PADA malam itu ketika berada di ruang tamu, Mina tiba-tiba bersorak gembira apabila 'seseorang' membalas mesejnya dan bersetuju untuk mengikutnya ke rumah Ayumi bersama Zull pada minggu depan. Dia dan kawan serumahnya sedang melayan filem 'A little Thing Called Love' di ruang tamu tersebut.
"Hoi, yang kau seronok sangat ni kenapa?" Yurina menyentuh kepala lutut Mina. Mina duduk bersebelahan dengan Yurina, manakala Tina duduk sekali dengan Henna di atas kerusi.
"Tak ada apalah. Hehe! Lamanya tak tengok cerita ni. Tengoklah hero dia tu. Hensemnya. Kyaaaah!" sorak Mina teruja. Yurina menolak badan Mina dengan bahunya.
"Jangan jeritlah. Sakit telinga aku. Laki aku memang hensem." seloroh Yurina. Mina membuat wajah loya. Yurina ketawa besar, kemudian Mina mencebik.
"Eh, korang rasa okey tak kita ambil ahli baharu untuk menggantikan Ayumi?" soal Yurina tiba-tiba.
Dia adalah ketua dalam kumpulan itu, jadi sebagai ketua dia haruslah membuat keputusan untuk menjamin keselamatan ahlinya serta meneruskan perjuangan masa hadapan mereka semua. Tina mengangguk.
"Boleh juga. Kuasa milik Ayumi amat berguna dan berkuasa dalam kumpulan ni. Kehilangan dia akan menyebabkan kita berada dalam keadaan lemah." celah Tina.
Henna sekadar mendengar walaupun dia tidak suka sesiapa menggantikan sumber inspirasinya, Ayumi dalam kumpulannya.
"Itulah. Prof. Rachan cakap kita tak boleh menggunakan kuasa dengan menggunakan dua batu Saphira ini. Kalau tak, nyawa kita dalam taruhan. Jadi, aku rasa lebih baik kita pilih orang baharu daripada membazirkan batu ini. Korang berdua pula tak nak tukar batu." jelas Yurina menujukan 'korang berdua' itu kepada Mina dan Tina.
"Mana boleh! Pemegang batu permata Tanah kenalah daripada seseorang yang berani. Kami ni penakut!" jawab Mina cepat. Kemudian dia menyambung lagi. "Apa kata kita tunggu sampai minggu hadapan. Mana tahu Ayumi ubah fikiran dia dan nak masuk kumpulan ni balik." cadang Mina memandangkan dia sudah mengupah Zull untuk memujuk Ayumi balik.
Jika Ayumi tidak bersetuju, maka dia sendiri akan mencari pengganti Ayumi. Yurina dan Tina membuat wajah seperti berfikir terlebih dahulu. Kemudian, mereka berdua mengangguk tanda bersetuju. Mina menarik nafas lega.
"Jadi, buat masa ni apa kata kita 'survey' dulu peminat-peminat Night Stalkers." cadang Tina.
"Peminat?" soal Yurina pelik. Tina mengangguk.
"Kalau kita ambil pengganti Ayumi dalam kalangan peminat kita senanglah mereka bersetuju untuk sertai kita, kan." jawab Tina Teruja. Mina, Yurina dan Henna mengangguk-angguk tanda bersetuju.
Mina sudah melihat bayangan orang yang akan menggantikan Ayumi iaitu Ayuri. Dia tersenyum. Perempuan itu sangat suka dengan wira-wira bandar ini walaupun dia tidak tunjukkannya. Mestilah dia tahu sebab si Ayuri itu betul-betul teruja apabila bercakap tentang mereka. Malah, Ayuri pernah menawarkan dirinya untuk menjadi pengganti mereka kalau ada antara mereka yang terpaksa tinggalkan NS.
"Besok kita kena berlatih lagi ke?" duga Mina ingin tahu.
"Tak, esok kita belajar, minggu depan kan kita periksa, kau ni. Dah lupalah tu." Yurina menggelengkan kepalanya.
"Oh, ya tak ya jugak. Aku lupa pasal tu. Nasib baik periksa hari Ahad ni BM dan BI aje." sahut Mina bersetuju.
"Itulah, aku pun sudah lupa." Celah Tina.
"Tu la, nasib baik juga sebab hari ni pun kita tak sempat belajar, semua dah penat berlatih dengan Ketua Hash. Walaupun kita dah pernah ambil SPM, tapi tak apalah, kita timbalah ilmu lagi kan. Tadi kan, sebenarnya aku nak tanya banyak dekat Ketua Hash, tapi dia nampak garanglah. Tak berani aku."
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)
FantasiaSambungan Olienpiece Siri 1. Tapi, ini musim 2 atau bahagian 2. PS: Saya dan sampai limit atau had bab, jadi terpaksa buat musim 2 atau bahagian 2. Huhuhu #1 in wira (3/7/2022) #1 in komik (4/1/2023)