...sambungan Bab 79

21 7 0
                                    

...

NIEL melihat lawannya di hadapan telah berpecah semula dan Pandan yang menjadi lawannya tadi menuju ke arahnya kembali dengan kuasa akar menjalar. Apa lagi, Niel terus menyeru Pedang Kilat dan Lingkaran Empat Penjuru miliknya.

Akar menjalar itu bukan hanya satu, tetapi banyak oleh sebab itu, Niel terpaksa menyeru kuasa lingkaran empat penjuru dengan banyak kali untuk menghanguskan akar-akar itu. Manakala, yang dia tidak sempat gunakan kuasa itu, dia akan menggunakan Pedang Kilat untuk memotong akar menjalar tersebut.

Kuasa akar menjalar itu keluar dari kedua-dua tangan Pandan. Kakinya juga terkadang digunakan untuk akar menjalar supaya dia boleh bergerak dan menyerang Niel dengan cepat.

Niel menolak salah satu akar menjalar dan cuba memotongnya, tetapi ia tidak semudah itu kerana ia agak liat untuk dipotong. Jadi, dia perlu menggunakan kuasa renjatan yang dia ada untuk membantu dia memotong akar-akar tersebut.

Pada saat dia berjaya memotong beberapa akar menjalar dengan Pedang Kilat, Pandan mendekati dia dengan kaki yang menjadi akar menjalar. Lantas, Pandan melempang wajah Niel apabila dia nampak ada peluang terbuka di situ.

Disebabkan itu, Niel jatuh tersembam kerana tidak sempat untuk mendarat ke tanah dengan baik, dan ia telah menyebabkan hidungnya berdarah. Niel mengangkat muka, tetapi dia dapat rasakan tepi abdomennya disepak oleh Pandan. Oleh itu, dia telah berganjak ke tepi disebabkan sepakkan tersebut.

Tetapi, disebabkan tidak mahu lelaki yang menjadi lawannya tika itu mendominasikan perlawanan, jadi dia terus menggulingkan dirinya dengan beberapa gulingan dan selepas itu, menggunakan kuasa lompatan untuk pergi tidak jauh dari situ kerana mahu mengumpulkan semula kekuatan dan menstabilkan keadaan dirinya.

Niel menapak ke tanah semula, sambil kaki kanannya dilunjurkan ke kiri. Masa untuk fikirkan serangan yang dapat mengalahkan lelaki itu. Setakat ini, lelaki itu hanya menggunakan kuasa akar menjalar itu sahaja, dan tidak pernah menggunakan kuasa unsurnya atau kuasa yang lain.

Apakah yang perlu dia lakukan untuk kalahkan lelaki yang berada di hadapannya sekarang ini? Lelaki itu sedang tersenyum sinis kepadanya dan seolah-olah seperti pemangsa yang menunggu masa untuk membaham 'mangsanya'. Niel mengetap giginya dan mendecis.

Lelaki itu cukup pantas, akarnya cukup liat dan tumbukan dia memang padu. Dari permulaan mereka sampai lagi dia berlawan dengan Pandan, dan dia tidak nampak peluang untuk dia kalahkan si Pandan itu.

Mungkin dah sampai masanya untuk dia menggunakan kuasa Tahap Separuh dan serangan baharunya. Ya, memang sudah sampai masanya, kalau bukan sekarang bila lagi, kan? Niel berdiri dan melihat Pandan dengan renungan yang tajam dan membunuh. Kali ini, dia benar-benar akan kalahkan Pandan.

Pandan melihat Niel dengan tajam dan kemudian, terus menggunakan kaki berakar menjalar untuk menuju ke arah Niel. Tetapi, Niel melompat sekali lagi ke atas udara. Pandan terus mendecis kerana akarnya tidak dapat membawa dia naik sampai ke atas.

Namun, kawan-kawan seperjuangan Niel yang perasan hal itu terus menjarakkan diri masing-masing dari tempat tersebut kerana mereka tahu Niel mahu menggunakan kuasa itu. Seketika kemudian, Niel menapak kembali ke tanah.

Saat itu, Niel sudahpun menyeru serangan baharunya iaitu 'serangan lingkaran 10 penjuru' atau 'serangan lingkaran dekagon'. Tetapi, Niel memendekkan seruannya menjadi 'Dekagon' sahaja.

Sebaik sahaja, ia diseru. Pandan dan Niel sendiri telah dikelilingi dengan 10 lingkaran. Pandan melihat penjuru itu satu persatu dengan renungan tajam. Apa yang budak ini cuba lakukan? Fikirnya kerana masih belum mengetahui kuasa baharu dari Niel itu.

OLIENPIECE 1 : Wira Terakhir (Musim 2)Where stories live. Discover now