...sambungan Bab 76

18 6 0
                                    

Sementara itu, Yurina dan yang lain sedang berada di dalam bilik Ayumi dan sedang memerhatikan Ayumi yang sedang ditatarias dan disolek oleh mak andam, dan ada di antara mereka yang mengambil video dan gambar Ayumi di situ.

"Berdebar tak Ayumi?" soal Yurina ingin tahu.

"Tak, bahkan aku sangat seronok hari ni." Ayumi tersenyum nakal. Melihat senyuman itu, kawan-kawannya mula menelan air liur.

"Lain macam kau hari ni, Ayumi." Giliran Mina pula menyampuk.

"Hihi! Tina, terima kasih sebab sudi reka baju yang amat cantik untuk saya. Semua orang puji saya tadi. I'm sooooo happy!!!" celah Silvia pula sambil berpusing-pusing dengan baju gaun berwarna pastel pelangi di dalam bilik itu. Bilik itu luas, jadi ia dapat memuatkan mereka semua.

"Sama-sama, ka-kalau awak pula nak kahwin, upahlah saya ya. Hehehe." Inilah masanya dia meluaskan empayar butik keluarganya.

Oleh sebab itulah, orang bisnes suka berkumpul dalam satu majlis sebab ia boleh melebarkan sayap perniagaan mereka. Yalah, orang itu boleh beritahu anak cucu cicitnya tentang bisnes kawannya itu, jadi ia sudah menjadi pemasaran (marketing) dan proses 'jaringan' (networking) yang baik.

"Korang dah makan ke?" soal Mina ingin tahu kepada Silvia, Bella dan Ayuri.

"Belum. Kita gi makan dululah, aku laparlah. Makan sikit pun jadilah, petang nanti nak makan lagi. Rombongan budak-budak sekolah dan cikgu-cikgu kita pun akan sampai kejap lagi, boleh makan dengan mereka sekali lagi nanti." Jawab Bella sambil menyentuh perutnya.

"Elok sangatlah tu, aku pun dah lapar ni. Korang tak nak makan ke?" soal Mina kepada kawan-kawannya yang lain.

"Aku ikut." Sahut Tina dan Ayuri serentak. Setelah itu, mereka memandang satu sama lain dan kemudian, terus memalingkan muka ke arah lain pula.

"Er, okey." Mina menjawab dengan ragu-ragu. Okey ke tak dua orang perempuan ni. Entah bilalah nak sebulu dan berbaik dua ketul manusia itu. Ish! Tak faham aku. Bisik hati Mina.

"Jom Henna. Ayumi, nanti kami bawa sedikit makanan untuk kau makan. Makan sikit pun jadilah, nanti masuk angin perut kau tu." Ajak Yurina pula, bingkas bangun dari duduk di tepi katil Ayumi itu.

"Um, kejap lagi saya ikut. Saya nak duduk di sini sekejap." Balas Henna sambil membetulkan posisi cermin matanya.

Mereka semua iaitu Yurina, Mina, Henna, Tina dan Ayumi bertudung dan bertutup litup dengan cantik dan anggun hari ini. Bagi mereka, sudah sampai masanya untuk mereka menutup aurat dan menunaikan yang wajib. Rasanya perbuatan Ayuri berhijab itu telah menjadi kesan domino kepada mereka kerana ia telah menyedarkan mereka tentang hakikat itu.

Pada permulaannya mereka memang kekok bertudung, tetapi mereka boleh cuba dan berusaha untuk membiasakan diri mereka. Pasti boleh punya, benda baik kan!

Mereka semua telah keluar dari bilik itu, jadi sekarang hanya tinggal Ayumi, Henna, mak andam dan cik fotografer sahaja di situ. Cik Fotografer itu menangkap gambar serta merakam video persiapan majlis ini dari awal sehingga akhir. Dia dan kawan lelakinya telah diupah secara khas oleh TS Mazhe. Bolehlah ia menjadi kenang-kenangan mereka sekeluarga dan anak cucu Ayumi serta Khai nanti.

"Kenapa Henna? Kau okey ke?" soal Ayumi ingin tahu dan pelik apabila Henna hanya asyik memandangnya.

"Saya tak sangka awak sudah berkahwin, Ayumi."

"Kan. Aku juga tak sangka, Henna. Aku juga tak sangka suami aku ialah Khai. Kalau aku tahu dia yang akan jadi suami aku, sudah lama aku mengurat dia, Henna."

Henna tergelak kecil. "Awak berdua sangat secocok dan saling melengkapi. Saya harap awak tak buat Khai menangis."

"Jangan risau, Henna. Dengan apa yang aku ada, aku akan menjaga dan melindungi Khai dengan baik."

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now