BAB 57: Si pembuli, yang dibuli dan skrip rabak
USAI solat Isyak, Zull memakai baju kemeja denim berbelang merahnya. Kemudian, Zull melulu ke pintu utama rumah. Dia ingin ke rumah seseorang dan sudahpun menelefon orang tersebut.
"Eh, nak pergi mana tu?" soal Joshua yang sedang ralit berbaring di sofa berhadapan dengan TV.
"Rumah kawan kejap." jawab Zull ringkas dan sedang memakai kasutnya. Joshua menuju ke arah Zull dan merangkul leher Zull dari belakang. Kemudian, Joshua menarik hidung Zull kuat.
"Abang, sakitlah. Tercabut hidung Zull ni." marah Zull.
Oleh sebab geram, Zull menarik rambut Joshua pula. Giliran Joshua mengaduh. Dia melepaskan genggamannya daripada Zull dan Zull turut melepaskan genggaman tangannya dari rambut Joshua.
"Engkau ni tak pernah lekat dekat rumahlah. Cubalah duduk di rumah kejap." ujar Joshua sambil berdiri di belakang Zull yang sedang memakai kasut 'sneaker' miliknya. Joshua pula sedang membetulkan kain sarungnya yang telah longgar.
"Diamlah, sibuk je dia. Abang buat hal abanglah. Bisinglah abang ni." rengus Zull tidak berpuas hati.
"Ish, engkau ni. Engkau jangan nak kacau orang sangat kat luar tu. 'Handphone' bawak tak?"
"Ya, ada." jawab Zull ringkas. Dia bingkas bangun selepas memakai kasutnya.
"Kredit ada tak, ke kosong aje. Dompet bawak. Zull ada duit tak ni?" soal Joshua lagi.
"Kredit ada, dompet ada, tapi duit tak ada. Nak duit." pinta Zull dan terus menghulurkan tangannya ke arah Joshua. Joshua menggelengkan kepalanya. Dia menuju ke arah meja di ruang tamu dan mengambil dompetnya. Dia mengeluarkan duit kertas not 50 puluh ringgit Malaysia.
"Nah. Eh, belikan abang roti dengan aiskrim. Abang rasa nak makan roti aiskrim ni." pesan Joshua. "Duit lebih amik dekat Zull sebagai upah."
"Ha? 50 puluh ringgit aje, baklah 100." rengek Zull.
"Kau ingat aku bank. Kalau aku ada pun, aku simpan untuk aku sendiri. Buat duit kahwin. Eleh."
"Oh, nak kahwin jugak malaun ni rupanya. Hm, ingat nak main-main je tukar perempuan sampai ke tua."
"Hoi, cara kau cakap macam aku ni GRO lelaki."
"Bukan ke?"
"Bukanlah! Aku playboy, bukan GRO. Abang sendiri tak kenal ke? Adik derhaka kau ni."
"Abang pun derhaka jugalah."
"Apahal pulak!?"
"Kau kenal ke adik kau sorang ni?"
"Sudah tentulah aku kenal adik aku yang senget dan gila ni."
"Heh, yalah tu. Kalau abang kenal sangat dengan Zull, cuba cakap apakah makanan yang Zull tak suka."
"Er, kayu dan plastik."
"Itu makanan ke?"
"Um...Kau tu tahu sangat ke makanan kegemaran aku."
"Nasi lemak sambal sotong, kurang pedas. Daging salai masak lemak kurang pedas dan air oren segar. See! Aku kenal kau, tapi kau tak kenal aku. Aku pakai 'topeng' pun kau tak tahu. Eleh, cakap besar. Poorah! Sudahlah aku nak blah! Cakap dengan kau, mensia-siakan masa aku dan buat masa aku berlari laju. Heh!" Zull menutup pintu jeriji dan menjelirkan lidah di luar jeriji sebelum menutup pintu utama.
"Ish! Kurang hajar punya adik. Hm....tahu pulak dia makanan dan minuman kegemaran aku. Aku pernah cakap ke? Tch! Lantaklah!" Joshua bergerak ke ruang tamu kembali.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)
FantasiaSambungan Olienpiece Siri 1. Tapi, ini musim 2 atau bahagian 2. PS: Saya dan sampai limit atau had bab, jadi terpaksa buat musim 2 atau bahagian 2. Huhuhu #1 in wira (3/7/2022) #1 in komik (4/1/2023)