...
YURINA duduk di atas katil wad VIP itu dengan wajah monyok. Dia masih lagi teringat tentang kejadian dua hari yang lepas yakni ketika di sekolah. Kemudian, dia menyembunyikan mukanya di ruang antara kedua-dua lutut dan dadanya.
Salahnya kerana masih lemah. Salahnya kerana tidak banyak berlatih. Salahnya kerana hilang tumpuan. Kemudian, dia bingkas bangun dan menuju ke arah cermin tingkap wad yang gelap dan memantulkan segala sesuatu yang berada di situ.
Dia menyentuh wajahnya, dan menyentuh tempat yang telah meninggalkan kesan parut. Doktor kata ia parut kekal dan tidak akan hilang. Parut itu panjang dan mengena dahi sehingga ke bawah matanya. Maknanya, dia akan hidup bersama-sama parut ini sampailah dia mati.
Yurina terus menangis. Dia belum nikah lagi, tetapi sekarang siapa yang mahu berkahwin dengan perempuan yang mempunyai parut di muka macam dia ini? Dia menangis sambil terduduk di atas lantai.
Muka adalah aset setiap manusia, jadi ia amat penting. Dengan adanya bendasing di muka seperti jerawat atau parut, seseorang itu boleh hilang keyakinan diri. Dan sekarang ini, Yurina sedang merasainya. Lagi-lagi parut itu mempunyai tanda. Tanda kekalahan dia dalam perlawanan dengan Raidez tempoh hari.
Disebabkan itu, tangisannya semakin kuat. Yurina berada di atas lantai itu sambil mendongak ke arah cermin tingkap. Sudah lama dia menahan rasa sebak itu kerana dia perlu kuat di hadapan doktor, para petugas kesihatan dan kawan-kawannya. Ibu bapanya tidak dapat datang kerana sedang menunaikan umrah sekarang. Tapi, ia lagi baik, lebih baik ibu bapanya tidak tahu mengenai perkara itu.
Setelah puas menghamburkan segala rasa di dalam tangisan itu, Yurina berdiri kembali dan menuju ke arah katil wad. Tidak lama selepas itu, pintu wad tersebut dibuka dan dia dapat melihat wajah kawan-kawannya terpacul di celah pintu.
Nasib baik mereka datang selepas dia puas menangis. Yurina ukir senyum. Biarlah mereka tidak tahu perasaan yang memberat dalam hatinya sekarang. Mereka tidak boleh risau tentangnya.
Henna menghampiri dia dan memeluknya dengan erat. "Awak dah okey ke?" soal Henna dengan wajah risau.
Yurina mengangguk. "Alhamdulillah. Tapi, esok baru aku boleh keluarlah. Semua luka aku sudahpun disembuhkan oleh Khai dan KK, tapi entah kenapa doktor mahu tahan aku di sini lagi."
"Adalah tu isu yang timbul. Doktor mesti tahu keadaan kau, diakan doktor." Celah Mina pula. Tina mengangguk tanda bersetuju.
"Oh ya, kami tak datang bertiga aje. Ada orang lain juga yang datang hari ni." Kata Tina dengan gembira.
Kemudian, jiran lelaki sebelah rumahnya memasuki bilik VIP tersebut. Yurina tersenyum apabila melihat jiran-jirannya termasuklah Nik, Mior dan Jason. Jason pun ada di sini? Wah! Ah, kejap! Yurina terus memalingkan mukanya kerana tidak mahu mereka semua melihat parut di wajahnya. Dia malu, dengan kawan-kawan perempuannya tidak mengapa kerana mereka sudahpun melihatnya pada sebelum ini.
Kaum lelaki di situ terus segan untuk masuk kerana mereka faham gerak-geri itu. Serba salah mereka jadinya.
"Maaf datang tak beritahu." Kata Dilan bagi pihak kaum lelaki di situ.
"Ah, tak apa, tak apa. Masuk aje, saya pun dah pakai tudung siap-siap." Balas Yurina dan tergelak kecil, tetapi dia masih lagi memalingkan mukanya.
Dilan dan yang lain hanya mengangguk. Joshua juga ada di situ. Walaupun tadi, dia ada konflik dengan Zull, tapi kawan-kawannya yang lain tetap melayan dia seperti biasa dan tidak salahkan dia pun. Namun, jauh di sudut hatinya, dia tahu kawan-kawannya menyalahkan dia. Tetapi, Niel agak dingin dengannya sekarang, dia juga tidak tahu kenapa.
Jauh di sudut hatinya juga, dia sebenarnya rasa serba salah terhadap adiknya, Zull. Tapi, dia tetap memilih egonya. Huh! Dia juga benci sisi dia ini. Dia bencikannya. Namun, ia tetap masih berlaku dan masih lagi menjadi pilihannya. Selepas pilihan dibuat, barulah dia rasa bersalah, tetapi ia sudahpun terlambat. Selalunya macam itulah.
"Maaf sebab baru sekarang datang melawat." Kata Mior serba salah.
"Tak mengapa..Um, macam mana dengan Zull?" soal Yurina apabila teringat tentang Zull.
Kaum lelaki hanya diam dan masing-masing hanya memandang satu sama lain. Oleh itu, Dilan bersuara sekali lagi, menjadi penyelamat kaum lelaki sekali lagi.
"Dia ada datang rumah tadi." Katanya.
Mina, Henna dan Tina terus berpaling.
"Betul ke?" Mina terus ukir senyum. "Alhamdulillah. Dia okey?"
"Alhamdulillah nampak okey, cuma tadi saya nampak beberapa jari dia dibalut. Saya tak sempat tanya kenapa."
"Tak sempat nak tanya? Kenapa?" soal Tina pelik. Memang pelik bunyi itu.
"Dia meninggal, eh maksud saya, dia tinggalkan kami dan keluar dari rumah tu balik." Celah Nik bagi pihak Dilan pula.
Saat itu, giliran kaum perempuan pula memandang satu sama lain. Aik?
"Macam itu aje? Peliknya, dan sampai hati dia tak tegur kitorang pun. Kitorang duduk sebelah rumah itu aje kan. Ish! Zull ni, nak kena dia ni." Marah Mina dengan memuncungkan mulutnya.
"Itulah pasal, walaupun kami ni tak berapa nak berkenan dengan perangai dia tu, tapi yalah kami juga risaukan dia. Sampai hati dia." Sokong Tina, bermuncung juga.
"Ada masalah yang timbul antara kami. Tapi, untuk sementara je tu. Nanti kami datang pujuk dia balik. Mungkin dia sedang berehat di rumah dia sekarang ni. Lepas kami jumpa dia, kami akan pesan dekat dia untuk jumpa korang pula." Balas Dilan cuba memujuk hati kaum perempuan itu, hati kawan-kawan lelakinya, hati Joshua dan hatinya sendiri.
Ya, semuanya tak akan apa-apa. Dia yakin kerana kawan baiknya itu seorang lelaki yang kuat. Perkara itu tidak akan melemahkan dia. Tetapi...
Tetapi, kata-kata 'selamat tinggal' tadi itu tiba-tiba sahaja menerpanya. Kenapa ayat itu memberi makna yang sangat mendalam kepadanya? Zull maksudkan apa-apa ke dalam kata-kata selamat tinggal tersebut?
Mereka semua berbual-bual di situ sehinggalah waktu melawat tamat. Setelah itu, masing-masing pulang ke rumah masing-masing. Dalam minggu depan, mereka semua akan kembali ke tempat asal atau mungkin juga ke KL untuk mencari kerja pula. Takkanlah mereka mahu menjadi pelajar di situ untuk selama-lamanya kan?
~ ~ ~
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)
FantasySambungan Olienpiece Siri 1. Tapi, ini musim 2 atau bahagian 2. PS: Saya dan sampai limit atau had bab, jadi terpaksa buat musim 2 atau bahagian 2. Huhuhu #1 in wira (3/7/2022) #1 in komik (4/1/2023)