Bab 66: Kambing Hitam

34 5 7
                                    

HABIS basah baju dan katilnya apabila DS Ima mencurahkan air satu baldi ke atasnya yang sedang tidur di atas katil. Disebabkan itu, Zull terus bangun dari katil walaupun masih dalam keadaan mamai.

"Ibu, basah katil Zull." Katanya dengan wajah baru bangun. Dia hanya berbaring di atas katil pukul 12.30 tengah hari tadi, dan dia tidak sedar pun yang dia sudah tertidur hampir dua jam.

"Ingat aku kisah? Katil kau bukan katil aku. Kau sedap membuta di dalam bilik ya. Kau tahu tak majlis masih berjalan tadi!?"

"Ya, tapi Zull penat. Zull baru balik tadi, kan."

"SO! Muka aku ada nampak aku kisah ke? Kau keluar sekarang dan tolong kemas khemah dan kerusi meja di luar tu." Arah Ima garang.

Zull tidak berani membantah lagi. Jadi, dia hanya menuruti perintah ibunya. Malaslah dia nak bertekak, nanti berpanjangan. Sudahlah ibunya memang tidak sukakan dia.

Dia tidak buat rancangan yang sama seperti yang dia buat kepada keluarga Harun kerana dia tahu ibunya tidak akan berubah. Datuk dan neneknya bukannya tidak tahu dia kena dera sejak kecil. Entahlah. Silap haribulan, dia yang kena halau.

Dia tidak kisah dihalau kerana dia sudah ada rumah. Malah, dia boleh meminta tolong dengan Liam nanti. Tetapi, dia risaukan ayahnya. Kesihatan ayahnya tidak begitu baik sejak akhir-akhir ini. Nanti takut ayahnya makin sakit kalau dia bergaduh besar dengan ibunya.

Jadi, pilihan yang dia ada ialah menelan semua maki hamun dan amarah ibunya. Biarlah, dia masih boleh bersabar. Lagipun, bolehlah dia mendapat idea untuk memaki hamun orang lain selepas mendengar maki hamun ibunya itu. Hehehe! Menyempat pula dia.

Zull membantu apa yang patut di luar itu. Selepas hampir siap, dia ada bunyi bising pula dekat kawasan pelayan keterer yang juga sedang sibuk mengemas. Jadi, dia menghampiri tempat itu.

"Asal?" duganya apabila melihat mereka ralit menonton sesuatu di telefon pintar Arop.

"Ni ha, anak Tan Sri Mazhe. Pondan rupanya. Tengok tu siap berpelukan dengan lelaki. Ish, tak takut dosa ke? Nak Allah turun bala dekat bumi Malaysia agaknya diorang ni. Hei, aku...kalau dapat dekat aku dua-dua ekor ni, aku uli-uli sampai jadi lembik. Memalukan kaum lelakilah. Patutlah TS Mazhe tak nikah-nikah lagi selepas bini dia meninggal, dia pun adalah tu simpan 'anak ikan'. Dia punya pengawal peribadi pun kacak-kacak diambilnya, inilah sebabnya kut. Geli aku." Kata Arop sambil badannya membuat gerak geli-gelemang.

"Tulah, patutlah tak senang duduk dia tadi. Balik awal pula tu. Muka pun merona merah. Tahan malu agaknya selepas belang terbongkar." Celah seseorang lagi yang bercakap mengenai TS Mazhe yang telah balik awal dan dengan wajah yang ketat tadi.

"Meh sini aku nak tengok." Pinta Zull. Oleh itu, Arop terus memberikan telefonnya kepada Zull.

"Dah viral satu Malaysia. Kecoh dah tadi pun."

Zull melihat video itu dengan teliti. Itu ialah video Khai sedang memeluk Dilan di dalam rumah sewa mereka. Walaupun wajah Dilan dikaburkan, dia tahu itu Dilan kerana baju yang dipakai oleh Dilan itu ialah baju kesukaan Dilan. Semua video itu memaparkan kelakuan Khai yang lemah lembut dan bercakap manja. Khai memang suka memeluk Dilan, sama seperti dia. Jadi, hampir keseluruhan video ini juga memaparkan adegan Khai memeluk Dilan. Peluk sahaja dan tiada yang melebih-lebih.

Zull menelan air liurnya dan mengeluh panjang. Dia sudah tahu angkara siapa. Siapa lagi kalau bukan abangnya. Abangnya memang nampak tidak ngam dengan TS Mazhe pada sebelum ini. Dia nampak dengan mata kepala dia sendiri yang abang dia tidak sukakan TS Mazhe semasa di pondok bas depan hospital. Sudah tentulah ini angkara Joshua. Siapa lagi yang duduk satu rumah sewa dengan mereka. Amir dan Niel tak akan buatlah perkara macam ini.

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now