull terlalu bekerja keras kerana risau dia akan jatuh sakit.

"Aku bukan apa, Zull banyak kerjalah. Itulah yang aku tak sampai hati ajak dia. Malah, dia perlu bekerja pada setiap petang pula." celah Dilan, disebabkan itu semua mata memandang Dilan.

"Kenapa pulak? Kalau Zull ada lagi bagus. Kita semua tahu dia pandai berlawan dan ada taktik yang bagus. Dia boleh ajar kita untuk membaca pergerakkan musuh seperti yang dia selalu buat." sangkal Joshua.

"Bukan macam tu. Dia sudah ada banyak kerja perihal sekolah, aku tak nak bebankan dia lagi. Dia uruskan hal sekolah dan kita uruskan hal keselamatan orang ramai." jawab Dilan tersenyum nipis.

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now